Bilangan Pengunjung:

Sunday, August 24, 2008

Khalid Ibrahim Perlu Bertanggungjawab dengan Prestasi Selangor

Laporan Utusan Online:

Kedah menewaskan Selangor 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia

23/08/2008 11:12pm

KUALA LUMPUR 23 Ogos — Juara bertahan Kedah mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia dua musim berturut-turut dengan menewaskan Selangor 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

Separuh masa pertama: Selangor 1 Kedah 3

Penyerang: SELANGOR - Frank Seator (minit 18), Mohd Safee Mohd Salee (77); KEDAH - Marlon Alex James (31), Nelson San Martin (32), Mohd Fadly Baharom (37).

Barisan Pemain:

SELANGOR - Mohd Suffian Abd Rahman, Mohd Razman Roslan, Evans Chisulo, Mohd Shukor Adan, Mohd Amri Yahyah, Mohd Asraruddin Putra Omar, D.Surendran (Mohd Amirulhadi Zainal), Elie Aiboy, Mohd Safee Mohd Sali, Frank Seator, Indra Putra Mahayuddin (Mohd Fadzli Saari).

KEDAH: Mohd Hilmi Eliza Elias, Victor Andrag (Mohd Fazliata Taib), Cornelius Benard Huggins, Badrol Bakhtiar, Nelson San Martin (Mat Sabri Abu), V.Thirumurugan, Ahmad Fauzi Saari, Shafizan Hashim, Mohd Khyrill Muhymeen, Mohd Fadly Baharom, Marlon Alex James.

Pengadil: Rosdi Shaharul (Perak) — BERNAMA

Khalid Ibrahim atau Menteri Besar Selangor yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor sebelum ini telah cuba membuat 'lain daripada yang lain' dengan tidak mengumumkan apakah ganjaran yang akan pemain-pemain Selangor sekiranya Selangor berjaya pada perlawanan kali ini. Dengan menyangka dengan cara ini pemain akan bermain dengan bersungguh-sungguh tetapi ternyata sangkaanya meleset.

Pada pandangan penulis 'tindakan luar biasa' yang cuba dilakukan oleh Khalid Ibrahim telah sedikit sebanyak membuat moral pemain Selangor menjunam. Ya memang betul tidak salah jika beliau nak cuba strategi baru dengan tidak mengumumkan ganjaran terlebih dahulu, memandangkan sebelum ini Pemain Selangor lazimnya diberitahu tentang ganjaranya dahulu sebelum berentap di padang.

Inilah masalahnya apabila orang yang 'buta bola sepak' diberi jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak. Cuba menampilkan taktik yang sendiri dan menjadikan pemain Selangor sebagai 'tikus putih' dan sekiranya eksperimen beliau berjaya dia akan jadikan modal untuk mendabik dada 'inilah kerja saya sebab itulah saya tidak mengumumkan ganjaran terlebih dahulu' tapi jika tidak menjadi beliau akan berkata 'Kita tidak menjangka perkara ini berlaku' sekaligus dia menyelamatkan tindakan beliau yang terburu-buru membuat perubahan itu.

Pada pandangan penulis, Khalid Ibrahim perlu bertanggungjawab dengan prestasi buruk yang ditonjolkan oleh prestasi buruk skuad bola sepak Selangor itu dan perlulah beliau meleyakkan jawatanya sebagai presiden persatuan tersebut.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin