Bilangan Pengunjung:

Tuesday, August 12, 2008

PAS Ancam Keluar Pakatan 16 September 2008


Hari ini Sinar Harian Edisi Kelantan menyiarkan laporan yang mengatakan bahawa PAS akan keluar Pakatan Rakyat pada 16 September ini sekiranya pakatan rakyat enggan menerima Perjuangan Islam yang dibawa oleh Parti yang didominasi kaum Melayu beragama Islam itu. Kata dua itu keluar daripada mulut Presiden PAS sendiri Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada hemat penulis, sememangnya PAS berhak mengeluarkan kenyataan berupa kata dua seperti itu kerana itu adalah perjuangan asal PAS, sesebuah organisasi sudah tentu 'tiangnya' ialah perjuangan sekiranya 'tiang' tu tidak kukuh, runtuhlah organisasi tersebut sepertimana rumah tanpa tiang.


Jadi perjuangan yang menjadi 'tiang' perjuangan PAS ialah Islam, maka sekiranya mereka berjaya sudah tentu mereka tidak akan gadaikan perjuangan mereka yang mereka perjuangkan sejak daripada dulu. Mereka tidak sanggup mengorbankan Islam demi kuasa sepertimana yang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim berdasarkan kata-katanya yang berbunyi 'Saya tidak menyokong mana-mana tuntutan negara Islam' .

Penulis berharap komponen-komponen lain di dalam Pakatan Rakyat tidak mempertikaikan tindakan PAS tersebut kerana mereka sememangnya berhak berpendirian sedemikian. Dari dulu lagi mereka meletakkan Islam sebagai tonggak utama Perjuangan Mereka dan sebagai rakan dalam pakatan mereka sepatutnya perlu menerima kehendak PAS. Jika mereka tidak mahu menerima perjuangan PAS tersebut sama-samalah keluar Pakatan Rakyat dan hentikanlah sebarang pakatan kerana ia tidak akan memberi sebarang makna.

Pada ramalan penulis, ahli Pakatan yang paling sukar menerima perjuangan PAS adalah DAP kerana sejak daripada dulu lagi mereka terkenal dengan jolokkan 'kafir harbi' dan mereka sering menentang apa-apa sahaja yang mengenai Melayu malah juga Islam. Jadi kemungkinan besar DAP tidak akan tunduk dengan desakkan PAS tersebut dan bertegas menolak desakkan PAS tersebut.

Penulis juga menjangkakan PKR juga tidak akan tunduk dengan desakkan PAS tersebut ini kerana berdasarkan PKR merupakan parti yang bercorak 'multiculture' dan mereka selalunya 'tunduk' dengan desakkan kaum-kaum dan agama-agama lain di Malaysia. Tambahan pula bos mereka sendiri 'Anwar Ibrahim' Pernah berkata 'Saya tidak menyokong mana-mana tuntutan negara Islam' di hadapan penyokong-penyokong PKR berbangsa lain sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu. Jadi kemungkinan besar PAS tidak ada pilihan lain selain daripada keluar daripada Pakatan dan kemungkinan mencari mana-mana parti yang sanggup menerima perjuangan mereka.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin