Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label rencana politik. Show all posts
Showing posts with label rencana politik. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Satu Perkara yang patut difikirkan mengenai PAS dan UMNO

Satu Perkara yang patut difikirkan mengenai PAS dan UMNO

Oleh: yieMEGA

SATU PERKARA yang patut kita semua rakyat fikirkan mengenai PAS dan UMNO sengaja penulis menjadikanya tajuk untuk artikel penulis pada kali ini. Idea ini timbul apabila penulis terpandang satu Poster Ceramah Politik yang berbunyi "Anak Muda Tolak UMNO" kalau tak silap penulis lah.

Sebelum ini penulis juga pernah terpandang Poster Ceramah Politik yang bertajuk "Asal Bukan UMNO". Melihat kepada logo yang diletakkan di poster tersebut ternyata poster tersebut disediakan oleh PAS. Selain itu di satu masa yang lain penulis pernah melihat satu Poster Ceramah Politik yang bertajuk "Selamat Tinggal PAS" dan ianya disediakan oleh UMNO.

Jadi berdasarkan poster-poster di atas, penulis membuat kesimpulan bahawa PAS hanya bermusuh dengan UMNO dan UMNO hanya bermusuh dengan PAS. Sedangkan kedua-dua parti ini didominasi oleh orang Islam berbangsa Melayu.

Setakat ini, tak pernah penulis jumpa Poster Politik yang disediakan oleh PAS menyerang parti-parti komponen BN yang lain selain daripada UMNO. Sebaliknya kebanyakkan tajuk-tajuk yang dicipta adalah lebih kepada untuk menyerang UMNO, Adakah ini bermakna PAS memusuhi Orang Islam sendiri dan tidak memusuhi orang kafir?

Untuk berlaku adil, jarang juga penulis menjumpai risalah atau poster yang disediakan oleh UMNO yang menghentam parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat cuma bukan tiada langsung sepertimana PAS cuma ianya jarang dilakukkan UMNO tetapi tetap menumpukan serangan kepada PAS semata-mata.

Terlintas juga di pemikiran penulis, mengapa PAS lebih suka menyerang UMNO berbanding parti lain dalam Barisan Nasional begitu juga dengan UMNO mengapa mereka lebih suka menyerang PAS berbanding parti-parti lain di dalam Pakatan Rakyat.

Adakah ini bermakna PAS hanya memusuhi UMNO dan UMNO hanya memusuhi PAS. Mengapa ini semua harus berlaku? Orang Islam memusuhi orang Islam sendiri, sebaliknya yang bukan Islam dijadikan sahabat baik lagi suci.

Kalau begini jadinya bermakna rancangan musuh-musuh Islam yang ingin memecahbelahkan umat Islam di seantero dunia akan menyadi kenyataan dan dapat direalisasikan. Mereka melaga-lagakan sesama Islam, apabila umat Islam bertelingkah sesama Islam mereka bertepuk tangan dan akan terus mengatur strategi untuk menjadikan umat Islam sebagai hamba mereka.

Sampai bila 'peel perangai' kedua-dua parti ini nak berubah ataupun mereka tidak akan berubah sampai bila-bilapun. Setakat hari ini semua parti ini begitu 'keras kepala' PAS dengan cara PAS, UMNO pula dengan cara UMNO.

Baca Lagi!

Sunday, December 19, 2010

Yang Mana Satu? AKIM ATAU KITA?

Yang Mana Satu? AKIM ATAU KITA?
Oleh: yieMEGA

SEPERTIMANA yang sudah ramai mengetahui bahawa bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang juga calon timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan PKR yang baru sahaja lepas kini sudah mengambil alih Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan kini beliau sudah bergelar Presiden AKIM yang baru, seraya berusaha untuk menukarkan nama AKIM kepada KITA.

Persoalan yang timbul di sini, Presiden AKIM yang menyerahkan AKIM kepada Zaid adalah presiden yang diragui mengenai status dan kedudukanya selaku Presiden tambahan pula Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengesahkan individu lain sebagai Presiden AKIM iaitu Hanafi Mamat.

Penulis pun hairan juga kenapa Zaid tidak selidik dulu latar belakang Presiden AKIM yang ingin menyerahkan AKIM kepada beliau, tindakan Zaid ini dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya satu lagi perlantikan Presiden yang tidak sah di dalam AKIM iaitu perlantikkan Zaid sendiri.

Beliau sepatutnya menyelidik terlebih dahulu latar belakang Presiden AKIM untuk mengetahui adakah beliau adalah Presiden yang benar-benar sah barulah rundingan boleh dibuat. Dalam keadaan sekarang ini akan berlaku kerumitan apabila Presiden AKIM yang telah disahkan oleh ROS tidak mengiktiraf penukaran nama akronim AKIM kepada KITA dan juga tidak mengiktiraf Zaid sebagai Presiden AKIM atau KITA.

Besar kemungkinan ekoran daripada tindakan Zaid tersebut akan timbul pula kerumitan-kerumitan lain yang mungkin akan menyebabkan masalah baru yang akan menimpa AKIM. Cadangan penulis kepada Zaid adalah elok beliau mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden AKIM yang disahkan oleh ROS.

Beliau hendaklah mengadakan rundingan dengan Presiden sah tersebut dan berusaha agar memastikan rundingan tersebut akan mendatangkan kejayaan atau membuahkan hasil. Pandangan yang penulis lontarkan ini juga demi untuk keselamatan kedudukan Zaid di dalam AKIM.

Zaid perlu ingat, bahawa kedudukan jawatan yang disandang beliau di dalam AKIM masih berada di dalam kedudukan zon tidak selesa dan bila-bila masa sahaja beliau boleh kehilangan jawatan berkenaan.

Walaubagaimanapun Penulis ingin juga melihat agar Zaid kekal sebagai Presiden AKIM/KITA sebab nak tengok bagaimana beliau mengendalikan parti tersebut dan juga adakah beliau mampu menjadikan parti yang dipandang sebelah mata oleh rakyat itu menjadi parti yang progresif dan popular di kalangan rakyat.


Baca Lagi!

Monday, January 11, 2010

Bakar Gereja Bukan Cara Kita....


Bakar Gereja Bukan Cara Kita....
Oleh: yieMEGA

TERLEBIH dahulu penulis ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini kerana talian internet di rumah penulis sekali lagi mengalami gangguan, dalam masa yang sama penulis berharap agar di masa hadapan tidak akan berlaku lagi masalah gangguan talian internet di rumah penulis ini.

Oleh kerana telah lama tidak mengemaskini blog ini, menyebabkan penulis gagal untuk membuat ulasan mengenai kejadian 'Gereja Dibakar'. Pada kesempatan ini, penulis ingin membuat sedikit ulasan mengenai insiden yang terjadi tersebut.

Penulis juga ingin mengutuk sekeras-kerasnya mana-mana pihak yang bertindak dengan membakar gereja tersebut walau apa jua alasan mereka (pihak yang bertanggungjawab). Walaupun penulis kurang bersetuju dengan membenarkan Kalimah Allah diguna untuk menggantikan istilah tuhan di dalam medium dakyah Kristian, namun penulis tidak sesekali merestui atau menyokong tindakan membakar rumah-rumah ibadat agama lain.

Tindakan membakar gereja itu boleh diibaratkan sebagai menggunakan api untuk melawan api. Tindakan ini boleh dikata bukan akan mengurangkan masalah malah menambahkan masaalah. Sekiranya kita ingin berjuang bagi memastikan Allah tidak digunakan oleh mereka adalah lebih baik kita berdiplomasi, cara ini juga boleh diibaratkan melawan api menggunakan air, biarpun lembut tapi kejayaan akan berada di pihak kita.

Penulis juga menggesa pihak yang terlibat di dalam insiden membakar gereja, segera tampil menyerahkan diri kepada Polis kerana perbuatan membakar gereja itu bukanlah satu budaya yang patut ada pada Umat Islam.

Di dalam masa yang sama penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun kerana telah membuat kenyataan yang baik untuk keamanan negara kita.

Akhir kalam semoga insiden-insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa-masa hadapan. Ingatlah Islam Cintakan Keamanan. Jangan membuat tindakan yang boleh menghuru-harakan negara dan juga menjejaskan keamanan negara.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, June 1, 2008

KEMANAKAH HILANGNYA DASAR KETERBUKAAN PAK LAH?

KEMANAKAH HILANGNYA DASAR KETERBUKAAN PAK LAH?

Oleh : yieMEGA

Penulis terlebih dahulu ingin mengucapkan selamat membaca kembali artikel penulis yang sudah lama tidak menghantarnya kepada Sinar Harian untuk disiarkan. Penulis juga ingin memohon maaf sekiranya sepanjang ketiadaan artikel penulis di akhbar pilihan utama yang bersifat neutral ini telah menyebabkan pembaca setia Sinar Harian tertanya-tanya kemanakah perginya penulis, sebenarnya penulis sebelum ini boleh dikatakan agak sibuk memandangkan banyak tugas-tugas yang terpaksa penulis pikul dan sekaligus mengurangkan sedikit masa untuk penulis menghasilkan artikel terbaru. Penulis berharap artikel ini dapat mengubat sedikit kerinduan pembaca kepada artikel-artikel yang ditulis oleh penulis.

Janji Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi

Selepas Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga semua jawatan di dalam UMNO, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dipilih sebagai pengganti. Penulis masih mengingati janji Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang akan menggunakan Dasar Keterbukaan di dalam era kepimpinanya dan juga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Slogan “Bekerja bersama-sama saya bukan bekerja untuk saya

Pada masa itu penulis meramalkan pada masa itu Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi ini seorang yang telus dan tidak meminta orang-orang untuk berkerja untuknya tetapi bekerja bersama-sama denganya. Bukan sahaja penulis meramalkan begitu bahkan rakyat pun meramalkan sedemikian rupa sehinggakan diterjemahkan di dalam Pilihan Raya Umum 11 di mana Barisan Nasional mampu menguasai balik Kerajaan Negeri Terengganu dan hampir-hampir menguasai Kerajaan Negeri Kelantan dan memaksa PAS memerintah Kelantan dengan majority mudah.

Mungkin juga pada masa itu Pengenalan Konsep Islam Hadhari juga telah mengubah sedikit pemikiran rakyat terhadap Barisan Nasional dengan mungkin juga menganggap pada masa itu konsep Islam Hadhari di anggap oleh rakyat sebagai satu langkah Barisan Nasional untuk menuju kea rah Islam. Sebenarnya penulis tidak berapa setuju dengan Islam Hadhari ini tetapi bukanlah pada isinya ia pada namanya. Isinya penulis memang akui ia memang baik tetapi namanya telah mengelirukan orang ramai dan lebih teruk lagi apabila wujud golongan tertentu berusaha mengelirukan orang ramai tentang Islam Hadhari ini.

Apa sudah jadi pada janji Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Pertama sekali penulis ingin membuat sedikit penilaian berhubung janji Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai Dasar Keterbukaan yang akan di amalkanya sewaktu menjadi Perdana Menteri dan juga Presiden sebuah parti yang bernama UMNO. Sebenarnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memungkiri janji untuk melaksanakan dasar keterbukaan semasa era kepimpinanya apabila seorang Blogger yang merupakan ahli UMNO dipecat menjadi ahli UMNO kerana mengkritik beliau sebagai Pemimpin tertinggi di dalam UMNO. Jelas ini adalah kali pertama beliau telah melanggar dasar keterbukaan yang ingin dilaksanakanya.

Dasar Keterbukaan ini terus dilanggar oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau telah membawa Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Zaid Ibrahim yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang dan Tajuddin Abdul Rahman yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak ke Lembaga Disiplin UMNO dan ikuti kenyataan berbaur ugutan daripada Lembaga Disiplin UMNO yang mengatakan mungkin sesiapa yang di bawa ke Lembaga Disiplin UMNO akan hilang hak untuk bertanding. Persoalanya mengapa tindakan sejauh itu patut diambil kerana bergaduh menggunakan media seseorang itu di larang bertanding? Tidak kah sepatunya tindakan sejauh itu hanya dikenakan ke atas sesiapa yang mengamalkan politik wang ataupun sama sahaja politik wang dengan bergaduh dengan menggunakan media? Sepatunya Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi lebih rasional dalam hal ini.

Tekanan yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan yang baru Datuk Ismail Sabri dan juga bekas Menteri Belia dan Sukan ke atas anak kepada Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad iaitu Datuk Mokhzani Mahathir untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Sepang International Circuit (SIC) hanya kerana Datuk Mokhzani bukan lagi ahli UMNO juga telah membuktikan dasar keterbukaan yang ingin dijalankan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO sekarang sudah hilang tambahan pula Tan Sri Sanusi Junid juga menerima tekanan yang sama kerana sebab yang sama iaitu kerana bukan lagi ahli UMNO. Dari Pemerhatian penulis jelas sekali Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memungkiri janjinya untuk memperkenalkan dasar keterbukaan.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini telah memperkenalkan slogan “bekerja bersama-sama saya bukan untuk saya” mungkin pada slogan tersebut orang akan menganggap Datuk Seri seorang yang baik dan tidak pentingkan diri. Namun pada masa ini penulis lebih melihat semua orang bekerja di bawahnya bukan bekerja bersamanya dan lebih kepada bekerja untuknya. Ini boleh dibuktikan apabila Menteri-Menteri Kabinet yang baru di lantik berhempas pulas mempertahankan beliau sampai ada yang sanggup mengeluarkan kata-kata yang boleh mengecilkan hati orang yang lebih tua daripadanya. Ini tidak masuk lagi ada yang mengherdik seorang warga mas yang bergelar negarawan yang sudah 22 tahun berjasa pada Negara dengan perkataan yang mungkin boleh dikatakan sebagai kasar contohnya seperti nyanyuk, tak sedar diri. Begitulah lumrah hidup manusia sepertimana kata pepatah Melayu yang berbunyi “Kacang sudah lupa kulit” atau dengan kata lain “Habis madu sepah dibuang”.

Dalam sibuk kita berkempen supaya golongan muda menghormati orang yang lebih tua, menteri kabinet pula telah memberi contoh yang tidak baik kepada generasi muda , ingatlah “Kalau cikgu Kencing Berdiri, Anak Murid Kencing Berlari” dan Ketam tidak akan dapat mengajar anaknya berjalan lurus. Jadi ubahlah sikap wahai Menteri Kabinet dan pohonlah Maaf kepada orang yang lebih tua daripada anda.

Semoga Datuk Seri Abdullah berpegang kepada janjinya untuk menggunakan dasar keterbukaan di dalam era kepimpinan beliau. Semoga Malaysia Selamat, Aman dan Makmur.


Artikel ini sudah dikirimkan kepada Sinar Harian, InsyaAllah kalau tak ada aral yang melintang ia akan disiarkan Sinar Harian. Sekian
Baca Lagi!

Tuesday, May 27, 2008

Bila Orang Bodoh Sangka Semua Orang Pun Bodoh

Kempen memulihkan imej Pak Lah nampaknya sudah sampai ke tahap terdesak, jijik dan menonjolkan kebodohan penganjurnya sendiri.

Pagi ini saya ternampak sebuah rancangan TV3 yang memaparkan kisah hidup personiliti cacat Raz Adibah Radzi. Tapi separuh jalan, cerita mula menonjolkan imej Pak Lah.


Mula-mula dengan manampilkan penyampaian anugerah, diikuti dengan nasihat-nasihat dan kata-kata semangat Pak Lah kepada Raz. Kemudian diikuti dengan cerita dari Ibu Raz sendiri mengenai bagaimana rombongan Pak Lah disambut oleh orang-orang kampung yang pagi-pagi lagi telah memetik bunga dan buah-buahan untuk dihadiahkan kepada Pak Lah, sambil beratur panjang di tepi-tepi jalan untuk menyambut Pak Lah.

Saya tidak pasti cerita seterusnya, kerana tidak tahan rasa mual dan terus masuk bilik air serta muntah-muntah dengan banyaknya semua sarapan pagi saya.

dipetik dari:
http://www.mykmu.net

Baca Lagi!

Thursday, May 22, 2008

Tun Dr. Mahathir tidak keluar UMNO kerana dicabar oleh ahli PAS

Penafian ini telah dibuat oleh seorang peserta yang turut hadir semasa majlis Ayahnda Tun Dr. Mahathir di mana di situlah Tun mengistiharkan beliau keluar UMNO.

Di bawah ini ialah penjelasan daripada peserta tersebut:

Aku secara jujurnya dan ikhlas menegaskan bahawa Ayahanda
(TUN Dr.M) TIDAK DIDESAK/DICABAR
OLEH SESIAPAPUN UNTUK KELUAR DARI
UMNO SEPERTI YANG DIUWAR-UWARKAN
OLEH MEDIA PAS.... INI KERANA AKU
MEMANG BERADA 100% DALAM MAJLIS
TERSEBUT.

AYAHANDA SUDAH MEMIKIRKAN SEMASAK-
MASAKNYA PERKARA INI SEBELUM
MAJLIS TERSEBUT BERLANGSUNG LAGI,
INI KERANA KALAU DIIKUTI UCAPAN
BELIAU SEPANJANG MAJLIS TERSEBUT,
DAPAT DI"HIDU" BAHAWA SESUATU YANG
LEBIH DRASTIK AKAN TUN LAKUKAN
UNTUK MENDESAK PAKLAH TURUN, DAN
IANYA LANGSUNG TIADA KAITAN DENGAN
CABARAN SESIAPAPUN DALAM MAJLIS
TERSEBUT SEBAGAIMANA YANG DIDAKWA.

SILA RUJUK INI DENGAN RENTETAN DAN
KRONOLOGI; DARI PERTEMUAN TUN
DENGAN PARA HADIRIN DALAM SATU
MAJLIS ANJURAN MYKMU JOHOR DUA (2)
HARI SEBELUM TUN KE ALOR STAR
(iaitu 17Mei08), DIMANA TUN SUDAHPUN
MEMBERI HINT/CLUE KEPADA PARA HADIRIN
AGAR "MENGGULINGKAN PAKLAH" DALAM
ERTI KATA LAIN TUN AKAN MEMBUAT
SESUATU YANG DRASTIK DAN DI LUAR
DUGAAN DEMI SAYANGKAN UMNO!

Mohon ambil maklum akan penjelasan
ini. (Sebagai saksi yang turut
serta sepanjang majlis anjuran
DPMK bersama Tun pada 19-Mei-2008
: 10.00Pg - 1.30ptg)...

Sahih dari aku...
AloQStaQ

Baca Lagi!

Wednesday, May 21, 2008

Tun Dr. Mahathir Keluar UMNO kerana dicabar ahli PAS?



Penulis ada membaca blog milik Mohd Sayuti Omar yang turut dikenali dengan nama MSO, bloh yang bernama Merah Tinta MSO itu mendakwa di dalam artikelnya yang bertajuk "PAS perlu waspada dengan Tun Dr. Mahathir" yang keluarnya Tun Dr. Mahathir daripada UMNO adalah atas desakkan ahli PAS yang juga merupakan bekas calon PAS dun kota seputeh di dalam pilihan raya yang lalu. Ahli PAS yang dimaksudkan bernama Ismail Wan Teh yang telah mencabar Tun Dr. Mahathir supaya keluar UMNO.

Beberapa minit kemudian Tun Dr. Mahathir mengistiharkan beliau keluar UMNO dan akan terus berada di luar UMNO selagi kepimpinan UMNO kekal di bawah kekuasaan Abdullah Haji Ahmad "Saya masih perdana menteri" "Kerajaan saya kerajaan kuat cuma tak cukup lapan sahaja untuk majoriti 2/3, menantunya dan konco-konconya.

Penulis tidak pasti sejauh mana kebenaran cerita yang diceritakan oleh MSO ini atau adakah ianya hanya strategi MSO untuk menjatuhkan maruah Tun Dr. Mahathir bagi bermaksud untuk mengekalkan kepimpinan Abdullah Haji Ahmad, menantu dan konco-konconya supaya senang Anwar Ibrahim yang selalu dipujanya dapat membuat rampasan kuasa sekiranya kepimpinan bergaya perempuan seperti mana BJ Habibie di Indonesia ini diteruskan

Penulis tidak suka membuat spekulasi, bagi penulis apa yang penulis tak tahu tetapi penulis yakin Allah tuhan seru sekian alam pasti mengetahuinya. Jadi kita nantikan apa penjelasan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohammad berkenaan spekulasi yang ditimbulkan oleh MSO ini.

Baca Lagi!

Friday, April 11, 2008

Aduhai Sang Kelembai dah mula 'menyegat' pengkritik Pak Lah


Aduhai Sang Kelembai itulah tajuk artikel penulis pada kali ini, walaupun Sang Kelembai ini sudah dikenali oleh kebanyakkan blogger-blogger tanah air tetapi adalah tidak adil untuk penulis tidak menceritakan siapa gerangan Sang Kelembai ini, jadi penulis ingin menceritakan terlebih dahulu secara ringkas siapa sebenarnya Sang Kelembai ini.

Sang Kelembai atau nama sebenarnya Zaharin Mohd Yasin pada asalnya suatu ketika dahulu adalah 'tebuan' yang selalu menyengat DS Abdullah Ahmad Badawi, nak dijadikan cerita baru-baru ini 'tebuan' yang dikenali dengan nama Sang Kelembai ini sudah berdamai dengan Pak Lah dan ini maknanya 'tebuan' ini sudah mempunyai tuan dan akan 'menyengat' sesiapa sahaja yang cuba menyerang 'tuanya'. Sang Kelembai juga merupakan Blogger pertama yang dipecat UMNO tetapi sekarang sudah diterima balik UMNO.

Pada artikel terbaru karya Sang Kelembai yang berbunyi "Nampaknya garang mereka-mereka semua. Baguslah tetapi garang buat apa dalam keadaan Abdullah Hj Ahmad sudah jalan pun terhuyung-hayang. Kalau garang sangat kenapa tak tegur perkara ini sebelum PRU ke 12g Kelembai penulis mendapati beliau dah mula nak 'menyengat' pengkritik Pak Lah," inilah sedutan daripada artikal yang dipetik daripada Blog Sang Kelembai, secara tidak langsung menandakan yang Sang Kelembai sudah bersedia untuk menjadi 'tebuan' yang akan menyengat Pengkritik Pak Lah walaupun sebelum ini beliau merupakan 'tebuan berbisa' yang menyengat Pak Lah, tetapi terlalu awal untuk kita menyalahkan Sang Kelembai mungkin dia pun ada alasan-alasanya yang tersendiri.

Begitulah rencah Politik kadang-kadang menyokong, kadang-kadang membangkang dan kadang-kadang menentang dan juga jarang-jarang membodek tetapi penulis percaya mungkin Sang Kelembai ini bukan seorang pembodek tetapi kemungkinan tu ada. Bak Kata Nabil Raja lawak "Lu fikir lah sendiri".

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin