Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Bali. Show all posts
Showing posts with label Bali. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

Jangan Bermain Dengan Najis



Jangan Bermain Dengan Najis
Oleh: yieMEGA

MENJIJIKAN mungkin itulah yang boleh penulis gambarkan mengenai satu insiden yang berlaku di hadapan Kedutaan Malaysia di Indonesia. Insiden tersebut sepatutnya tidak berlaku di negara yang bertamadun.

Kejadian Kedutaan Malaysia di Indonesia dilempar najis merupakan satu insiden yang amat memalukan. Setahu penulis ada dua jenis orang sahaja yang suka main dengan najis pertama sekali kanak-kanak dan keduanya adalah orang kurang siuman. Namun, dewasa ini sudah jarang kita kendengaran kanak-kanak yang bermain najis, cuma kalau yang ada lagi pun orang kurang siuman dalam bahasa sopan atau orang gila dalam bahasa kurang ajar.

Penulis percaya insiden ini tidak berlaku sekiranya ianya tidak dimain dan di spin oleh media-media Indonesia yang terlalu gilakan rating. Bukan pertama kali media Indonesia cuba membuat manipulasi isu berkenaan isu yang ada kaitan dengan Malaysia dengan Indonesia. Sudah banyak kali, kalau ya pun ingin mengejar rating tidak ada ke cara lain yang lebih hikmah berbanding melaga-lagakan rakyat Indonesia dengan Malaysia.

Penulis merasa sungguh kecewa melihat semasa kita di ambang menyambut kemerdekaan kita, kita terpaksa menyaksikan bendera yang menjadi kebanggaan kita iaitu Jalur Gemilang dipijak-pijak oleh rakyat negara lain, sedangkan Jalur Gemilang merupakan maruah negara kita.

Ugutan untuk mengusir keluar rakyat Malaysia di Indonesia merupakan satu ugutan daripada bangsa yang tak bertamadun. Penulis pun hairan juga kenapa kita di dalam rumpun yang sama perlu bergaduh sesama sendiri, dari dulu hingga sekarang.

Rakyat Indonesia perlu ingat di dalam mereka nak mengusir rakyat Malaysia di Indonesia, mereka perlu sedar jutaan rakyat Indonesia yang giat mencari rezeki di Malaysia, perbuatan mereka itu seolah-olah ingin melempar pasir ke dalam periuk rakan senegara mereka di Malaysia.

Insiden yang tak bertamadun tersebut mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak termasuk dari Pemuda UMNO, Penulis blog Merah Tinta MSO, Pertubuhan Pribumi Perkasa dan bermacam-macam lagi pihak yang turut memberi reaksi terhadap insiden tersebut.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Thursday, August 5, 2010

Hukum Candle Light Vigil Dalam Islam

Hukum Candle Light Vigil Dalam Islam
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini Parti Keadilan Rakyat telah menganjurkan satu ceramah politik yang bertajuk "Merakyatkan Ekonomi Selangor". Bagi penulis ceramah itu satu perkara biasa yang menjadi kelaziman bagi mana-mana parti politik. Tetapi apa yang luar biasanya di dalam ceramah ini terdapat satu acara yang menyerupai Candle Light Vigil.

Di mana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal agama Islam kali ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan pengenai penglibatan orang Islam dalam aktiviti Candlelight Vigil, di mana di dalam Muzakarah tersebut keputusan yang telah di ambil sebagaimana di bawah ini:

1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara bukan agama Islam.

2. Candlelight Vigil mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan Agama Bukan Islam dan boleh menjejaskan akidah Umat Islam.

Hujah/Keterangan:

1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia.

Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.

2. Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim)

3. Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

"Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa'ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa'ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda "Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim).

Sementara itu, Pembaca juga boleh membaca satu artikel yang bertajuk "The Candles and Their Symbolism" atau dalam Bahasa Melayunya "Lilin dan Simbolik".

Di bawah Adalah Rakaman Video Majlis Ceramah Anjuran PKR itu:

Rakaman Video Ceramah Merakyatkan Ekonomi Selangor


Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Wednesday, July 1, 2009

Rakyat Didahulukan: Lubang di Jalan Raya Jangan Dibiarkan !

Rakyat Didahulukan: Lubang Di Jalan Raya Jangan Dibiarkan !

Beberapa hari yang lalu penulis mendapat email daripada pembaca blog ini. Email itu berupa Aduan tentang keadaan jalan raya di Kota Bharu-Besut melalui Tok Bali dan juga jalan raya Jerteh - Kota Bharu yang bukan sahaja mempunyai banyak lubang tetapi ada sesetengahnya yang langsung sudah 'tidak layak' digelar jalan raya.

Kebetulan pula pagi tadi penulis mempunyai sedikit masa terluang, jadi penulis cuba untuk 'turun padang' sebagai Blogger untuk melihat sendiri kesengsaraan yang di alami rakyat. Penulis menunggang Motosikal sendiri dari Kota Bharu Ke Besut Melalui Tok Bali. Apa yang mengejutkan penulis hampir 60% jalan yang penulis lalui 'rosak teruk' dan penuh dengan lubang.

Penulis meneruskan perjalanan dari Jerteh ke Kota Bharu melalui jalan Jerteh-Kota Bharu, juga penulis mendapati hampir 60% jalan yang penulis lalui ini permukaanya sudah rosak teruk dan boleh membahayakan pengguna.

Selain itu, penulis mendapati 'penampalan' lubang di jalan yang penulis lalui tidak begitu praktikal untuk mengembalikan keadaan asal jalan tersebut kerana tampalan yang dibuat itu membentuk satu bonggol kecil yang boleh membahayakan rakyat terutamanya penunggang motosikal.

Ada juga jalan yang dilalui oleh penulis begitu 'berombak' mungkin ini salah satu faktor penyebab mengapa kemalangan banyak berlaku di kawasan ini. Keadaan kebanyakkan jalan yang penulis lalui berada di dalam keadaan yang 'membimbangkan' dan boleh membahayakan rakyat.

Penulis mencadangkan Kerajaan supaya mencari mekanisme baru dalam 'penurapan' Jalan Raya kerana penulis merasakan 'kaedah penurapan' sebelum ini di dapati tidak tahan lama dan tidak berkualiti kadang-kadang tu 'sebuah jalan' yang diturap dengan Premix hanya mampu bertahan dalam masa paling lama pun satu tahun lebih sahaja.

Begitu juga, kaedah penampalan 'lubang-lubang' di jalan raya juga perlu dikaji kerana ianya sudah tidak sesuai lagi, kalau kaedah yang sama masih mahu digunakan lagi 'kerajaan' perlu memastikan bahawa lubang yang ditampal itu tidak akan 'menimbulkan' bonggol kecil yang boleh menyusahkan pengguna jalan raya.

Dalam Keghairahan kerajaan berkempen "Rakyat Didahulukan" perkara-perkara seperti ini lah yang perlu di ambil berat oleh Kerajaan, Kerajaan tidak boleh memandang remeh isu ini kerana ia melibatkan kepentingan rakyat selaras dengan slogan 'Rakyat Didahulukan' jangan nanti slogan ini hanya terus kekal sebagai slogan.

Akhir kalam penulis akhiri dengan mutiara kata seperti mana biasa yang berbunyi "Hari ini mungkin kita bersandar pada kerusi empuk, Esok mungkin kita bersandar pada kerusi buruk" Jadi gunakanlah akal-fikiranmu yang dikurniakan YANG ESA untuk fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin