Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label IBRAHIM ALI. Show all posts
Showing posts with label IBRAHIM ALI. Show all posts

Thursday, May 30, 2019

Parti PUTRA disaran sertai Barisan Perpaduan UMMAH

Parti PUTRA disaran sertai Barisan Perpaduan UMMAH
Oleh: yieMEGA

SEPERTIMANA yang diketahu umum Parti Bumiputera Perkasa Malaysia atau ringkasnya (PUTRA) telah diluluskan oleh Register Of Society (ROS) ini membolehkan parti ini menyertai Pilihan Raya UMUM Ke 15 kelak. Borang pendaftaran keahlian sudahpun diedarkan di seluruh negara namun menulis mendapat rungutan bahawa ramai yang berminat untuk menyertai parti ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan borang parti ini. Oleh yang demikian penulis ingin mencadangkan kepada parti PUTRA untuk mengadakan Borang Pendaftaran secara dalam talian  (On Line) sejajar dengan perkembangan dunia teknologi hari ini. 

Dalam pada itu, di dalam mengukuhkan perpaduan UMMAH, adalah dengan ini penulis menyarankan kepada Parti Putra untuk bersama-sama dengan Barisan Perpaduan UMMAH yang diketuai UMNO-PAS kerana ianya strategi berkesan bagi mengelakkan berlakunya perpecahan undi secara tidak langsung ia akan memberikan perkembangan yang negatif bagi merealisasikan Kerajaan Perpaduan UMMAH. 

Strategi ini juga akan membuatkan ummah amnya dan melayu khasnya tidak berpecah seperti yang di dakwa oleh Atuk Perdana Menteri Tun Mahathir Mohd. Penulis merasakan Presiden Penaja PUTRA perlulah mengambil idea ini bagi menjamin kejayaan UMMAH dan juga UMAT MELAYU.

PUTRA sebagaimana yang dikatakan oleh Presiden Penajanya bahawa ianya Parti Marhaen, adalah lebih elok menerima cadangan penulis ini demi survival bangsa Melayu. Penulis percaya formula ini akan mewujudkan situasi menang-menang atau dalam bahasa inggerisnya berbunyi "Win-Win Situation". 

Baca Lagi!

Friday, July 7, 2017

Ibrahim Ali Akan Berhijrah Ke Rantau Panjang?

Ibrahim Ali Akan Berhijrah Ke Rantau Panjang?
Oleh: yieMEGA

PRESIDEN Perkasa Datuk Dr Ibrahim Ali atau lebih dikenali dengan jolokan "Donald Trump Malaysia" dijangka akan berhijrah ke Parlimen Rantau Panjang sepertimana yang didedahkan oleh penulis politik terkenal Mohd Sayuti Omar (MSO) di dalam blognya yang bernama Merah Tinta MSO. Kalau pendedahan MSO ini menjadi kenyataan ini bermakna satu berita baik buat rakyat-rakyat di dalam Parlimen Rantau Panjang, dan satu berita buruk buat pengundi di Parlimen Pasir Mas.

Setelah sekian lama Ibrahim Ali bertapak di Pasir Mas sebagai kubu kuat politik beliau, mungkin kini sudah tiba masanya untuk beliau berhijrah tambahan pula rakyat Pasir Mas telah menzahirkan bahawa mereka sudah tidak menyanyangi Ibrahim Ali lagi apabila dalam PRU13 yang lalu, pengundi-pengundi di parlimen ini sudah tidak lagi memilihnya sebagai wakil rakyat untuk Parlimen Pasir Mas sebaliknya mereka telah memberi undi yang tinggi kepada anak Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.

Mungkin mereka yang berada di luar Pasir Mas tidak mengetahui bahawa kebanyakkan kemajuan-kemajuan yang ada di Pasir Mas hari ini adalah hasil daripada usaha-usaha dan titik peluh Ibrahim Ali antaranya ialah Jambatan Tendong, Jambatan Pasir Mas Salor, Bandar Baru Lubuk Jong, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lubuk Jong dan Bangunan Mara di Pasir Mas. 

Baca Lagi!

Wednesday, July 5, 2017

Kelonggaran Syarat Pekerja Kontrak UD41 Kementerian Kesihatan Malaysia Tidak Wajar

Kelonggaran Syarat Pekerja Kontrak UD41 Kementerian Kesihatan Malaysia Tidak Wajar
Oleh: yieMEGA

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia beberapa hari lalu telah membuat pengumuman mengenai kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM yang bakal diberikan kepada graduan perubatan untuk dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41. Perkara ini telah mendapat bantahan banyak pihak termasuk Perkasa seperti mana yang dikatakan oleh Presiden Perkasa. 

Kelonggaran syarat ini penulis pun sependapat dengan mereka, apa perlu kita melonggarkan syarat sedangkan syarat tersebut sudah bersesuaian dengan perlembagaan negara kita jadi tak ada apa syarat yang perlu diubah lagi. 

Penulis tidak faham kenapa Kementerian Kesihatan mahu melonggarkan syarat sedemikian, adakah disebabkan ramai graduan perubatan yang tidak lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM ke apa sebabnya. Setahu penulis salah satu syarat untuk mengambil jurusan perubatan di mana-mana institusi pengajian tinggi memerlekukan seseorang calon itu lulus Bahasa Melayu. Tak tahulah pula penulis kalau ada sesiapa yang tidak lulus Bahasa Melayu yang dapat mengambil jurusan perubatan. Kalau ada pun mungkin yang guna 'orang dalam'. 

Bercakap mengenai "Orang Dalam" ini, adakah kelonggaran ini dapat membantu sesiapa sahaja yang mempunyai orang dalam untuk mendapatkan pekerjaan sebagai Pegawai Perubatan walaupun secara kontrak. Kalau ini yang terjadi bermakna ia tidak memberi sebarang keuntungan kepada negara malah ia akan memberikan kerugian kepada negara memandangkan kita mengambil orang yang tidak berkelayakkan untuk bekerja dan kita ambil mereka atas dasar mereka ada "Orang Dalam". Perkara seperti ini hendaklah dielakkan demi kebaikkan negara kita. 

Baca Lagi!

Tuesday, March 31, 2009

Menanti Kejutan Ibrahim Ali !!!!

Pada kali ini penulis memilih tajuk "Menanti Kejutan DP Ibrahim Ali" sebagai tajuk artikel penulis. Tajuk ini sengaja penulis pilih selepas terbaca kenyataan Datuk Paduka Ibrahim Ali di akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan Keluaran Hari ini iaitu 31 Mac 2009.
Penulis merasa sangat berminat dan teruja untuk mengetahui apakah kejutan yang bakal dibuat oleh Datuk Paduka Ibrahim Ali yang juga dikenali dengan nama Adi Jagat itu.
Sepertimana umum mengetahui senario politik tanah air sekarang tidak menentu, pasang-surutnya pun tidak menentu seolah-olah arus politik tanah air telah dilanda La Nina. Umum juga mengetahui bahawa Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) baru sahaja selesai mengadakan Perhimpunan Agung mereka.
Satu peristiswa bersejarah telah berlaku semasa Perhimpunan Agung UMNO tersebut dijalankan, iaitu negarawan ulung negara Ayahnda Tun DR. Mahathir sebelum ini mengumumkan keluar UMNO selagi DS Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Kehadiran Tun ke majlis tersebut sedikit-sebanyak memberi semangat baru kepada ahli-ahli UMNO yang sudah luntur semangat mereka sehingga mereka terus jatuh ditimpa ditangga. Pada hari yang bersejarah ini juga Tun mengumumkan hasratnya untuk kembali bersama UMNO.
Ekoran daripada peristiwa tersebut Datuk Paduka Ibrahim Ali atau Adi Jagat membuat kenyataan yang beliaun seorang yang kerdil akan membuat kejutan tidak berapa lama lagi, beliau yang diketahui umum seorang yang amat rapat dengan Tun Dr. Mahathir akan 'membuat kejutan' dan belum diketahui lagi bentuknya.
Sama-samalah kita nantikan apakah bentuk kejutan yang bakal dibuat oleh Adi Jagat, Adakah berita gembira buat UMNO ataupun berita gembira buat Pakatan Rakyat? Sama-samalah kita nantikanya dengan penuh sabar.

Baca Lagi!

Saturday, August 30, 2008

LAPORAN KHAS: Forum Fasal 153 MTRK

Sebelum ini blog Suara Generasi Muda Malaysia menyiarkan jemputan orang ramai untuk menghadiri satu forum yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), yang mana forum itu bertemakan Memperkasakan Perlembagaan Negara yang membincangkan isu Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia. Forum tersebut telah diadakan dengan jayanya pada pagi tadi iaitu 9.45 pagi 30 Ogos 2008 (Sabtu) di Hotel Grand Riverview Kota Bharu, Kelantan.

Majlis ilmu tersebut dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan penaung MTRK sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun Februari 2001 apabila berlaku krisis Kerajaan Negeri Kelantan dengan Pihak Istana Kelantan. Presiden MTRK merupakan Datuk Paduka Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen BEBAS Pasir Mas.

Manakala ahli-ahli panel yang dijemput membincangkan hal berkaitan Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia ialah Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang merupakan mantan Pengerusi Sistem Pernebangan Malaysia Berhad (MAS) dan kini menjadi Penasihat Undang-undang Majlis Muafakat Melayu Malaysia. Saudara Zainur Zakaria seorang peguamcara dan peguambela yang terkemuka memiliki pengalaman perundangan selama 33 tahun yang juga merupakan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia turut membarisi senarai ahli panel forum tersebut. Prof. Dr. Abd Aziz Bari Pensyarah Undang-Undang UIAM dan merupakan Penganalisis politik tanah air yang disegani dan Pakar Perlembagaan Negara turut menjadi ahli panel forum tersebut. Forum tersebut dipengerusikan oleh Penganalisis Politik yang terkenal iaitu Prof. Dr. Mohd Agus Yusof yang juga merupakan Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Majlis itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan Presiden MTRK iaitu Datuk Paduka Ibrahim Ali. Di dalam ucapan DP Ibrahim Ali menyatakan kebimbanganya berhubung Fasal 152 daan 153 Perlembagaan Malaysia yang pada kacamatanya semakin rapuh dan sudah ada bunga-bunga untuk menuntut Fasal ini dihapuskan. Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak ada masalah untuk membantu kaum-kaum lain tetapi dalam masa yang sama beliau tidak mahu hak Melayu sebagai bangsa pribumi Malaysia diperlekehkan atau diketepikan sama sekali. Beliau juga melahirkan rasa kesal berhubung tindakan seorang Melayu yang tergilakan menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup mengkhianati bangsa sendiri sambil berseleloroh beliau berkata "Saya ni pun bercita-cita nak jadi Perdana Menteri, tetapi tidak akan menjadi Perdana Menteri dengan mengkhianati bangsa sendiri, dan kalau anda semua kaji dalam-dalam, tiada orang lain yang betul-betul layak menjadi Perdana Menteri kalau tak Ibrahim Ali" sambil ketawa dan disambut dengan hilaian ketawa para hadirin.

Majlis itu pula diteruskan oleh Ucap Utama yang disampaikan oleh Penaung MTRK iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dan Calon Presiden UMNO. YBM Tengku Razaleigh atau lebih dengan nama Ku Li di dalam ucaputamanya menggunakan pendekatan menceritakan mengenai sejarah bangsa Melayu yang merupakan bangsa pribumi Tanah Melayu yang bermula sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Jadi secara jelasnya Melayu merupakan bangsa pribumi di Malaysia. Beliau juga menegaskan tindakan bangsa Melayu mempertahankan Hak Istimewa Melayu bukan bersifat perkauman kerana Melayu selalunya bersifat terbuka atau dengan kata lain Melayu ada sifat Keterbukaan berbanding bangsa-bangsa lain di seluruh dunia, sambil memberi contoh tiada penghapusan etnik yang dilakukan orang Melayu, dan juga membandingkan Melayu dengan bangsa-bangsa lain seperti bangsa Kulit Putih yang membenci Kulit Hitam di Amerika, bangsa yang membenci etnik lain sepertimana yang berlaku Penghapusan Etnik di Bosnia.

Beliau juga turut menegaskan bahawa mempertahankan hak istimewa Melayu bukanlah boleh disifatkan sebagai Racism kerana Racism lebih kepada bangsa yang mengatakan mereka hebat, dan bangsa pilihan tuhan seperti Yahudi. Semua orang tahu bahawa di Malaysia bangsa-bangsa lain lebih hebat daripada bangsa Melayu sebagai contoh Cina yang menguasai Ekonomi negara, kalau ada Melayu pun yang menguasai ekonomi yang menguasai ekonomi di tangga yang kedua dalam hierarki Ekonomi yang juaranya adalah bangsa Cina. Jadi sudah terbukti bahawa Melayu tidak mengaku mereka lebih hebat daripada bangsa lain.

Beliau juga turut berkongsi sejarah sesuai dengan statusnya yang bergelar Negarawan yang turut berjuang pada zaman Pra Merdeka. Mengenai Kerakyatan yang diperolehi oleh bangsa-bangsa lain selain daripada Melayu. Beliau menjelaskan bahawa kerakyatan bangsa-bangsa lain hanyalah diperoleh semasa zaman pra merdeka dan bukanya zaman Kesultanan Melayu Melaka, kerana pada masa Kesultanan Melayu Melaka, kaum-kaum lain adalah pendatang.

Beliau juga menjelaskan punca kenapa Hak Istimewa Melayu menjadi punca salah faham terhadap bangsa-bangsa lain terhadap bangsa Melayu. Beliau menyifatkan pemimpin-pemimpin yang sedia ada pada masa ini gagal menjelaskan atau menguraikan kesalah fahaman bangsa lain terhadap Hak Istimewa Melayu kerana masing-masing ada kepentingan politik Khasnya di Pihak UMNO sendiri yang mana penulis lebih suka merujuk terus kepada DS Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga menegaskan punca hilangnya kepercayaan Melayu terhadap Melayu sendiri adalah berpunca daripada Pemimpin Melayu itu sendiri. Dengan memberi contoh di dalam UMNO terdapat satu satu anai-anai yang kemudian beranak pinak, anai-anai itu ialah rasuah yang sudah merebak ke akar umbi dan anai-anai itu bakal merobohkan rumah bernama UMNO. Beliau juga menyarankan UMNO perlu dibersihkan oleh anai-anai tersebut untuk mengembalikan kepercayaan rakyat khasnya bangsa Melayu terhadapnya.

Selepas Ucap Utama yang disampaikan oleh YBM Ku Li, majlis berhenti rehat seketika untuk memberikan hadirin-hadirat peluang kepada hadirin, hadirat untuk menjamah juadah disediakan sebelum forum tersebut diteruskan.

Selepas Majlis itu berhenti rehat selama sepuluh minit, majlis itu diteruskan dengan Pengerusi Forum dan Ahli-Ahli Panel mengambil tempat di bahagian Pentas untuk membincangkan Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia itu.

Ahli Panel pertama yang 'membuka panggung' pada hari itu ialah Mantan Pengerusi MAS iaitu Tan Sri Aziz Abdul Rahman. Beliau menceritakan dan menerangkan mengenai Perkara 152 dan 153 yang ditulis olehnya sendiri. Pada waktu itu juga beliau melontarkan cadangan kepada Kerajaan agar Bahasa Melayu dijadikan bahasa utama di Mahkamah melainkan melibatkan perkara-perkara atau undang-undang yang telah dibuat semasa zaman Pra Merdeka.

Forum itu diteruskan dengan pembentangan oleh Saudara Zainur Zakaria yang menjelaskan Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia dibuat berdasarkan cadangan Suruhanjaya Reid yang terlebih dahulu menjalankan 'pungutan suara' di kalangan 118 buah Pertubuhan di Tanah Melayu pada ketika itu. Beliau juga menjelaskan "Suruhanjaya Reid bersetuju dengan Orang Melayu perlu diberi keistimewaan cuba apa yang mereka tidak mahu ialah Penambahan kepada Keistimewaan Melayu yang sedia ada. Beliau juga turut berhujah "Kalau kita lihat pada hari ini, hak istimewa orang Melayu tidak melalui proses 'Upgrade' tetapi sebaliknya melalui proses 'Downgrade' kerana keterbukaan yang ada pada Melayu". Dalam masa yang sama beliau memperkatakan bahawa Fasal 152 dan 153 boleh digugat dengan senario politik yang ada pada ketika ini.

Selepas Pembentangan oleh Saudara Zainur Zakaria, Pengerusi Forum iaitu Prof. Dr. Mohd Agus Yusof turut menyampaikan pendapatnya, dan cuba mempertikaikan atau dengan kata lain membantah pandangan Saudara Zainur Zakaria mengenai "Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia boleh digugat dengan senario politik yang ada pada masa ini", beliau tidak bersetuju dengan pandangan ini dengan memberikan hujah "Pada masa ini Melayu, menguasai 121 Kerusi Parlimen, jadi mana mungkin Fasal 152 dan 153 boleh digugat melalui sistem yang dinamakan demokrasi". Beliau juga turut memberi cadangan agar "Majlis Raja-Raja diperkasakan memandangkan syarat seorang Raja iailah Beragama Islam, dan Melayu walaupun tiada syarat Perdana Menteri mestilah dikalangan seorang Melayu yang beragama Islam dan di mana Raja-Raja Melayu 'mempunyai hak' untuk menolak ke atas cubaan untuk pemindaan Perlembagaan Malaysia".

Forum itu diteruskan dengan pembentangan oleh Prof Dr. Aziz Bari, Prof Dr. Aziz Bari bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Prof. Dr. Mohd Agus Yusof, namun beliau turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Karpal Singh yang sebelum ini mempertikaikan campur tangan Sultan Perak berhubung isu Perlantikkan Pengerusi Majlis Agama Dan Adat Istiadat Melayu Perak baru-baru ini, kerana sememangnya seorang Sultan mempunyai kuasa di dalam Bidang Agama sejak dahulu lagi sepertimana yang diceritakan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan juga tuntutan kesamarataan berhubung penggunaan nama Allah yang sepatutnya dibenarkan kepada semua agama. Beliau berkata "Tuhan dengan Allah satu perkara yang tidak boleh disamakan ertinya".

Baca Lagi!

Wednesday, August 27, 2008

JEMPUTAN KE FORUM FASAL 153

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR KE


"FORUM FASAL 153"

TEMPAT:
HOTEL GRANDRIVERVIEW KOTA BHARU KELANTAN

AHLI PANEL:


YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH (Ahli Parlimen Gua Musang)

YB DATUK PADUKA IBRAHIM ALI (Ahli Parlimen Pasir Mas)

Dr. Abdul Aziz Bari (UIAM)

Waktu:
9.00 PAGI / 30 OGOS 2008
"SEMUA DIJEMPUT HADIR"

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin