Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label umno bukit bendera. Show all posts
Showing posts with label umno bukit bendera. Show all posts

Saturday, September 6, 2008

Kawan Ketawa Senang Dicari Kawan Menangis Sukar Sekali !

Laporan Utusan Online:

Gerakan kaji kedudukan dalam BN

KOTA BAHARU 5 Sept. - Gerakan akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya parti-parti komponennya terutama UMNO, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat, kata pemangku presiden parti itu, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon hari ini.

Sambil menegaskan Gerakan bukan parti 'pak turut' dalam BN, Tsu Koon bagaimanapun berkata, parti itu tidak akan tergesa-gesa dalam tindakannya dan akan memberi 'tempoh munasabah' sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Gerakan akan terus mendesak agar dilakukan perubahan dan pembaharuan dalam BN tetapi sekiranya usaha itu tidak berhasil, parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Kelantan di sini hari ini.

Tsu Koon seperti dipetik oleh Bernama berkata, apa yang dituntut oleh Gerakan antaranya ialah perubahan sikap dan pendekatan serta mewujudkan semula semangat bermusyawarah yang lebih adil dan saksama antara parti komponen supaya suara semua parti dapat didengar, diambil kira dan dimasukkan dalam agenda BN.

Bagaimanapun, beliau mengakui perubahan telah mula berlaku dalam BN namun parti itu menganggap ia belum mencukupi.

"Kita sudah bermesyuarat lebih kerap dalam lima bulan yang lepas ini di peringkat Dewan Tertinggi BN dan Jawatankuasa Pengurusan BN berbanding lima tahun dahulu.

"Ia satu permulaan yang baik. Kami bincang banyak isu tapi masih perlu buat perubahan. Tapi nak buat perubahan, bukanlah dalam masa sebulan dua," katanya.

Tsu Koon berkata, pemimpin BN juga perlu mendengar luahan hati rakyat dan suara tidak puas hati termasuk yang mula kedengaran dari dalam BN sendiri.

"Bukan senang untuk saya menangani perasaan ini. Suara-suara ini mesti diambil kira," katanya.

"Simbol BN ialah dacing, ia menunjukkan satu konsep adil dan saksama, ia hendaklah diamalkan dalam semua bidang. Ia semangat asal BN dari dulu, tapi mungkin lama-kelamaan, kita semakin sibuk, semakin mementingkan diri sehingga kita terlupa," katanya.

Bagaimanapun, Tsu Koon mengakui perubahan telah mula berlaku dalam BN namun parti itu menganggap ia belum mencukupi.

"Kita sudah bermesyuarat lebih kerap dalam lima bulan yang lepas ini di peringkat Dewan Tertinggi BN dan Jawatankuasa Pengurusan BN berbanding lima tahun dahulu.

"Ia satu permulaan yang baik. Kami bincang banyak isu tapi masih perlu buat perubahan. Tapi nak buat perubahan, bukanlah dalam masa sebulan dua," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Naib Presiden Gerakan Datuk Dr. S. Vijayaratnam ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia hari ini berkata, sentimen penolakan untuk berada dalam BN datang daripada kalangan ahli muda parti itu.

"Mereka (ahli-ahli muda) beranggapan kekalahan Gerakan pada pilihan raya umum lalu adalah kerana sikap keseluruhan pemimpin BN yang kononnya melakukan salah guna kuasa, rasuah dan angkuh," katanya.

Menurut beliau, ahli-ahli muda parti melihat Gerakan akan lebih berjaya jika ia berada di luar parti pemerintah itu.

Jelas beliau, kepimpinan tertinggi parti juga pada masa ini tidak dapat berbuat apa-apa untuk membendung sentimen berkenaan melainkan memberikan nasihat agar para ahli dan pemimpin muda tidak terikut-ikut dengan emosi.


Pemuda MCA Perak gesa kepimpinan parti pertimbangkan keluar daripada BN

06/09/2008 2:54pm

IPOH 6 Sept.— Pemuda MCA Perak hari ini menggesa pucuk pimpinan pusat parti itu supaya mempertimbangkan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya para pemimpin UMNO, parti politik terbesar dalam gabungan itu, tidak mahu mengubah sikap.

Mengambil contoh kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini, Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng berkata, pendekatan sedemikian telah menyinggung perasaan kaum bukan bumiputera selain boleh menjejaskan perpaduan rakyat di negara ini.

“Maka Pemuda MCA Perak menyeru kepada pemimpin MCA pusat supaya mempertimbangkan sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO masih tidak ingin menukar perangai mereka, untuk keluar daripada BN,” katanya kepada pemberita selepas berucap sebelum majlis pemilihan jawatan Pemuda MCA Perak di Dewan St John Ambulans di sini hari ini. - Bernama

Pepatah Melayu ada mengatakan "Kawan Ketawa Senang Dicari, kawan menangis sukar dicari" kini pepatah ini terbuktinya ada benarnya apabila kita membaca laporan-laporan akhbar sepertimana yang penulis selitkan di atas. Masa kita senang, senang jugalah kita mendapat kawan tetapi apabila kita susah kawan kita tidak hirau lagi pengorbanan kita dan sanggup meninggalkan kita.

Dulu mereka yang dapat menikmati kemewahan hidup ketika bersama kita mereka tidak sedar malah mereka lah yang menghabiskan kemewahan yang bina oleh kita. Sejak akhir-akhir semakin menjadi-jadi pula apa yang dikatakan 'kacang lupakan kulit', bagi penulis tindakan MCA dan Gerakan itu boleh diumpamakan sebagai 'kacang lupakan kulit'.

Mereka juga tidak ubah seperti pisau cukur, yang pada masa mereka mendapat kemewahan mereka sanjung orang yang memberi kemewahan tersebut, tetapi setelah 'bulu-bulu kemewahan itu licin' mereka tinggal betis yang licin itu begitu sahaja.

'Habis madu sepah dibuang' mungkin inilah pepatah Melayu yang paling tepat untuk kita gunakan kepada Gerakan MCA dan Gerakan, apabila madu yang dimiliki oleh UMNO sudah habis, mereka mula nak membuang sepahnya sedangkan selama ini sepah itulah yang menampung madu supaya boleh dinikmati oleh mereka.

Nampaknya, pengorbanan UMNO memberi kerakyatan kepada kaum-kaum lain tidak bermakna dan tiada nilainya kerana mereka sedikitpun tidak berterima kasih di atas pengorbanan itu, namun sebaliknya mereka cuba memijak kita kembali.

Baca Lagi!

Tuesday, September 2, 2008

Melayu yang selalu mengalah bukti salah satu keterbukaan Melayu!

Melayu selalu dianggap bersifat perkauman apabila cuba mempertahankan hak mereka atau dengan kata lain hak istimewa Melayu. Apabila seorang Melayu berucap atau melakukan ritual menjadi kebiasaan bagi adat-adat Melayu pun turut dituduh bersifat perkauman, apabila Melayu menentang projek Ladang Babi pun turut dikira sebagai 'perkauman' oleh bangsa lain.

Apa yang menghairankan penulis, perkara ini tidak begitu serius beberapa tahun lalu, tetapi setelah kembalinya Anwar Ibrahim ke dalam pentas politik tanah air telah membawa kepada Melayu sering dituduh bersifat perkauman dan sebagai parti yang mewakili bangsa Melayu sudah tentu UMNO yang sering dipersalahkan.

Jika kita masih ingat beberapa bulan yang lalu, Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berhubung tindakan beliau yang menghunus keris semasa Perhimpunan Agung yang menjadi majlis kebiasaan bagi sayap Pemuda UMNO semasa Perhimpunan Agung Tahunan dan membawa kepada kenyataan Maaf oleh Ketua Pemuda UMNO itu bukti pertama yang mengatakan Melayu selalunya 'mengalah' terhadap bangsa lain.

Baru-baru ini pula, timbul pula kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera yang mengatakan "adalah mustahil untuk memberi kesamarataan kerana kaum cina adalah penduduk sementara" tindakan beliau juga seperti biasa akan dicop perkauman oleh bangsa lain dan membawa kepada kenyataan Timbalan Presiden UMNO yang akan memohon maaf di atas tindakan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera itu. Sekali lagi membuktikan "orang Melayu" mengalah lagi tetapi ia tetap dikira perkauman.

Penulis kadang-kadang tertanya juga, sekiranya kaum lain yang berucap secara perkauman akan sukar dikesan oleh Melayu contohnya kaum cina yang sering berucap di hadapan kaum mereka dengan bahasa yang sukar difahami oleh kaum Melayu dan bolehkah kita menjamin tiada kenyataan yang berunsur perkauman yang dikeluarkan oleh mereka?

Kenapa pula Melayu tidak mezahirkan apa yang terbuku di hati mereka apabila kaum cina sesama kaum cina bercakap dalam bahasa cina yang sepatutnya diragui apakah ucapan mereka adalah berunsur perkauman? Jarang sangat melayu yang pandai berbahasa Cina untuk memahami apakah yang sebenar diucapkan bangsa cina terhadap bangsa Melayu di dalam bahasa Cina.

Persoalan yang penulis ingin tanya kepada bangsa-bangsa lain di Malaysia ialah kenapa Melayu sering dituduh bersifat perkauman? Kenapa sekarang perkara itu baru ditimbulkan? Adakah ini dikatakan kesamarataan? Melayu yang selalu 'mengalah' sering dilontar najis oleh bangsa lain yang mengatakan Melayu bersifat perkauman. Fikir sejenak!


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin