Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Kes. Show all posts
Showing posts with label Kes. Show all posts

Monday, January 9, 2012

KEPUTUSAN KES ANWAR IBRAHIM

KEPUTUSAN KES ANWAR IBRAHIM
Oleh: yieMEGA

SEBAGAIMANA yang kita tahu hari ini kita sudah pun mengetahui keputusan Mahkamah berkenaan kes Anwar Ibrahim yang diumumkan hari ini. Bagi yang belum mengetahui apakah keputusan mahkamah tersebut keputusan tersebut adalah Anwar Ibrahim dibebaskan daripada pertuduhan terhadapnya.

 Walaubagaimanapun, pengadu iaitu Saiful Bukhari ingin membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan walaupun di dalam kenyataan beliau reda dengan keputusan mahkamah tersebut. Katanya beliau ada hak untuk membawa perkara ini kepada Mahkamah Rayuan.

Mahkamah telah memutuskan jadi tak perlulah kita membincangkanya lebih lagi, namun apa yang penting berdasarkan keputusan mahkamah tersebut membuktikan bahawa cabang Eksekutif tidak mencampuri cabang Kehakiman.

Mohd Sayuti Omar (MSO) pemilik blog Merah Tinta MSO yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim dan mengimpikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti menyatakan pembebasan Anwar pada hari ini memberi peluang yang cerah buat Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri pasca PRU 13 kelak kerana mengikut ramalanya sokongan rakyat terhadap Anwar Ibrahim akan meningkat.

Nampaknya, Anwar Ibrahim Pasca beliau dibebaskan oleh Mahkamah kelihatan teramat yakin yang peluang beliau akan menjadi PM akan menjadi lebih cerah. Sejauhmanakan keyakinan Anwar Ibrahim akan menjadi kenyataan ianya terletak di tangan rakyat sepertimana yang mereka kata "Rakyat Hakim Negara".

Mungkin juga Anwar Ibrahim bebas daripada pertuduhan di mahkamah, namun rakyat tetap akan menghakimi Anwar kerana sepertimana katanya "Rakyat Hakim Negara". Adakah rakyat akan menghukumnya atau sebaliknya ianya segalanya terletak di tangan rakyat.

Bagi penulis, pembebasan Anwar Ibrahim sudah tentu ada hikmah di sebalik pembebasan ini. Buat masa ini hikmah daripada pembebasan ini masih menjadi misteri dan misteri ini hanya akan terjawab selepas PRU13 yang bakal menjelang. Sama-samalah kita nantikan saat-saat yang kita tunggu-tunggu iaitu penghakiman rakyat.

Baca Lagi!

Tuesday, September 15, 2009

Apabila Keberanian Khir Toyo Dipertikai...

Apabila Keberanian Khir Toyo Dipertikai...
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya semua orang mengetahui bahawa Bekas Menteri Besar Selangor yang kini merupakan Ketua Pembangkang Selangor yang disiasat oleh SPRM mendapat liputan meluas media-media dan ada juga media yang tidak bertanggungjawab yang membuat dakwaan siasatan tersebut ada kena mengena dengan BALKIS, sedangkan Khir Toyo telah menjelaskan di dalam blog beliau bahawa ia tiada kaitan dengan BALKIS sambil mempersoalkan kenapa dia disabitkan dengan BALKIS sedangkan beliau bukan ahlinya dan juga bukan Ahli Lembaga Pengarahnya. The Star terus 'menyerang' Khir Toyo dengan mendakwa siasatan tersebut ada kena mengena dengan Balkis. Penulis pun tidak hairan sangat dengan The Star kerana ramai yang mengetahui The Star berpihak kepada siapa.

Petang tadi penulis sempat membaca artikel blog MSO di Blog Merah Tinta MSO yang mempertikaikan kenapa Dr. Khir disiasat selama 6 jam tetapi tidak 24 Jam sambil mendakwa bahawa 6 Jam tu tidak cukup kerana kata MSO 6 Jam itu hanya cukup untuk bertanya soalan-soalan yang tidak berkaitan dengan siasatan atau dengan kata lain sesi taaruf ataupun suai kenal.

Wah kena siasat SPRM pun kena ada sesi suai kenal ke? Cerdik betul MSO, mungkin MSO berpendapat sedemikian kerana menyangka pegawai penyiasat SPRM masih belum mengenali Khir Toyo, tidakkah MSO sedar bahawa Bekas Menteri Besar yang begitu popular dengan Anugerah Penyapu mustahil ia tidak dikenali oleh Pegawai Penyiasat SPRM.

Satu lagi artikel blog MSO turut menyentuh mengenai Kes Banglo 24 Juta yang dinilai oleh Jurunilai Tidak bertauliah, artikel itu secara terang-terangan seolah-olah mengatakan DSKT bersalah dan Banglo itu bernilai 24 Juta sepertimana yang dinilai oleh Juru Nilai Tidak Bertauliah sedangkan sebelum ini DSKT telah mengemukakan bukti-bukti bahawa Banglo itu tidak sampai pun 24 Juta, adakah MSO sedar mengenai bukti tersebut ataupun sengaja buat tak endah demi memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat parti yang diagung-agungkanya itu? Cuba bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya MSO mengalami situasi yang sama?

Bagi penulis tempoh enam jam tu sudah mencukupi sekiranya OKS (Orang Kena Siasat) memberi kerjasama yang sewajarnya tak perlulah buat sesi taaruf kerana ramai yang sudah mengenali DSKT terutamanya Pegawai Penyiasat SPRM, janganlah bertindak seperti 'mengajar buaya berenang' kerana Pegawai Penyiasat SPRM sudah tentu lebih tahu tentang tugasnya.

Akhir kalam, penulis yakin dengan ungkapan "Seseorang itu tidak bersalah selagi ia tidak dapat dibuktikan kesalahanya" dalam masa yang sama penulis ingin memuji Dr. Khir yang boleh dikatakan "Berani Kerana Benar" setidak-tidaknya beliau tidak melambat-lambatkan proses keadilan kerana 'Justice Delay is Justice Denied' tidak seperti Anwar yang begitu bacul dengan terus menerus-nerus cuba melambat-lambatkan perbicaraan ke atasnya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin