Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Al-Qaeda. Show all posts
Showing posts with label Al-Qaeda. Show all posts

Saturday, December 26, 2009

Menjawab Komen Fazli Salleh

Menjawab Komen Fazli Salleh
Oleh: yieMEGA

TERLEBIH dahulu penulis ucapkan terima kasih kepada Fazli Salleh kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk memberikan komen beliau di blog ini. Komen beliau amatlah penulis alu-alukan kerana sudah menjadi lumrah kehidupan yang betul kita sahkan, yang salah kita salahkan.

Keratan Komen Saudara Fazli Salleh di bawah:

Apa salahnya Ulama berpolitik? Adakah Ulama hanya perlu duduk di masjid memegang tasbih dan membaca al-Quran sahaja? Sedangkan Nabi Besar Muhammad juga seorang ahli politik.

Suka tidak suka bukannya dari keterlibatan Ulama dalam politik. Memang resam manusia. Nabi dulu pun dihina dan dicerca. Memang pahit mengatakan yang benar.

Ulama hanya dihina bagi orang yang jauh dari agama. Mengapa perlu dihina sedangkan perselisihan pendapat adalah perkara biasa.

Mufti yang dipecat kerana melarang gadis melayu masuk pertandingan ratu cantik, Ulama yang digam kerana tak sehaluan, Tok Guru yang diputar belitkan setiap ucapannya. Mana lebih hina?

Ulama bebas untuk memilih pegangan ideologi politik mereka serta percaya dengan apa yang mereka yakini. Adakah kerana Ulama tidak memihak kita, perlu ada cacian dan makian?

Jika kita tak bersetuju dengan Ulama, jalan yang terbaik adalah diam kerana Ulama adalah pewaris nabi.


Jawapan Penulis adalah sepertimana di bawah:

Saudara Fazli Salleh, mohon maaf mungkin saudara telah keliru dengan artikel saya, saya dah jelaskan di awal artikel lagi bahawa saya bukanya menghalang mana-mana ulamak untuk menyertai politik, apa yang saya cuba kata melalui artikel penulis ialah tidak mahu kenyataan ulamak dipolitikkan, di tokok-tambah semata-mata untuk meraih sokongan kerana yang mendapat aniaya ialah Ulama itu sendiri yang akan dihamburkan dengan kata-kata yang tak sepatutnya dan artikel penulis bukan ditujukan kepada Ulamak tetapi ditujukan kepada sesiapa yang cuba mempolitikkan kenyataan ulama' dan menambah dengan 'perisa' mengikut selera politik masing-masing sahaja, jadi dengan kenyataan ini harap saudara Fazli Salleh dapat memahaminya.

Penulis juga faham bahawa nabi dahulu pun dihina dan dicerca, bukan setakat faham malah menulis memang dah lama mengetahuinya. Cuma satu soalan penulis kepada Fazli Salleh, adakah pada masa itu ada tak Nabi dihina oleh umat Islam sendiri?

Ya betul Ulama hanya dihina oleh orang yang jauh dari agama, memang penulis tak bersetuju sekiranya Ulama dihina, itulah tujuan sebenar artikel penulis sebelum ini. Ulama memang bebas memilih fahaman dan laluan politik masing-masing, dan tak semestinya mesti duduk di Masjid memegang tasbih dan membaca al-quran semata-mata.

Penulis juga bersetuju bahawa apabila Ulama tidak memihak kepada kita tidak perlulah dihamburkan kata-kata yang tak sepatunya dilemparkan kepada insan yang bergelar Ulama. Penulis pun berharap sekiranya Ulama yang tak memihak kepada Fazli Salleh tidak dicerca oleh Fazli Salleh, jangan ada double standard di dalam membela Ulama.

Bercakap cercaan terhadap Ulama' penulis masih teringat dengan kejadian di mana Bekas Mufti Perlis (Dr Mohd Asri Zainul Abidin) pernah dilabelkan "Bapak Setan" oleh Penceramah PAS, apa pula pendapat saudara Fazli Salleh dalam hal ini?

Namun penulis tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan bahawa Ulama adalah perwaris nabi, jika tidak bersetuju dengan Ulama jalan terbaik ialah diam. Mungkin saudara dah tersasar sedikit, Ya betul Ulama itu perwaris nabi tetapi Nabi tu maksum, tetapi Ulama' tidak maksum jadi maknanya tak semestinya Ulama' itu tidak akan melakukan kesalahan. Diam bukanlah cara yang sesuai, bukankah kita kena menyampaikanya, cuba saudara lihat dalam Solat Berjemaah, kan boleh Makmum menegur Bacaan Imam sekiranya bacaanya tidak betul asalkan dengan teknik yang betul. begitu juga dengan Ulama selagi menggunakan cara yang betul tidak ada salahnya untuk kita menegur kesilapan Ulama.

Penulis berharap saudara Fazli Salleh memahami apa yang cuba disampaikan melalui kenyataan ini. Mohon maaf sekiranya kenyataan ini membuatkan saudara Fazli Salleh marah ataupun sakit hati, bukan niat penulis untuk menyakiti hati Fazli Salleh malah penulis sudah berusaha sedaya upaya agar, kenyataan penulis ini tidak akan menyakiti hati saudara Fazli Salleh, tetapi kalau terjadi juga, apakan daya penulis pun manusia biasa yang tak lepas daripada melakukan kesalahan, Yang Baik datangnya dari Allah, Yang Buruk datangnya dari penulis, Wallahualam.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin