Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Malay styles and titles. Show all posts
Showing posts with label Malay styles and titles. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

KM Sarawak Berundur Patut atau Tidak?

Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, Chief Mi...Image via Wikipedia
KM Sarawak Berundur Patut atau Tidak?
Oleh: yieMEGA

KETUA MENTERI Sarawak berundur patut atau tidak dipilih menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Ini adalah bersesuaian dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak semakin dekat. Sebagai memenuhi tanggungjawap penulis adalah lebih elok penulis mengulas mengenainya.

Penulis percaya persoalan yang timbul di kalangan rakyat-rakyat Sarawak termasuk juga pemimpin-pemimpin di Sarawak adalah patut atau tidak Ketua Menteri Sarawak sekarang ini berundur sebelum Pilihan Raya Negeri. Itulah persoalan yang penulis ingin rungkaikan pada hari ini.

Umum mengetahui Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah lama menjadi Ketua Menteri Sarawak. Pada pandangan penulis ia patut berundur dan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin muda, masa yang terbaik adalah sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Sebarang tindakan yang kita buat haruslah yang kurang risikonya, pada pandangan penulis sekiranya Abdul Taib Mahmud terus mengetuai Kerajaan Negeri Sarawak ia akan mendatang risiko yang besar terutamanya terhadap BN, Abdul Taib perlu mengambil ikhtibar dengan peristswa kejatuhan Kerajaan BN Terengganu pada tahun 1999 ekoran daripada keenganan Tan Sri Wan Mohktar Ahmad melepaskan jawatan akhirnya membawa padah apabila Kerajaan BN Terengganu BN tumbang pada tahun 1999.

Dalam Islam sendiri pun, mengalakkan umatnya membuat sesuatu perkara yang kurang dari segi risikonya atau dengan kata lain kurang musibahnya. Sebelum nasi menjadi bubur adalah lebih elok dan molek benar kalau Abdul Taib Mahmud berundur. Perlu ditegaskan di sini, tujuan penulis menulis artikel ini bukanya untuk menjatuhkan Abdul Taib tetapi sebagai teguran membina demi memastikan kesinambungan pemerintahan BN di Sarawak.

Tempoh pemerintahanya juga sudah melayakkan beliau untuk mengundurkan diri dan melepaskan jawatan yang dipegangnya sekarang kepada individu lain. Penulis percaya sekiranya ini keputusan yang dibuat oleh Abdul Taib rakyat Sarawak sendiri akan gembira dengan keputusan yang dibuatnya.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Monday, August 2, 2010

Polis Kembali Jahat ?

Coats of arms of MalaysiaImage via Wikipedia

Polis Kembali Jahat ?
Oleh: yieMEGA

PENULIS pada artikel kali ini memilih untuk mengulas artikel blog Merah Tinta MSO yang bertajuk "Polis Kembali Jahat". Persoalannya di sini, adakah Polis benar-benar kembali jahat? Penulis akan cuba mengulas perkara ini agar ianya tidak terlalu bias.

Dalam pada itu, blogger Keris Putera di dalam artikel blognya yang bertajuk "Kata Dua kepada Datuk H-2-O ". Dalam artikel tersebut Keris Putera telah mengatakan bahawa program Gelombang SSDE atau Selamatkan Selangor Darul Ehsan telah diggangu Polis, di mana Polis telah mengarahkan program itu dihentikan walaupun waktu itu baru pukul 11.30 malam, di mana kebiasaanya ia sepatutnya tamat pada pukul 12:00 tengah malam.

Kepada pembaca yang tidak tahu, Gelombang SSDE ini anjuran UMNO dan mempunyai permit tetapi ia tetap diganggu oleh Polis. Mungkin kita dapat lihat, polis adil dalam kes ini, namun bagi penulis ini semua berlaku bukan kerana silap Polis dan bukan juga silap Perdana Menteri tetapi ia lebih kepada silap Menteri Dalam Negeri itu sendiri.

Siapakah Datuk H-2-O? Datuk H-2-O adalah nama gelaran yang diberikan kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein iaitu Menteri Dalam Negeri. Dengan kata lain ia adalah kegagalan Menteri Dalam Negeri bertindak, boleh juga dikatakan seorang Menteri yang suka memberi amaran tanpa tindakan.

MSO boleh mendapatkan maklumat kenapa Polis Kembali Jahat sepertimana yang di dakwa oleh beliau dengan Datuk H-2-O kerana beliaulah yang lebih berhak mengeluarkan Amaran eh silap Arahan untuk sesuatu perkara.

Mungkin juga Datuk H-2-O tak sesuai dengan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri, adalah lebih sesuai jawatan Menteri Amaran Dalam Negeri diberikan kepadanya selaras dengan banyak amaran-amaran yang dikeluarkan olehnya sebelum ini.

Izinkan penulis mencelah sedikit, kalau program yang ada permit polis ada kaitan dengan UMNO pun boleh diganggu Polis, apa lagi kalau yang tak ada permit yang boleh diklasifikasikan sebagai haram.

Mungkin selepas ini, adalah lebih baik setiap pehimpunan yang nak diadakan perlulah mendapat permit dahulu, barulah perkara seumpama ini tidak akan terjadi lagi, kalau terjadi pun mungkin senasib dengan program Gelombang SSDE tersebut.


Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Saturday, January 23, 2010

Al-Fatihah Kepada Almarhum Sultan Johor


Al-Fatihah Kepada Almarhum Sultan Johor
Oleh: yieMEGA

Semalam 22 Januari 2010 Utusan Online Melaporkan "Kemangkatan Sultan Johor". Penulis menyeru semua rakyat jelata bersama-sama mensedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Almarhum Baginda Sultan Johor.

Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bharu, Johor kerana dikatakan gering pada jam 5 Petang perkara ini diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta sepuluh orang putera dan puteri. Almarhum merupakan Putera ketiga Almarhum Sultan Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Selain sebagai Sultan Johor, baginda juga merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando). Baginda juga gemar memakai pakaian seragam tentera di kebanyakkan majlis yang dihadirinya kerana minat baginda yang begitu mendalam dalam bidang ketenteraan.

Baginda juga merupakan Sultan Johor keempat di dalam sejarah Johor Moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran di Australia dan United Kingdom.

Kemangkatan beliau merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja bagi rakyat negeri Johor malah ia turut melibatkan rakyat Malaysia. Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Baginda agar roh Almarhum Baginda dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Al-Fatihah.....


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, December 13, 2009

Kod Etika Blogger...

Kod Etika Blogger

PENULIS telah membaca artikel terbaru daripada blog Perdana Menteri Kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang beralamat di http://www.1malaysia.com.my. Artikel yang bertajuk "Kod Etika Bagi Penulis Blog" bagi penulis kod etika penulis blog ada pro dan kontranya.

Saranan Najib tersebut telah mendapat perhatian beberapa blogger antaranya Blogger atau Blogawan tersohor MSO melalui blognya Merah Tinta MSO melalui satu artikel blognya yang bertajuk "Perlukah Kod Etika Kepada Blogger".

Antara Isi Kandungan Kod Etika Blogger Yang Disarankan Najib Adalah:

Penulis Blog Hendaklah:

  • Jujur dan Adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menintepretasikan maklumat.
  • Jangan Sesekali Menciplak
  • Mengenalpasti sumber dan membuat pautan kepada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan.
  • Jangan sesekali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat sekiranya disiarkan juga perlu dijelaskan keraguan tentangnya.
  • Bezakan sokongan, komentar dan maklumat berasaskan fakta
  • Mengakui Akan Kesilapan dan Cepat Memperbetulkanya.
  • Elakkan daripada rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi
  • Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendalianya daripada penulis blog.
  • Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi.
  • Mematuhi standard yang tinggi


Ada juga yang kurang bersetuju dengan saranan kod etika blogger ini izinkan penulis memetik satu komen pembaca blog 1Malaysia yang menggunakan nama YM Tengku Khairol dan penulis tidak pasti adakah jurukomen tersebut menggunakan nama sebenar atau nama samaran.

Di Bawah Ini Ialah Komen Beliau:

YM Tengku Khairol: TAK PERLU WUJUD ETIKA, MANA ERTI KEBEBASAN?
Kod Etika untuk penulis blog tidak perlu diwujudkan kerana negara telah mempunyai undang-undang yang cukup khusus untuk planitif mendakwa atau menyaman atau mengheret penulis blog yg menulis artikel berunsur fitnah atau yg berbau perkauman ke mahkamah. Kita ada suruhanjaya komunikasi dan multimedia yg mampu menyekat keterlaluan atau kebiadapan bloger. Kod etika tidak rasional diwujudkan kerana menyekat cara pemikiran dan pandangan rakyat yang cintakan demokrasi. Rakyat mampu menilaikan mana yang buruk dan mana yang baik. Itu rasionalnya.


Sebenarnya Najib menyarankan Kod Etika tersebut sepertimana yang dicadangkan oleh sebuah portal khas untuk jurnalis siber melalu artikel yang bertajuk "A Bloggers' Code Of Ethics". Penulis sendiri tidak nampak yang akan berlaku terhadap kebebasan blogawan sekiranya Kod Etika ini menjadi kenyataan.

Sebelum itu penulis meminta pembaca cuba fahami betul dengan apa itu Kod Etika dan Apa Itu Undang-Undang. Mungkin kedua-dua hampir sama tetapi ia tidak membawa maksud yang sama. Kod Etika ini sebenarnya panduan untuk menjadikan sesuatu profesyen itu beretika contohnya kaunselor pun mempunyai kod etikanya sendiri. Manakala undang-undang pula merupakan satu arahan atau peraturan yang memang perlu dipatuhi dan bukan sekadar panduan. Oleh yang demikian, penulis tidak melihat Kod Etika Blogger akan menghalang kebebasan bersuara blogger.

Ramai orang yang cepat melenting apabila Najib menyarankan kod etika bagi Blogger. Ini berlaku kerana mereka salah faham tentang konsep Kod Etika dan Undang-undang. Jadi penulis tiada halangan yang timbul sekiranya Kod Etika ini ada.

Malah daripada pandangan penulis Kod Etika ini lebih kepada untuk melindungi blogawan-blogawan dan bukan untuk menyekat kebebasan blogawan-blogawan kita. Cuba kita lihat kod etika yang kedua yang berbunyi "Jangan sesekali menciplak", artikel-artikel blog yang diterbitkan oleh blogawan adalah harta intelek milik blogawan tersebut, sekiranya berlaku ciplak menciplak tidakkah berlaku cetak rompak di situ?.

Kita jangan jumudkan pemikiran kita untuk satu sudut semata-mata, penulis percaya ramai blogawan yang lebih bijak dan cerdik daripada penulis dapat memikirkan apakah kelebihan yang lain sekiranya kod etika ini wujud.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, October 23, 2009

Wayang Kulit Politik PAS

PAS President, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul...Image via Wikipedia

Siapa "Wayang Kulitkan" Tok Guru Nik Aziz?
Oleh: yieMEGA

PARTI Islam se-Malaysia (PAS) mendengarkan nama parti tersebut membuatkan sejuk hati kita mendengarnya, Kenapa begitu? ye lah sebuah parti yang menggunakan nama Islam dan juga mempunyai impian untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang tulen, Bulan menjadi lambang, hijau menjadi latar, putih menjadi bulan. Itulah realitinya sebuah parti politik yang berorientasikan Islam.

Kekalahan PAS di Bagan Pinang membuatkan pelbagai isu yang timbul rentetan daripada insiden kekalahan PAS di Bagan Pinang. Bertitik tolak daripada peristiwa itulah berlaku tunding-menunding di dalam parti yang berorientasikan Islam itu. Timbullah bermacam-macam ulasan sehinggakan seorang ahli akademik yang batang tubuhnya bernama Prof Dr. Aziz Bari mengeluarkan satu artikel yang bertajuk "Pengajaran Bagan Pinang".

Artikel tersebut telah berjaya menghangatkan arena politik tanah air, apabila ia mendapat respons dari Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Seumur Hidup dengan membuat kenyataan seakan-akan menyokong syor Prof Dr. Aziz Bari agar Presiden TG Datuk Hj. Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS - Nasharuddin Mat Isa dan beberapa pemimpin PAS yang sealiran dengan mereka agar diketepikan walaupun 'dilapik' kenyataanya dengan berkata "Pemecatan Itu Boleh Dibuat Melalui Satu Muktamar Khas".

Kenyataan TGNA tersebut menyebabkan penulis tertanya-tanya adakah "Pendamaian" antara TGNA dengan mereka-mereka yang berkaitan hanyalah "Perdamaian Olok-Olok" untuk mengambil hati, para penyokong pemimpin-pemimpin berkeanaan. Mungkin juga "Berbohong" digalakkan dalam PAS demi mempertahankan kuasa mereka. Itu hak mereka.

Sebenarnya yang menghairankan penulis, kenyataan TGNA itu tidak melambangkan sebagaimana seorang Tok Guru yang penulis kenali dulu, seolah-olah kenyataan itu hanyalah keluar daripada corong pembesar suara yang berjenama TGNA sahaja, dan kenyataan itu seolah-olah dikeluarkan oleh orang lain sepertimana 'resmi pembesar suara'.

Jauh disudut hati penulis tersemat rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan TGNA itu, seolah-olah TGNA sudah dijadikan watak Wayang Kulit oleh seseorang untuk 'menggapai cita-cita individu tertentu. Puas juga penulis berfikir siapa yang menjadi "Tok Dalang" kepada Wayang Kulit Tok Guru ini, penulis merasakan ia ada kena mengena dengan seorang yang gagal semasa Muktamar PAS yang lalu, dan pastinya ia ada kaitan dengan Endorgan atau istilah yang selalu gunakan iaitu Puak Anwar Sokong (PAS).

Mungkin golongan tersebut masih tidak dapat menerima kenyataan yang mereka sudah kalah, jadi mempergunakan peluang ini untuk 'laluan kedua' mereka menggapai puncak. Kebetulan pula, Prof Dr. Aziz Bari mengeluarkan artikel tersebut bagai "Orang mengantuk disorongkan bantal" bagi mereka.

Apa yang penulis dapat ulas di sini, agak menghairankan kenapa TGNA kelihatan lebih mempercayai seseorang yang bukan Ahli PAS daripada seorang yang memang sahih memilih bulan. Jikalau benar Abdul Hadi Awang seorang Pro-UMNO, Nasharuddin Mat Isa seorang pro-UMNO kenapa sekarang baru timbul, kenapa ianya tidak timbul pada PRU11 (2004) di mana pembangkang di ambang kehilangan kuasa pada waktu itu. Mereka kekal sehingga sekarang, kini pembangkang di ambang kuasa pun mereka masih ada di dalam parti berlambangkan bulan ini. Sepatutnya sewaktu kekalahan teruk PAS dalam PRU11 (2004) sekiranya benar mereka Pro-UMNO sudah lama diucapkan "Bye-Bye" Kepada PAS, tetapi tidak demi perjuangan mereka tetap memilih untuk bernaung di bawah sinaran Bulan Mengambang.

Izinkan penulis meminjam Moto Watak Gusti Stone Cold Steve Austin iaitu "DTA = Don't Trust Anybody" sepatutnya digunakan oleh TGNA sebelum memberi sebarang kenyataan, dengan kenyataan yang agak bias dari seorang yang bergelar Tok Guru itu seolah-olah mengiyakan "Power Can Change People" sewaktu PAS melalui Pakatan Rakyat di ambang kekuasaan terjadinya peristiwa yang seakan mistik ini.

Mungkin TGNA sudah terlupa bagaimana mereka-mereka yang dicop dan dilabel Pro-UMNO ini berhempas-pulas mempertahankan TGNA walaupun Media Arus Perdana dan "Orang Dalam" tertentu cuba menjatuhkan TGNA, kalau kita lihat hari ini TGNA sudah 18 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan.

Kalau kita selidik balik sejarah, apa puncanya kejatuhan Empayar Melayu Melaka yang begitu ulung satu ketika dahulu, sebenarnya ia berpunca daripa Pemerintah pada ketika itu terlalu mempercayai kepada "Tok Dalangnya" jangan sampai peristiwa ini berulang di Kelantan.

Penulis akui penulis tidaklah sealim TGNA, tidak juga sehebat TGNA yang bertaraf spiritual leader itu, tetapi tidak menjadikan kesalahan untuk penulis menegurnya kerana beliau bukanya maksum sepertimana Nabi Muhammad. Ada satu ungkapan yang pernah penulis dengar iaitu "Kadang-Kadang Orang Celik Tetap Memerlukan Bantuan Orang Buta" dalam beberapa hal.

Sedikit ilmu yang ada pada penulis cuba kongsikan demi kesejahteraan bersama, tidak berguna kalau ilmu setinggi Gunung Setinggi Gunung Everest tetapi kita tidak berkongsinya walau sekadar secubit.

Ilmu satu elemen penting, malah ilmu jika ada pada orang gila pun ia tetap berguna sepertimana cerita seorang insan siuman dengan seorang insan gila. Ceritanya begini adalah seorang hamba Allah itu, memandu keretanya melalui kawasan yang berdekatan dengan Hospital Bahagia dan ditakdirkan Allah keretanya pancit berdekatan dengan hospital itu, sedang asyik hamba Allah itu memutar nat (skru) tayar keretanya, tiba-tiba sekali lagi ditakdirkan Allah nat (skru) tayar keretanya jatuh ke dalam longkang yang agak dalam kedalamanya, yang memang sukar untuk manusia biasa mencapainya tambah malang lagi keempat-empat skru bagi satu tayar itu jatuh ke dalam longkang tersebut, Hamba Allah itu menjadi tidak tentu arah, dia mundar-mandir sambil berfikir, insiden tersebut telah menarik minat seorang Pesakit Mental yang berada di Hospital Bahagia tersebut dan datang bertanya kepada Hamba Allah tersebut, Cik Kenapa saya tengok Encik ni mundar-mandir dari tadi lagi, "Kau tau apa, kau Gila, ni semua skru tayar aku ni jatuh dalam longkang kau nak turun tolong ambil ke" Balas Hamba Allah tersebut. "Tak sangka Encik ni, nampak je cerdik tetapi bodoh, benda simple macam ni pun tak leh buat ke, ambiklah satu skru dari setiap tayar yang ada skru, pas tu letak kat tayar tak ada skru tu" Hamba Allah itu akhirnya tersipu malu. Pengajaranya ilmu kalau ada pada orang Gila sekalipun ia tetap berguna, jadi apa salahnya penulis berkongsi ilmu yang ada pada penulis.

Penulis sendiri merasakan artikel Prof Dr. Aziz Bari itu kelihatan agak bias berbeza dengan artikel -artikel beliau sebelum ini yang lebih bersifat neutral, tertanya-tanya juga adakah orang tertentu yang menyebabkan Prof tersebut mengeluarkan artikel yang agak Bias? Adakah dia ada kena mengena dengan Endorgan, penulis hanya membuat kesimpulan "Hanya Allah Tuhan Seru Sekian Alam Sahaja Yang Tahu".
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin