Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label kota seputeh. Show all posts
Showing posts with label kota seputeh. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009

Al Kisah Kepala Lembu Dan Pilihan Raya Kecil Tak Jadi...

Al Kisah Kepala Lembu Dan Pilihan Raya Kecil Tak Jadi...
Oleh: yieMEGA

KEPALA Lembu telah menghangatkan pentas politik negara apabila tindakan kumpulan yang mendakwa penduduk di kawasan yang katanya bakal didirikan kuil membuat demonstrasi di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Ekoran insiden tersebut seperti biasa asal dulu tatkala mula macam-macam andaian yang dibuat dan seperti biasa UMNO dan Utusan akan dikambing hitamkan tanpa usul periksa oleh pihak tertentu. Namun apabila pecah tembelang yang pengerusi jawatankuasa penganjur demonstrasi ini adalah ahli PKR tup tup isu ni menjadi senyap. Inilah dikatakan politik 'wal haram mu, wal halal ku'.

Penulis hairan kenapa tindakan mengusung kepala lembu itu disoalkan kenapa pemindahan kuil ke tempat penduduknya majoritinya Islam tidak dipedulikan pula. Adakah kerana tindakan itu lebih menguntungkan keselematan dan jaminan kekukuhan politik puak tertentu yang tergila-gilakan nak memerintah Malaysia.

Berkenaan dengan insiden mengusung kepala lembu itu Pengerusi Penganjur Demonstrasi tersebut telah menyatakan bahawa 'tujuanya' bukan untuk menghina mana-mana agama tetapi ia adalah simbolik kepada 'kebodohan kerajaan negeri Selangor sekarang. Jadi adakah penjelasan ini masih belum cukup dan mereka merasakan penjelasan mereka mengenai isu perpindahan kuil sudah cukup. Penulis percaya setiap manusia dikurniakan akal oleh Allah untuk berfikir dengan rasional jadi jangan sia-siakan amanah Allah itu.

Penulis tinggalkan isu kepala lembu itu dan ingin mengulas sedikit berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya yang memutuskan bahawa ADUN Kota Seputeh sekarang kekal dan tiada pilihan raya untuk kerusi Kota Seputeh tersebut.

Sepertimana yang penulis andaikan di dalam artikel penulis sebelum ini, di mana MSO telah terlebih dahulu memberi kata dua kepada SPR, dan hari ini MSO telah menyatakan dan membuat dakwaan keputusan yang dibuat oleh SPR itu digambarkan sebagai berpihak kepada BN.

Seperti biasalah kalau keputusan tidak memihak kepada mereka, mereka akan bantah dan mungkin juga selepas ini akan keluarlah berduyun-duyun 'pak pandir-pak pandir' yang akan tidur di tengah jalan bagi membantah keputusan SPR itu.

Tetapi sekiranya perkara yang sama terjadi pada ADUN mereka akan menuduh macam-macam lagi, dan mengadakan pelbagai banyak demonstrasi kerana demonstrasi dan Pakatan Rakyat sudah sinonim dan merupakan salah satu cabang perjuangan parti itu.

Bagi penulis kenapa kita nak merumitkan keadaan, adakah bilangan kerusi yang ada di Kedah sekarang ni yang membantu membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah masih belum cukup sehinggakan sanggup untuk bertindak membuang ADUN dari lawan untuk membolehkah satu Pilihan Raya Kecil diadakan yang mungkin memihak kepada mereka. Di mana Wassatiyah mereka? ataupun mereka masih bimbang dengan kedudukan mereka sekarang?
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, August 31, 2009

Didahulukan Manek Urai, Disambung Permatang Pasir dan Mungkin Disambung lagi di Kota Seputeh

Didahulukan Manek Urai, Disambung Permatang Pasir dan Mungkin Disambung lagi di Kota Seputeh

Oleh: yieMEGA

PASCA Pilihan Raya Umum Ke 12 baru-baru ini begitu banyak pilihan raya kecil diadakan ada yang baru aje selesai Pilihan Raya Kecil sudah pula ada pilihan raya kecil yang kedua nak diadakan, sebelum ini yang terakhir ialah Permatang Pasir dan terbaru berkemungkinan besar pilihan raya kecil Kota Seputeh juga mungkin di adakan.

Mohd Sayuti Omar ataupun nama glamour MSO telah memberi kata dua kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di dalam blognya. Berhubung SPR yang akan bermesyuarat esok dan akan memutuskan samaada akan berlaku pilihan raya kecil di Kota Seputeh. MSO mendakwa sekiranya SPR membuat keputusan tidak perlu pilihan raya kecil di Kota Seputeh dan kerusi tersebut tidak akan kosong maka keputusan ini dikatakan memihak kepada BN.

Saya tidak pasti sama ada MSO mengetahui atau tidak fakta sebenar tentang isu tidak kehadiran ADUN Kota Seputeh tersebut, namun berdasarkan artikelnya penulis mengandaikan beliau tidak mengetahui faktanya itu kerana tidak dinyatakan sebenarnya ketidak hadiran ADUN tersebut sudah dimaklumkan kepada speaker beserta Sijil Cuti Sakit yang diberikan namun mungkin MSO terlalu ghairah kerana parti yang disokongnya sudah banyak kali menang pilihan raya membuatkan beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Penulis yakin seandainya perkara yang seumpama ini berlaku ke atas ADUN Pakatan Rakyat sudah tentu mereka akan mengamuk sakan lebih-lebih lagi jika SPR memutuskan kerusi ADUN Pakatan Rakyat patut dikosongkan makin ramai lah 'pak pandir-pak pandir' akan tidur di atas jalan kerana tidur di atas tilam tak berapa selesa agaknya dan mungkin juga akan berlaku bantahan di sana sini, tetapi sekiranya perkara ini terjadi kepada BN mereka menuntut supaya ia dikosongkan.

Mungkin agak susah bagi SPR untuk membuat keputusan seperti mana kata pepatah melayu 'diluah mati mak, ditelan mati bapak' untuk keputusan bagi memuaskan hati semua pihak. Umum mengetahui bahawa fitrah manusia yang tidak berpuas hati dengan apa mereka ada, jadi memang betul-betul susah buat SPR untuk membuat keputusan. Penulis berharap SPR dapat membuat keputusan yang seadil yang mungkin.

Seadainya ditakdirkan mengumumkan kerusi Kota Seputeh dikosongkan adalah diharap BN tidak mengulangi kesilapan yang sama semasa memilih calon untuk Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir baru-baru ini. Proses pemilihan calon hendaklah yang benar-benar disukai rakyat bukan hanya disukai oleh pemimpin-pemimpin tertentu.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin