Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label bn kelantan. Show all posts
Showing posts with label bn kelantan. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

Misi Menawan Kelantan Tak Akan Berjaya

Misi Menawan Kelantan Tak Akan Berjaya
Oleh: yieMEGA

NAMPAKNYA Barisan Nasional begitu bersungguh-sungguh berusaha untuk menawan Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13 yang bakal menjelang, kelihatan pihak BN begitu yakin yang mereka dapat menumbangkan Kerajaan PAS Kelantan.

Penulis merasakan misi menawan Kelantan yang dijalankan oleh BN tidak akan berjaya di atas beberapa faktor yang lebih memihak kepada PAS. Pendek Kata petugas-petugas PAS tidak perlu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan kerana BN tidak akan berjaya membentuk kerajaan di Kelantan.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan BN menawan Kelantan ialah Menteri Besar Kelantan itu sendiri iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Sepertimana semua sudah maklum mengenai Tok Guru yang sudah sinonim di hati sanubari rakyat Kelantan ini sekiranya Tok Guru masih lagi menjadi Menteri Besar ternyata amat susah bagi BN di dalam usahnya untuk menumbangkan Kerajaan PAS Kelantan.

Selain itu, faktor dalaman BN itu sendiri juga bakal menyumbang kepada kegagalan BN di dalam misinya untuk menawan Kelantan. Satu masalah dalaman BN Kelantan yang tidak menemui jalan penyelesaian sampai sekarang ialah masalah persengketaan sesama ahli parti sendiri ataupun ungkapan yang paling sinonim dengan BN Kelantan ialah Sindrom 'Cah Keting'. Masalah inilah yang menjadi duri dalam daging bagi BN Kelantan sehingga kini, dan khabarnya sudah beberapa persengketaan telah terjadi di kalangan pemimpin-pemimpin BN di Kelantan. Sindrom ini menjadi penyumbang terbesar kepada kegagalan BN untuk menawan Kelantan.

Selain itu, pemilihan Calon semasa menghadapi PRU13 juga menjadi instrumen terpenting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan BN Kelantan untuk menumbangkan Kerajaan PAS Kelantan. Pemilihan calon yang bermasaalah dan tidak disukai akar umbi juga menjadi punca kepada kegagalan BN menawan Kelantan.

Daripada beberapa faktor yang telah penulis senaraikan di atas, ini bermakna kerja-kerja PAS untuk mempertahankan kepimpinan PAS di Kelantan menjadi semakin mudah, jadi tak payahlah nak bekerja keras sangat nak mempertahankan Kelantan kerana ternyata PRU13 Kelantan tetap milik PAS.

Baca Lagi!

Friday, April 6, 2012

UMNO Kelantan Jangan Ulangi Kesilapan Lalu...

UMNO Kelantan Jangan Ulangi Kesilapan Lalu...

Oleh: yieMEGA

BAHANG Pilihan Raya Umum ke 13 semakin jelas terasa walaupun kita masih belum dapat pastikan bilakah tarikh sebenar Pilihan Raya Umum tersebut namun kehangatanya semakin hangat dari hari ke hari. Begitulah kiranya dengan kebelakangan hari ini. 

Satu sejarah telah diukir semasa Pilihan Raya Umum Ke 12 yang lalu, dimana ada beberapa  negeri yang ditunjangi oleh BN  telah berjaya ditumbangkan oleh parti yang menggelarkan diri mereka 'Pakatan Rakyat' dan mendabik dada merekalah 'juara kepada rakyat'.

Dalam PRU12 juga kita dapat menyaksikan kegagalan UMNO/BN Kelantan di dalam misinya untuk membentuk Kerajaan Negeri Kelantan. Selain begitu banyaknya isu nasional terdapat juga beberapa isu domestik atau tempatan yang menjadikan misi tersebut gagal.

Taktik Paling tidak berkesan yang dikenakan oleh UMNO/BN ialah dengan 'menjaja' poster calon Menteri Besar Kelantan yang pada masa itu ialah Dr. Awang Adek Husin. Penulis hairan kenapa mereka memilih taktik ini sedangkan UMNO/BN negeri jiran merekapun yakni Kelantan tidak menggunakan taktik ini.

Cadangan penulis pada PRU kali ini berbekalkan semangat Gelombang Merah bertatahkan misi Acu Try Sepengal jangan sekali-kali UMNO/BN Kelantan menggunakan taktik ini, biarkan rakyat 'tertanya-tanya' siapakah yang bakal bergelar Menteri Besar sekiranya UMNO/BN Kelantan dapat membentuk Kerajaan Negeri Kelantan, 

Begitu juga semangat setiakawan di kalangan ahli hendaklah dipertingkatkan bagi memastikan impian Acu Try Sepenggal menjadi kenyataan dan bukan lagi 'omong-omong' kosong, kesepakatan di dalam membentuk perpaduan di kalangan ahli parti hendaklah dilakukan, ini adalah penting di dalam merealisasikan hasrat Acu Try Sepenggal.

Baca Lagi!

Tuesday, October 12, 2010

Cara Ku Li Memang Bijak...

One!Image by Syed Azidi AlBukhary via FlickrCara Ku Li Memang Bijak...
Oleh: yieMEGA

PAGI KELMARIN berlangsung satu pertemuan di antara Pengarah Pilihan Raya Kecil BN DUN Galas YBM Tengku Razaleigh Hamzah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pertemuan itu bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan PRK DUN Galas.

Walabagaimanapun, selepas pertemuan yang melibatkan perbincangan itu dibuat, siapa calon untuk menggalas semangat juang BN di Galas masih terus menjadi tandatanya. Menurut maklumat, berkemungkinan besar calon BN untuk menghadapi PRK Galas mungkin hanya diketahui selepas Perhimpunan Agung UMNO.

Sebenarnya penulis tertarik dengan jawapan yang diberikan Ku Li kepada media sebaik sahaja beliau selesai mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri. Ada seorang wartawan menanyakan beliau "Adakah peluang BN untuk memenangi PRK DUN Galas" lalu dijawab oleh Ku Li "Itu saya kena turun padang dahulu barulah saya boleh menjawab kenyataan itu".

Kata-kata Ku Li bagi penulis sungguh bijak, kerana beliau tidak membuat kenyataan yang berupa terlalu yakin sebelum melihat realiti sebenar di Galas berkenaan dengan 'mood pengundi' yang bakal memangkah kertas undi di Galas.

Ini berbeza dengan kenyataan beberapa pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini, yang belum apa-apa sudah pun mengeluarkan kenyataan yang BN mungkin berpeluang cerah untuk memenangi PRK DUN Galas tanpa melihat realiti sebenar rakyat di dalam DUN tersebut.

Penulis berharap YBM Ku Li akan mengekalkan cara sedemikian semasa menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Galas yang akan dihadapi oleh parti-parti yang bertanding tak lama lagi. Sebenarnya dunia politik hari ini ia lebih memerlukan kepada 'strategi psikologi' berbanding 'strategi-strategi politik dalam kitab-kitab lama politik'

Contoh sungguh jelas apabila BN menggunakan strategi Psikologi di Bagan Pinang dan juga Hulu Selangor membawa kepada kemenangan BN di dalam PRK tersebut. Walaubagaimanapun 'strategi psikologi' ini belum 'diuji' oleh BN di dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU).

Penulis masih ternanti-nanti apakah strategi yang bakal diguna Ku Li untuk menghadapi PRK DUN Galas yang hangat diperkatakan ketika ini. Sebagai 'otai' politik beliau tentu sudah arif dengan sepak terajang politik dan penulis juga masih tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi calon BN di Galas.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Saturday, October 9, 2010

Ku Li Jeneral BN di Galas

One!Image by Syed Azidi AlBukhary via FlickrKu Li Jeneral BN di Galas
Oleh: yieMEGA

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah mengesahkan yang beliau menerima jawatan Pengarah Pilihan Raya BN PRK DUN Galas di dalam Sidang Media Khas yang diadakan beliau sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sidang Media tersebut telah menjawab polemik yang timbul sejak kebelakangan ini yang mengatakan kemungkinan beliau (Ku Li) berkemungkinan tidak akan menerima jawatan PPR BN untuk PRK DUN Galas tetapi setelah beliau membuat Sidang Media akhirnya terjawab apabila beliau mengesahkan untuk menerima jawatan tersebut.

Bagaimanapun Ku Li masih belum mengesahkan atau tidak adakah beliau akan menerima sekiranya beliau sendiri dicalonkan untuk PRK DUN Galas itu. Kerana katanya perkara itu akan dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu.

Walaubagaimapun impian PAS untuk melihat Ku Li membuat perangai dan tidak menerima jawatan PPR BN untuk PRK DUN Galas sudah pun berkecai dengan penerimaan jawatan tersebut yang dibuat sendiri oleh Ku Li.

Kini cuma tinggal satu harapan PAS iaitu agar Ku Li tidak menjadi calon BN untuk PRK DUN Galas. Untuk rekod sebelum banyak cadangan dan harapan termasuk dari akar umbi yang mahukan YBM Tengku Razaleigh Hamzah menjadi calon untuk PRK tersebut.

Adakah harapan kedua PAS itu menjadi kenyataan atau sebaliknya, sama-sama kita nantikan keputusanya pada 24 Oktober 2010 nanti.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin