Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label caretaker government. Show all posts
Showing posts with label caretaker government. Show all posts

Monday, April 23, 2018

PRU 14: NEGARAKU UBAH SEKALI

PRU 14: NEGARAKU UBAH SEKALI
Oleh: yieMEGA

HARI berganti hari silih berganti, kini bahang Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin panas, cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi hari penamaan calon dan ini juga bermakna detik bersejarah bagi negaraku Malaysia apabila rakyat di seluruh pelusuk tanah air akan menunaikan kewajipan mereka dengan memilih parti mana yang mereka mahu untuk membentuk kerajaan negeri mahupun Kerajaan Malaysia. Pada 9 Mei 2018 kita akan dapat tahu adakah Kerajaan Sementara (caretaker government) sekarang akan membentuk kerajaan mahupun Pembangkang sekarang yang akan membentuk kerajaan. 

Di dalam PRU13 yang lalu kita telah membuat kesilapan besar dengan mengundi Barisan Nasional atau dengan kata lain memangkah lambang dacing. Mungkin masa tu pada pandangan kita dacing belum senget lagi, tapi sekarang selepas sepenggal mereka berkuasa sudah terang lagi bersuluh dacing sudah menjadi senget. (Meminjam ungkapan Usop Wilcha) bermacam-macam isu yang timbul dari 1MDB, kehilangan pesawat MAS MH370, pesawat mas MH17 dibedil, Banjir Besar 2014 di pantai timur (Bah Kuning), pembunuhan abang Presiden Korea Utara, Jho Low, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shafie Afdal  dan yang paling baru sekali pembunuhan Pensyarah Universiti Kuala Lumpur Warganegara Palestin dipercayai dibunuh oleh perisik asing. Itulah rentetan peristiwa-peristiwa yang melanda negaraku Malaysia sepanjang era pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Sementara) dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur (mahu dirinya dipanggil mak cik Rosmah mungkin juga dipanggil nenek Rosmah) yang juga boleh disifatkan sebagai Emelda dan Marcos Malaysia.  

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin