Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Ahli Parlimen PAS. Show all posts
Showing posts with label Ahli Parlimen PAS. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Milik Siapakah PRU13?



MILIK siapakah Pilihan Raya Umum Ke 13 itulah yang menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Sengaja penulis memilih hari ke 14 di bulan Ramadhan AL-Mubarak ini untuk mengeluarkan artikel berkenaan dengan PRU13 yang bakal mendatang.

Penulis percaya di luar sana sudah ada cakap-cakap mengenai pilihan raya, tak kurang juga di parlimen-parlimen kedai kopi sudah hangat membincangkan hal berkenaan PRU13. PRU13 akan terjawablah segala persoalan yang selama ini bermain di kancah fikiran para penggiat dan peminat politik tanah air.

Sepertimana sedia maklum, sewaktu PRU12 yang telah berlalu berlaku satu fenomena yang dipanggil 'tsunami politik' yang menyaksikan beberapa negeri yang sebelum ini berada di bawah naungan Barisan Nasional tumbang dan jatuh pembangkang di negeri tersebut berjaya membentuk kerajaan dan juga di peringkat Barisan Nasional hanya berjaya memerintah dengan majoriti mudah.

Penulis percaya ramai yang diluar sana tertanya-tanya sama ada fenomena 'tsunami politik' adakah akan berulang semasa PRU13 nanti? Sememangnya jawapan yang paling tepat tunggulah detik PRU13 kelak pada waktu itulah kita akan mendapat jawapan yang benar-benar sahih.

Pengaruh Ekonomi Terhadap PRU13

Satu perkara yang tidak kurang pentingnya yang akan mempengaruhi 'mood' pengundi semasa PRU 13 kelak ialah ekonomi. Boleh dikatakan prestasi ekonomi akan dijadikan 'kayu pengukur' oleh pengundi untuk menentukan siapakah kerajaan pilihan mereka.

Apabila kita bercakap mengenai ekonomi sudah tentu kita jangan lupa bercakap mengenai 'bebanan' yang terpaksa ditanggung rakyat. Sepertimana yang kita tahu semakin hari semakin meningkatlah bebanan rakyat ditambah pula dengan iklim ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.

Oleh yang demikian, sekiranya kerajaan yang ada sekarang gagal menangani isu ini, tidak mustahil tsunami politik PRU12 akan berulang pada PRU13 malah mungkin lebih teruk lagi daripada PRU12 sekiranya kerajaan gagal menangani permasaalahan ekonomi. Oleh itu, kerajaan perlu memperhebatkan lagi usaha-usaha untuk meningkatkan prestasi ekonomi negara.
Pengaruh Isu-Isu Dalam Negara Terhadap PRU 13

PENGARUH isu-isu dalam negara juga tidak boleh diketepikan oleh kerajaan, kadang-kadang isu yang dianggap remeh pun boleh jadi isu besar di mata pengundi. Jika kerajaan gagal menguruskan isu-isu remeh dengan baik pasti ia akan mempengaruhi keputusan PRU13.

Perlu diingatkan remeh di mata kerajaan tetapi ia tidak dipandang remeh oleh mata rakyat marhaen yang sentiasa memandang. Usaha-usaha untuk menyelesaikan isu-isu remeh perlu dilakukan secara proaktif bagi memberi keyakinan kepada rakyat yang bakal membuang undi.

Siapa yang bakal mendominasi PRU13

SIAPA? yang bakal mendominasi PRU13 akan terjawab apabila tiba detik PRU13 nanti, namun buat masa ini pada permerhatian penulis kedua-dua belah pihak yakni kerajaan dan pembangkang ada peluang yang samarata.

Namun, kerajaan tidak boleh berpuas hati dengan apa yang ada mereka perlu berusaha lagi agar sesuatu yang terjadi tidak dapat memberi ruang kepada pembangkang untuk memanipulasikanya.

JADI Milik Siapakah PRU13? nantikan jawapanya pada PRU13 kelak, sama-samalah kita menunggu dengan penuh kesabaran untuk mendapatkan jawapanya.

Baca Lagi!

Monday, August 2, 2010

Polis Kembali Jahat ?

Coats of arms of MalaysiaImage via Wikipedia

Polis Kembali Jahat ?
Oleh: yieMEGA

PENULIS pada artikel kali ini memilih untuk mengulas artikel blog Merah Tinta MSO yang bertajuk "Polis Kembali Jahat". Persoalannya di sini, adakah Polis benar-benar kembali jahat? Penulis akan cuba mengulas perkara ini agar ianya tidak terlalu bias.

Dalam pada itu, blogger Keris Putera di dalam artikel blognya yang bertajuk "Kata Dua kepada Datuk H-2-O ". Dalam artikel tersebut Keris Putera telah mengatakan bahawa program Gelombang SSDE atau Selamatkan Selangor Darul Ehsan telah diggangu Polis, di mana Polis telah mengarahkan program itu dihentikan walaupun waktu itu baru pukul 11.30 malam, di mana kebiasaanya ia sepatutnya tamat pada pukul 12:00 tengah malam.

Kepada pembaca yang tidak tahu, Gelombang SSDE ini anjuran UMNO dan mempunyai permit tetapi ia tetap diganggu oleh Polis. Mungkin kita dapat lihat, polis adil dalam kes ini, namun bagi penulis ini semua berlaku bukan kerana silap Polis dan bukan juga silap Perdana Menteri tetapi ia lebih kepada silap Menteri Dalam Negeri itu sendiri.

Siapakah Datuk H-2-O? Datuk H-2-O adalah nama gelaran yang diberikan kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein iaitu Menteri Dalam Negeri. Dengan kata lain ia adalah kegagalan Menteri Dalam Negeri bertindak, boleh juga dikatakan seorang Menteri yang suka memberi amaran tanpa tindakan.

MSO boleh mendapatkan maklumat kenapa Polis Kembali Jahat sepertimana yang di dakwa oleh beliau dengan Datuk H-2-O kerana beliaulah yang lebih berhak mengeluarkan Amaran eh silap Arahan untuk sesuatu perkara.

Mungkin juga Datuk H-2-O tak sesuai dengan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri, adalah lebih sesuai jawatan Menteri Amaran Dalam Negeri diberikan kepadanya selaras dengan banyak amaran-amaran yang dikeluarkan olehnya sebelum ini.

Izinkan penulis mencelah sedikit, kalau program yang ada permit polis ada kaitan dengan UMNO pun boleh diganggu Polis, apa lagi kalau yang tak ada permit yang boleh diklasifikasikan sebagai haram.

Mungkin selepas ini, adalah lebih baik setiap pehimpunan yang nak diadakan perlulah mendapat permit dahulu, barulah perkara seumpama ini tidak akan terjadi lagi, kalau terjadi pun mungkin senasib dengan program Gelombang SSDE tersebut.


Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Wednesday, November 11, 2009

Kesetiaan Palsu...

Kesetiaan Palsu...
Oleh: yieMEGA

BERCAKAP mengenai kesetiaan semua orang pasti suka, namun dewasa ini kalau kita lihat seseorang itu setia terhadap seseorang atau sesuatu tidak semestinya orang itu benar-benar setia kadang-kadang ada penyebab lain yang menyebabkan seseorang itu setia.

Teringat penulis semasa di alam kanak-kanak, pada masa itu penulis masih kurang fasih dengan sifir dan sepak terajang politik. Pada masa itu penulis menyangka yang wakil rakyat yang bernaung di bawah lambang bulan ini benar-benar setia kerana jarang benar penulis mendengar Ahli Parlimen dari PAS yang lompat parti. Penulis ingat Ahli Parlimen PAS itu benar-benar setia kepada parti dan ada yang mati di dalam PAS.

Namun, beberapa hari yang lepas sangkaan penulis semasa di alam kanak-kanak meleset, apabila ada ahli Parlimen dari PAS yang mendedahkan calon-calon PAS yang bertanding dimestikan bersumpah Baiah dengan mempertaruhkan isteri masing-masing yakni sekiranya mereka tidak setia pada parti, maka secara automatisnya isteri-isteri mereka diceraikan dengan talak tiga. Ini bermakna kesetiaan yang penulis sangka sebelum ini hanyalah palsu, cuma ada ikatan tertentu yang menyebabkan mereka setia.

Jadi maknanya ada pemimpin palsu di dalam PAS, sedangkan akar-umbi PAS kebanyakkan begitu taksub dengan PAS tanpa perlu diikat dengan pernjanjian seumpama itu, malah ada yang sanggup berhabis demi melebarkan sayap perjuangan PAS, namun nampaknya pengorbanan akar umbi itu sia-sia sahaja, yang duduk senang lenang pemimpin-pemimpin sedang akar-umbi ada yang kais pagi makan petang, kais malam sedekah pada PAS.

Mungkin tanpa sumpah atau perjanjian tersebut acara lompat-melompat sudah rancak berjalan di kalangan wakil-wakil rakyat PAS. Penulis juga hairan adakah ahli-ahli PAS yang baru sahaja dikenakan perjanjian sedemikian ataupun semua dikenakan sedemikian.

Jika sebahagian sahaja yang dikenakan sedemikian, maknanya kesetiaan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor adalah kesetiaan asli yang tidak perlu dipajakkan Isterinya sepertimana yang berlaku pada hari ini. Ini menarik sekarang ini isteri boleh jadi barang Pajakkan nasib baik tak ada pajak gadai yang boleh gadaikan isteri.

Penulis tidak kisah kalau mereka benar-benar setia kerana kesetiaan sebenar diikuti dengan kejujuran yang ikhlas lagi tulus tak perlulah dipajakkan apa-apa kerana di dalam mencari kesetiaan asli kita perlu berupaya membezakan kesetiaan yang asli dan tiruan dan tanpa ikatan perjanjian tertentu juga kita dapat belajar siapakah yang benar-benar jujur, atau siapakah yang hanya buat-buat jujur.

Penulis akhiri artikel pada kali ini dengan mutiara kata yang berbunyi "Setia Mudah Diungkap, Sukar Dilaksana, Mudah diperdaya, Sukar dipercayai" fikir-fikirkanlah dengan menggunakan akal fikiran kurniaan Allah tuhan seru sekalian alam.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin