Bilangan Pengunjung:

Tuesday, November 24, 2009

InfoBanjir Kota Bharu (3) 2009

Banjir Di Kota Bharu Kian Pulih
Oleh: yieMEGA

BANJIR yang melanda negeri-negeri Pantai Timur Kelantan, Pahang dan Terengganu sudah beransur pulih ini termasuklah banjir yang melanda Kota Bharu, Kelantan apabila ia menampakkan tanda-tanda pemulihan selepas beberapa tempat seperti Kg. Sungai Budor, Jalan Atas Paloh, Hadapan SMJK Chung Hwa dan Chung Cheng, Lorong Che Mat Baba dan kawasan yang berhampiran dengan Bank Kerapu/Muzium Perang/Kelantan Pill Box.

Bacaan paras air sungai Kelantan di Jeti Kastam setakat pukul 6.01 petang tadi menunjukkan berlaku penurunan apabila ia mencatatkan bacaan 5.10 m, walaupun masih di atas paras bahaya namun mengikut rekod berlaku penurunan di dalam bacaan paras air sungai Kelantan di Jeti Kastam tersebut.

Mungkin penduduk di kawasan-kawasan yang digenangi air banjir mula boleh menarik nafas lega apabila air banjir mula surut di beberapa kawasan diikuti dengan paras air sungai Kelantan di Jeti Kastam yang juga mengalami penurunan.

Banjir di Kota Bharu dijangka pulih sepenuhnya menjelang tengahari besok. Mungkin ini berita gembira buat penduduk di kawasan-kawasan yang digenangi air banjir. Semoga banjir di Kota Bharu pulih sepenuhnya besok.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin