Bilangan Pengunjung:

Wednesday, July 22, 2009

Peniaga Persoal Tindakan MPKB-BRI!!

Peniaga Persoal Tindakan MPKB-BRI
Oleh: yieMEGA

TINDAKAN Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dipertikai oleh seorang peniaga di premis milik MPKB-BRI berdekatan dengan Kampung Kraftangan Kota Bharu dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan. Peniaga mempersoalkan kenapa hanya kedainya sahaja yang disita oleh MPKB-BRI kerana kelewatan membayar sewa premis berkenaan sedangkan kebanyakkan pemilik premis itu juga rata-rata tidak membayar sewa ataupun lewat membayar sewa.

Beliau mempersoalkan tindakan itu kerana ada yang tidak membayar sewa tidak pula dikenakan tindakan yang sama sedangkan kesalahan mereka adalah sama. Seolah-olah mereka yang tidak dikenakan tindakan itu berlindung di bawah orang yang mempunyai 'kuasa' di MPKB-BRI ataupun mungkin juga peniaga-peniaga lain mengamalkan 'bawah meja' untuk meneruskan perniagaan mereka.

Dalam pada itu, beliau menuntut MPKB-BRI mengambil tindakan yang sama ke atas peniaga-peniaga yang lain. Tambahnya lagi, ada juga dia mendengar khabar kebanyakkan peniaga-peniaga lain itu diselamatkan dengan menggunakan 'kabel politik' tetapi beliau tidak tahu sejauh mana benarnya dakwaan itu.

Beliau juga menuntut agar MPKB-BRI agar berlaku lebih adil, jangan pilih bulu dalam membuat tindakan kerana tindakan itu boleh dianggap satu kezaliman yang akan menjadi kelaziman. Lagipun beliau pun adalah rakyat Kelantan juga, bukan pendatang siam, bukan pendatang haram dan juga bukan peniaga haram.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin