Bilangan Pengunjung:

Friday, July 31, 2009

Takziah dan Al-Fatihah.....

TAKZIAH DAN AL-FATIHAH
Oleh: yieMEGA

TAKZIAH di atas kembalinya ke Rahmatullah ADUN PAS Permatang Pasir, Pulau Pinang iaitu Allahyarham Hamdan Abdul Rahman, 60. Allahyarham dikatakan menghebuskan nafasnya yang terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Untuk rekod dalam pilihan raya yang lalu Hamdan berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 5,433 menewaskan Calon BN Ahmad Sahar Shuib. Allahyarham dikatakan menyandang kerusi berkenaan sejak tahun 1999, Tahun 2004 beliau menang dengan majoriti 697 undi. Allahyarham juga merupakan seorang ADUN PAS tunggal dalam DUN Pulau Pinang dan menjadi ADUN disitu selama tiga penggal.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. Semoga Allah tuhan seru sekian alam mencucuri rahmat ke atas rohnya hendaknya. Samalah-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham.

Sudah menjadi kelaziman jika ada seorang ADUN Meninggal Dunia, selepas itu soal Pilihan Raya Kecil akan dibincangkan mengenai perihal siapa bakal jadi calon, parti mana yang mempunyai peluang dan permasalahan-permasalahan parti-parti yang bertanding.

Namun, penulis merasakan buat kali ini penulis tidak mahu membuat sebarang ulasan mengenai perihal Pilihan Raya Kecil yang bakal diadakan bagi menghormati roh Allahyarham dan penulis hanya akan membuat ulasan mengenai perihal PRK selepas satu tempoh yang akan ditetapkan kemudian. Penulis berharap pembaca tidak mendesak penulis untuk membuat ulasan tentang pilihan raya kecil yang bakal diadakan.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin