Bilangan Pengunjung:

Friday, May 30, 2008

Kemasukkan Ezam bercanggah Dengan Perlembagaan UMNO?

Mungkin Abdullah Haji Ahmad sudah mula tersenyum bila Ezam menghantar borang kemasukkan semula beliau di dalam UMNO. Maklumlah di saat sokongan yang tidak begitu hebat daripada ahli UMNO sendiri dan pengumuman keluar Parti yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad baru-baru ini, tiba-tiba datang sebatang tubuh manusia bernama Ezam Mohd Noor untuk menyertai UMNO.

Penulis ingin mendedahkan bahawa kemasukkan Ezam Mohd Noor adalah bercanggah dengan Perlembagaan UMNO, di mana mengikut Fasal 20:

20.10

Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.


Mengikut rekod bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan itu telah bertanding pada pilihan raya umum 1999 dan sekaligus membuktikan beliau tidak layak untuk menyertai UMNO kerana ianya telah melanggar perlembagaan UMNO yang dibuat pada tahun 2002 itu. Khas untuk ahli UMNO baru sahaja.

Mungkin ramai akan bertanya kenapa pula Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa orang pengikutnya boleh sertai UMNO kembali selepas membubarkan Parti Melayu Semangat 46? Sebenarnya Tengku Razaleigh tidak pernah lagi menganggotai atau menjadi ahli UMNO baru kerana perlembagaan tersebut digubal khas untuk ahli UMNO baru berbeza dengan Ezam yang merupakan bekas ahli UMNO baru jadi mengikut perlembagaan UMNO Fasal 20.10 kemasukkan Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO adalah wajar ditolak.

Download Dokumen Penuh Perlembagaan UMNO

Penulis mendedahkan perkara ini supaya ahli-ahli UMNO yang lain bertindak mempertahankan Perlembagaan UMNO ini kerana sekiranya Perlembagaan UMNO sendiri kita tidak hormat apatah lagi Perlembagaan Malaysia jadi fikir-fikirkanlah.


Baca Lagi!

Thursday, May 29, 2008

Dr Mahathir Mohamad: UMNO yang bukan lagi UMNO

Dr Mahathir Mohamad: UMNO yang bukan lagi UMNO
Baca Lagi!

"Selamat Tinggal Badan Perhubungan UMNO Terengganu"

"Selamat Tinggal Badan Perhubungan UMNO Terengganu" mungkin itulah yang dilafazkan oleh mantan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh selepas meletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu dan Barisan Nasional Negeri Terengganu. Mulai kelmarin tamatlah sudah kepimpinan beliau di peringkat negeri dan ini sudah tentu memberi peluang kepada Ahmad Said untuk mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Idris Jusoh dan sudah tentunya Ahmad Said mampu tersenyum lebar selepas ini maklumlah sebelum ini beliau telah memberi bayangan yang beliau sudah bersedia untuk menjadi Pengerusi BN Negeri dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan bergembiralah beliau sebagai Pengerusi BN Negeri dan Juga Badan Perhubungan UMNO negeri jadi dapatlah beliau mencatas musuh-musuh politik yang tidak sehaluan dengan beliau.

Penulis melihat perletakkan jawatan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Pengerusi Barisan Nasional negeri dan juga Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu merupakan satu 'tamparan' yang hebat pada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mengambil langkah yang sama, Cuba bayangkan di dalam BN Terengganu yang boleh dikatakan masih mengekalkan kemenangan yang diperolehinya pada Pilihan Raya Umum 11 pada tahun 2004 dengan hanya kehilangan empat kerusi kepada PAS tetapi Datuk Seri Idris Jusoh meletakkan jawatanya di saat BN Terengganu mencapai kemenangan. Sebaliknya Datuk Seri Abdullah masih berdegil mahu menjadi Pemimpin No 1 tambahan pula ramai pembodek-pembodek yang ada di kalangan Menteri-Menteri Kabinet dan yang terbaru wujudnya Kelab Pembodek Abdullah di kalangan yang dikatakan kononya daripada akar umbi jadi Abdullah Haji Ahmad pun umpama 'orang mengantuk yang disorongkan bantal' walaupun tanpa bantal beliau boleh tertidur.

Konspirasi Senyap Menjatuhkan Idris Jusoh?

Pertama sekali kita dengar mengenai dakwaan sesetengah orang yang mendakwa Datuk Seri Idris Jusoh 'mengatur' strategi dengan meletakkan orang-orang yang dikatakan orang yang pro kepadanya. Sebenarnya pandangan ini silap kerana selepas timbul isu ketidakpuasan hati calon-calon pilihan raya Barisan Nasional beliau segera ke Pejabat Perdana Menteri untuk memberitahu isu tersebut tetapi selepas perjumpaan dengan Abdullah Haji Ahmad calon-calon itu tetap dikekalkan, jadi siapa yang mengatur calon itu? Tentu ada arahan ghaib kepada Abdullah Haji Ahmad untuk mengekalkan calon-calon itu, Siapa yang memberi arahan ghaib kepada Abdullah Haji Ahmad? Bak Kata Nabil "Lu Pikir lah sendiri". Ramai yang tidak mengetahui yang Datuk Seri Idris Jusoh ini merupakan legasi Tun Dr. Mahathir oleh sebab itu mereka cuba untuk menghapuskan legasi Tun Dr. Mahathir di dalam UMNO.

Keduanya pula Peristiswa Hitam Isu Perlantikan MB Terengganu yang membabitkan Datuk Seri Idris Jusoh dengan Ahmad Said yang dimana Abdullah Haji Ahmad pura-pura menyokong perlantikan beliau dengan mengeluarkan watikah perlantikan dan juga mengangap perlantikan Ahmad Said sebagai sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan walhal beliau sudah tahu memang Sultan berhak memilih sesiapa sahaja yang layak pada pengamatan baginda, Abdullah Haji Ahmad sengaja memberi tekanan kepada Ahmad Said supaya orang akan melabelkan Datuk Seri Idris Jusoh ini penderhaka raja dan sekaligus mengelabkan masa depan politik beliau dan mungkin tidak lama lagi beliau akan menjejaki langkah Tan Sri Dr. Yusof Bin Haji Mohd Noor yang bersara dari arena politik tanah air kerana masa depan politiknya sudah kelam.

Ketiganya pula baru-baru ini Abdullah Haji Ahmad mempergunakan Menteri barunya yang menjaga hal ehwal ekonomi untuk sekali lagi cubaan menghapuskan legasi Tun Dr. Mahathir ini dengan membuat pengumuman RM7.3 Billion wang ehsan sudah diberikan kepada Terengganu dengan harapan orang ramai akan melabelkan Datuk Seri Idris Jusoh ini penyeleweng sekaligus menutup penyelewengan yang mungkin dijalankan oleh menantu beliau sebab kita tahu dan pasti orang rama pasti tahu Jabatan atau Kementerian mana yang bertanggungjawab di Pengagihan Wang Ehsan, sudah tentunya ianya ada kaitan dengan Khairy Jamaluddin memandangkan beliau merupakan Pembantu Khas Abdullah Haji Ahmad Kerajaan Negeri hanyalah menerima sahaja.

Akhirnya Datuk Seri Idris Jusoh meletakkan jawatan tertinggi BN dan UMNO di negeri Terengganu dan ini maknanya Idris Jusoh sudah bebas daripada 'celah kangkang' Abdullah Haji Ahmad "Saya Perdana Menteri" "MT Sokong Saya" "Saya buat Islam ada had ada hari itu" sekaligus ia akan membuatkan lebih mudah untuk beliau bersuara dan mungkin juga beliau akan mengikut jejak langkah Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Akhir kalam, penulis ingin mengucapkan selamat kembali bertugas sebagai ADUN biasa yang tiada apa-apa kepentingan baik di kerajaan negeri mahupun di peringkat tertinggi BN negeri, kini beliau hanyalah ADUN Biasa yang tiada kuasa. Begitulah zalimnya pemerintahan Abdullah Haji Ahmad.



Baca Lagi!

Tun Dr M: UMNO yang bukan lagi UMNO

Saya ucap terima kasih kepada beberapa ahli UMNO yang mahu saya kembali menjadi ahli.

Sebenarnya sejak saya melantik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan dianya mengisi jawatan itu, UMNO tidak pernah layan saya sebagai ahli UMNO, jauh sekali sebagai bekas Presiden UMNO.

Dari awal lagi Menteri-Menteri UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO dilarang daripada berjumpa dengan saya atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya mungkin berucap.

Menteri yang saya lantik dahulu, sekarang mengecam dan mengeluar kata-kata kesat kepada saya.

UMNO tidak dibenar menjemput saya dan jika sesiapa cuba jemput juga, mereka dipanggil oleh Menteri Besar dan juga polis supaya tarik balik jemputan. Selepas 14 jemputan dipaksa tarik balik tiada siapa yang berani jemput saya lagi. Ahli-ahli UMNO tidak dibenar hadir apa-apa majlis di mana saya akan berucap, dan mereka pun patuh akan arahan ini.

Ahli Bahagian Kubang Pasu yang saya menjadi ketuanya selama 22 tahun diarah dan disogok dengan wang supaya tidak mengundi saya sebagai wakil Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO 2006. Dan saya pun kalah.

Timbalan Perdana Menteri pun tidak dibenarkan berjumpa saya sehinggalah saya dedah perkara ini. Kemudian barulah beliau dibenar berjumpa saya.

Ada juga pemimpin UMNO yang mencadangkan saya disingkirkan daripada parti.

Sikap dan layanan terhadap diri saya selepas saya letak jawatan jelas menunjuk bahawa sebenarnya saya bukan sahaja bukan ahli UMNO tetapi saya adalah musuh UMNO.

Justeru itu keluarnya saya daripada UMNO hanya “merasmikan” kedudukan saya sebagai bukan ahli UMNO.

Ini semua tidak menjadi sebab saya keluar daripada UMNO. Sebab saya keluar ialah kerana kepimpinan UMNO sudah membawa parti keramat ini dan Kerajaan pimpinan UMNO keluar dari landasan asal perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. Parti UMNO tunduk kepada negara-negara asing terutama Singapura. UMNO juga tunduk kepada tuntutan puak ekstremis kaum dalam negeri.

Barisan Nasional dan UMNO kehilangan pengaruh di kalangan pengundi, termasuk ahli dan penyokong kuat UMNO sehingga kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12.

Pemimpin UMNO membiarkan negeri-negeri yang tidak pernah dikuasai oleh parti lawan jatuh ke tangan parti lawan – termasuk Kedah negeri saya sendiri. UMNO dan BN tidak menang 2/3 daripada kerusi Dewan Rakyat, UMNO tidak lagi dihormati oleh Raja-Raja Melayu dan bermacam-macam lagi.

Saya sedih kerana terpaksa keluar daripada parti yang dikenali sebagai UMNO tetapi sebenarnya sudah tidak lagi UMNO.

Arah tuju UMNO ditentukan oleh pemimpin tertingginya. Apa yang berlaku kepada UMNO mesti dipertanggung-jawabkan kepadanya.

Kerana saya percaya bahawa Dato Seri Abdullah bukan sahaja sudah rosakkan UMNO yang sebenar tetapi akan terus menghancurkannya, dan saya percaya ahli dan pemimpin UMNO yang lain tidak berani membetulkan UMNO maka saya terpaksa keluar daripada parti ini.

Saya sedih bukan sahaja kerana meninggalkan parti tetapi kerana ahli-ahli UMNO rela terima segala perbuatan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Malaysia dihina oleh negara-negara lain termasuk negara-negara OIC (Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam – Organisation of Islamic Conference) dan NAM (Pergerakan Negara-Negara Berkecuali – Non Aligned Movement). Daripada negara yang menjadi contoh kepada negara membangun lain kita sudah dianggap sebagai negara sekutu Amerika Syarikat. Kita tidak lagi berani menegur kejahatan Barat, sebaliknya kita membisu.

Saya percaya selagi Dato Seri Abdullah memimpin UMNO, pengundi-pengundi UMNO dan penyokong UMNO tidak akan kembali menyokongnya walaupun mereka tidak akan mengaku secara terbuka pendirian mereka dan undi mereka pada parti lawan seperti yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2008.

dipetik dari
http://www.chedet.com

Baca Lagi!

Debat Agung Takkan Melayu Hilang Di Dunia Realiti Atau Fantasi



Tarikh : 6hb Jun 2008 Jumaat (pukul 8.30 mlm)
Lokasi : Dewan MBSA Seksyen 11, Shah Alam
Tema : TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA - REALITI ATAU FANTASI

Pengerusi:
Dato' Ahmad Nawawi M. Zain

Ahli Panel :
Prof. Agus Yusoff (UKM)
YB Razali Ibrahim - (UMNO - BN) Ahli Parlimen Muar
YB Yaakob Sapari - (PKR - PR) Adun Kota Anggerik


Saudara dan teman-teman seperjuangan di KMU dijemput hadir bagi menjayakan Majlis ini. Mungkin dengan izin Allah SWT, Majlis ini akan menjadi penggerak kepada perpaduan kita semua demi masa hadapan orang Melayu yang sekian lama kian terhakis.

Untuk makluman lanjut boleh layari...
http://www.sa-free.org/

Baca Lagi!

Usah Paksa Pemimpin Degil !

Pemerhatian Penulis sejak beberapa hari selepas Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad mengumumkan keluar daripada UMNO, penulis tidak nampak pun tanda-tanda Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diibaratkan oleh Tun Dr. Mahathir sebagai Pemimpin Pemusnah akan meletakkan jawatan dan menyegerakan peralihan kuasa tambahan pula ramai Menteri Kabinet yang baru dilantik pun membela Datuk Seri Abdullah, mungkin juga kerana mereka bimbang jawatan yang dipegang oleh mereka akan dilucutkan jika tidak membela orang yang bertanggungjawab melantik mereka atau dengan kata lain "Kera di Putrajaya disusukan, ahli di akar umbi mati kelaparan"

Penulis melihat usaha mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan jawatan adalah usaha yang sia-sia kerana terbukti beliau masih berdegil dan enggan melepaskan jawatan kerana katanya ingin memperkasakan UMNO walaupun umum mengetahui UMNO dapat diperkasakan dengan pengunduran beliau tetapi apa nak buat beliau yang boleh diumpamakan di dalam pepatah orang Melayu Kelantan "Cerdik Tak Leh Nak Tupe, Bodo Tok Leh Nak Ajar" maksud pepatah ini ialah "Cerdik Tak Boleh Di tumpangi, Bodoh Tak Boleh Di ajar" jadi usaha mendesak beliau untuk meletakkan jawatan adalah perkara yang sia-sia.

Pilihan Lain Bagi Ahli UMNO untuk mengundurkan beliau

Ada satu falsafah yang diperkenalkan oleh seorang usahawan yang berbunyi "Sesiapa yang menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan hasil berbeza ialah orang gila" Jadi nampaknya cara mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Untuk meletak jawatan tidak membuahkan hasil oleh itu kita perlu mengguna cara baru untuk mengundurkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Cara yang dimaksudkan ialah dengan memilih sesiapa sahaja yang ingin menentang beliau di dalam Pemilihan Agung UMNO Disember ini.

Bagi menambahkan kekuatan calon yang menentang ahli UMNO perlu bersatu bagi memastikan Datuk Seri Abdullah berjaya diundurkan daripada Jawatan Tertinggi UMNO itu, contohnya Penyokong Tengku Razaleigh Hamzah hendaklah bergabung kekuatan dengan penyokong Tun Dr. Mahathir kerana dengan ini undian kita tidak akan berpecah dua berbanding kita meneruskan dengan cara masing-masing seperti kata pepatah Melayu "Bersatu Teguh Bercerai Roboh" dan juga perlu ingat 'Sebatang lidi dapat dipatahkan dengan senang dan seiikat lidi sukar dipatahkan" gabungan dua kumpulan ini akan merealisasikan misi kita untuk mengundurkan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Baca Lagi!

Beri Peluang Kepada Tengku Razaleigh untuk menyelamatkan UMNO

Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang yang paling lama setakat ini dan juga antara orang yang paling lantang bersuara untuk membuat perubahan di dalam UMNO selepas Tun Dr. Mahathir bin Mohammad. Di dahulukan dengan sidang media khas beliau yang diadakan di kediamanya di Kota Bharu, Kelantan diikuti pula dengan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) UMNO Bahagian Gua Musang dan diteruskan lagi dengan kempen-kempenya yang giat dijalankan di seluruh negara bermula di Pusat Islam Kelantan kemudianya diteruskan sehingga ke seluruh pelusuk negara di mana yang terbarunya dibuat di Sabah sudah terang lagi bersuluh bahawa beliau sebenar-benarnya mahu membuat perubahan kepada UMNO.

Tengku Razaleigh Hamzah yang turut dikenali dengan nama Ku Li di kalangan rakyat terkenal di dalam ketegasanya di dalam menyelesaikan isu-isu tertentu semasa beliau berada di barisan kabinet sewaktu beliau menjadi menteri kabinet terutamanya Menteri Kewangan pada suatu masa dulu. Tengku Razaleigh Hamzah juga sering menggunakan pendekatan perbelanjaan duit rakyat secara berhemah sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan satu masa dulu. Sekarang juga beliau mahu pastikan setiap projek yang dijalankan oleh kerajaan adakah benar-benar akan memenuhkan kocek rakyat bukanya memenuhkan kocek pemimpin.

Misi Mengembalikan Tiga Tiang Teras Utama Perjuangan Asal UMNO

Tengku Razaleigh optimis di dalam mengembalikan Tiga Teras Utama Perjuangan asal UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946. Tiga teras utama perjuangan yang dimaksudkan oleh Tengku Razaleigh ialah "Alif, Ba dan Ta" iaitu Alif yang bersamaan dengan Agama yakni Islam, kedua Ba yang bersamaan dengan Bangsa yakni Bangsa Melayu dan Ta yang bersamaan dengan Tanah Air yakni Malaysia.

Perjuangan UMNO pada masa kini sudah lari daripada tiga teras perjuangan asal UMNO ini kerana kebanyakkan yang menyertai UMNO sekarang ini bukanya yang ikhlas untuk menyertai UMNO, menyertai UMNO hanyalah untuk mendapat kepentingan material, mendapat projek, mendapat wang perkara-perkara ini telah melemahkan UMNO dan persepsi ini perlulah diubah agar ahli-ahli UMNO terutamanya pemimpin pelapis tidak membawa ideologi sendiri semasa berjuang di dalam UMNO.

Mengapa Tengku Razaleigh perlu diberi kepercayaan untuk menjadi Presiden UMNO?

Ramai yang tertanya-tanya kenapa perlu memberi kepercayaan kepada Tengku Razaleigh untuk menjadi Presiden UMNO yang baru, pertama sekali beliau masih bebas daripada kepentingan keluarga kerana beliau tiada anak dan secara automatiknya beliau juga tiada menantu jadi kerajaan tiga beranak tidak akan berulang lagi.

Tengku Razaleigh merupakan kerabat diraja Kelantan dan sudah mempunyai cukup harta dan buat apa lagi beliau menambahkan harta kerana kepada siapa lagi harta itu untuk diserahkan? Beliau benar-benar ikhlas ingin berjuang dan memimpin UMNO dan berkhidmat kepada rakyat.
Sesuai dengan kedudukan beliau yang mempunyai kepakaran di dalam bidang ekonomi wajarlah beliau diberi kepercayaan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan dalam masa yang sama meringankan beban rakyat di dalam menghadapi kecelaruan ekonomi dunia di dalam keadaan pasaran ekonomi yang tidak menentu ini.

Penulis menyeru supaya ahli-ahli UMNO seluruh negara dapat memilih Tengku Razaleigh sebagai Nakhoda baru UMNO menggantikan nakhoda lama UMNO yang kalau kita tengok rekod pilihan raya yang lepas kapal UMNO hampir karam ketika dikemudikan oleh nakhoda lama. Jadi apa salahnya memberi peluang kepada Tengku Razaleigh selagi hayat beliau dikandung badan ini.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin