Bilangan Pengunjung:

Friday, May 30, 2008

Tun Keluaq Ezam Masuk

Lama jugak Pak Cu tak bagi pendapat. Bukan apa kalut sikit. Dalam masa tu macam-macam hal belaku dalam UMNO. Makin caca marba. Habis semua jadi kalut dan haru hara. Dalam dok kalah teruk tu, pemimpin UMNO masih lagi tak jumpa cermin habuan nak cermin diri.

Kalau tok Pak Cu masih hidup, nak tau apa dia nak suruh? Dia akan suruh depa kencing dalam tempurung lepas tu tengok muka depa dalam tempurung tu kalau dah susah sangat nak cari cermin. Antara isu yang paling menarik, bila Tun umum keluaq UMNO. Dalam hal nie Pak Cu rasa ada elok jugak.
Tapi jangan pulak sapa yang tak bekenan kat Pak Lah habih pakat keluaq. Bukan apa, nanti yang tinggai masa pemilihan UMNO, orang yang kerja dok ampu Pak Lah. Tak dak sapa berani nak ajaq Pak Lah anak beranak. Masa tu mula la depa pakat kata, orang UMNO masih sayang kat Pak Lah.

Hakikatnya yang tak bekenan dengan Pak Lah dah habih pakat keluaq parti. Haaaa..., masa tu betoi-betoi UMNO akan hancoq dan tak boleh dipulihkan lagi. Tindakan Tun tu elok. Biaq Tun bagi tekanan dari luaq. Mana yang masih ahli UMNO tu, bagi tekanan dari dalam. Kalau Pak Lah masih tak sedaq diri lagi, sampai time pemilihan nanti kita ajaq dia cukup-cukup. Sapa yang dok ampu Pak Lah, kita jangan bagi muka. Kita pakat tolak depa. Biaq depa tak dak tempat walaupun peringkat cawangan. Nie dalam masa dua tiga hari nie, UMNO pimpinan Pak Lah anak beranak dapat hero baru. Sapa lagi kalau bukan si Ezam.

Konon-kononnya masuk nak memerangi rasuah. Piiirahhh...tak dan dua hari masuk UMNO dah dok aim Ketua Pemuda. Benda macam nie pun tak leh nampak ka? Kalau betoi la si Ezam tu boleh bantu bagi UMNO kuat, pasai apa PKR jadi lagi kuat sejak dia keluaq? Hakikatnya UMNO tak perlu musang bebulu ayam. Nie semua kerja Khairy.

Dia tau kalau dia lawan post Ketua Pemuda, mesti dia kalah awai-awai lagi. Dia tau pengaruh Datuk Mukriz terlalu kuat. So, dia ambik si Ezam jadi kambing hitam. Nak harap geng-geng dia yang dalam UMNO, lagi tak dak masa depan. Jadi akhir kata, Pak Cu sebagai orang tua nak nasihat la disini. Mesyuarat cawangan dengan bahagian dah nak mula. Jom kita pakat tolak sesiapa yang dok ampu Pak Lah. Sebab kalau tak dibetulkan dari peringkat cawangan dan bahagian, UMNO sukar untuk dipulihkan.

dipetik dari:
http://www.mykmu.net

Baca Lagi!

Melayu Mudah Lupa



Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai...

Baca Lagi!

Dr Mahathir Mohamad: THE MILLIONAIRE CLUB

Dr Mahathir Mohamad: THE MILLIONAIRE CLUB
Baca Lagi!

Tun Dr. Mahathir: Kelab Jutawan

Menyentuh mengenai satu juta hits diantara blogger kelihatan sebagai sesuatu yang bakal diraikan. Saya telah diberitahu oleh kebanyakkan Blogger berhubung kehendak mereka mengucapkan tahniah apabila seseorang daripada mereka mencapai angka satu juta hits dan memanggilnya sebagai seorang jutawan.

Sesetengah Blogger mengambarkan saya mencapai dalam tempoh sebulan dengan angka juta hits mengenai pengeposan luar biasa, tak kurang juga ada yang mengatakan ianya rekod dunia dan macam-macam lagi.

Saya tidak tahu sama ada ia adalah benar atau tidak.

Bagi saya, apakah yang lebih penting adakah itu saya mempunyai terurus untuk menjana perhatian cukup untuk mendapatkan trafik sebanyak itu dalam blog saya.

Ia adalah satu pengalaman menjadi blogger walaupun saya hanya satu bulan bergelar Blogger.
Kerana kebanyakan saya lihat pentingnya ruang siber sepanjang tempoh saya sebagai Perdana Menteri dan oleh itu komitmen saya untuk menyediakan Cyberjaya dan Multi-media Super Corridor (MSC), Saya tidak membayangkan yang saya akan satu hari menjadi blogger.

Saya perhatikan yang kini kerajaan telah mengiktiraf pentingnya blog. Ia mencadangkan untuk memiliki blognya yang sendiri. Tetapi apa yang lebih penting media aliran utama kini mula memetik daripada blog dan malah berani menulis di perkara-perkara yang dahulunya terlarang.

Ini adalah dijangkakan kerana ramai orang tidak lagi dibaca kertas-kertas aliran utama atau menonton televisyen. Edaran NST telah mengurangkan kepada purata 135,000 harian termasuk yang percuma dan potongan harga salinan-salinan untuk hotel-hotel, sekolah-sekolah dan sistem penerbangan.

Melainkan di sana arahan untuk putar berita dari suku-suku tertentu, media aliran utama mungkin menjadi tidak berkenaan.

Artikel dipetik dan dialih bahasa dari:
http://www.chedet.com

Baca Lagi!

T-Shirt Tun Dr. Mahathir



Keterangan Mengenai T-Shirt ini:

100% cotton.
Saiz US. yang dalam gambar nih size XL (US).
Saiz yang tersedia: Saiz XL, L, M dengan S (semua US)
Harga: RM40 termasuk penghantaran (pos laju)

BE BRAVE. SPEAK OUT!
"We should not fear the leaders. We must love our country and be brave
to reject those who brought the disaster to the country"

Tempahan boleh dibuat:
kadiology@gmail.com

Baca Lagi!

Blog Tun Dr. Mahathir Cecah Satu Juta Hits dalam masa 30 Hari

Jutaan Tahniah penulis ucapkan kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad yang kini telah bergelar Blogger kerana kejayaan beliau menarik 1 juta Lebih pengunjung walaupun blog ini baru 30 hari blog tersebut dibuat secara tidak langsung 'aura' beliau masih kuat malahan lebih hebat daripada aura Raja SMS iaitu Mawi dan juga Raja Blog iaitu Raja Petra Kamaruddin seorang yang mempunyai hubungan rapat dengan mubaligh kristian yang cuba menyesatkan umat Islam.

Mungkin pada masa akan datang Blog Tun Dr. Mahathir bin Mohammad akan mencipta rekod yang lebih hebat berbanding hari ini. Mengikut rekod blog Tun Dr. Mahathir pada hari Khamis 29 Mei 2008 Bilangan pengunjung yang dicatatkan di blog beliau mencecah 985,000 pelawat, manakala pada hari jumaat 30 Mei 2008 blog Tun Dr. Mahathir mencatatkan bilangan pelawat setinggi 1,015,766 pelawat ini menjadikan blog Tun Dr. Mahathir dilayari oleh orang ramai, secara jelas kalau kita tafsirkan secara kasar memang benar kekalahan BN di beberapa negeri baru-baru ini merupakan faktor kelemahan Abdullah Haji Ahmad "Saya Perdana Menteri" "Ahli Kena dengar Cakap Saya dan tak boleh lawan cakap saya" "Saya merupakan imam besar Islam Hadhari islam yang ada had dan ada hari" dan tiada faktor yang lain selainya.

Jika Abdulah Haji Ahmad enggan berundur, kita pastikan Pemilihan Agung UMNO beliau digugurkan secara tidak berhormat. Kita malukan beliau supaya beliau tahu langit itu tinggi ke rendah, pisau itu tajam ke tumpul. Apa yang penting kita perlulah bersatu di dalam menghadapi pembela-pembela beliau yang akan terus dimasukkan bagi menjaga kedudukan beliau. Seperti mana akar umbi lain penulis juga ingin mengucapkan "Saya tidak mahu berkerja bersama-sama anda mahupun bekerja untuk anda kerana slogan itu hanyalah retorik semata-mata. Selagi hayat dikandung badan penulis akan berusaha sedaya upaya untuk mengundurkan Abdullah Haji Ahmad dari pucuk pimpinan UMNO dan juga pucuk pimpinan negara. Bersatulah menentang musuh negara.


Baca Lagi!

Dr Mahathir Mohamad: The Criminalisation of War

Dr Mahathir Mohamad: The Criminalisation of War
Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin