Bilangan Pengunjung:

Wednesday, June 10, 2009

Sejauh Manakah Kebenaran Dakwaan Manohara?


Pada mulanya penulis ingin mengambil sikap berkecuali berhubung isu ini, namun selepas penulis merasakan tindakan Manohara yang membuat dakwaan yang diragui kesahihanya dan membuatkanya seolah-olah sahih yang kononya beliau mempunyai bukti bahawa beliau di dera sepertimana yang dilaporkan oleh Kosmo!

Penulis merasa terpanggil untuk mempersoalkan gadis yang bernama Manohara ini dan berasal dari Indonesia ini kerana penulis merasa ada yang tidak kena dengan dakwaan beliau.


Pertama sekali merujuk kepada gambar yang dirakam oleh Manohara seperti yang ditunjukkan oleh gambar yang dilampirkan bersama artikel ini, gambar itu hanya memaparkan kesan calar yang kononya kesan didera suaminya. Persoalanya di sini, gambar itu boleh diragui kesahihanya kerana mungkin Manohara baru sahaja mengambil gambar tersebut dan kesan calar tersebut dibuat olehnya sendiri ataupun dengan bantuan ibunya kerana zaman sekarang ni macam-macam boleh terjadi tambahan pula dia mengambil masa yang begitu lama untuk melakukan pemeriksaan perubatan.

Jika anda pernah menonton filem ataupun drama dari Indonesia sudah tentu anda boleh cuba mengaitkanya dengan cerita Manohara ini. Kata orang Filem melambangkan keadaan bangsa, cuba kita lihat drama atau filem Indonesia yang berlambak di Malaysia kebanyakkan memaparkan "rancangan jahat sesebuah keluarga atau individu untuk membolot harta keluarga yang lebih kaya daripadanya. Saya kaitkan ia dengan Manohara dan saya mengandaikan inilah antara strategi beliau untuk membolot harta Tengku Temenggong Kelantan itu berdasarkan 'analisa psikologi' terhadap filem-filem dan drama-drama Indonesia yang ditayangkan di Malaysia.

Indonesia merupakan sebuah negara yang mempunyai ramai rakyat yang mengalami kesempitan hidup sehinggakan ada yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi. Orang yang mengalami kesempitan hidup sanggup buat apa sahaja untuk membebaskan mereka dari cengkaman kemiskinan, dan pada andaian penulis mungkin juga Manohara mereka cerita dan membuat fitnah untuk mencari harta kekayaan. Jadi Fikir-Fikirkanlah...
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Pelakon Shukery Hashim Kembali Ke Rahmatullah

الفاتحة

Shukery Hashim yang berusia 55 tahun merupakan pelakon yang tidak kurang terkenalnya telah kembali ke Rahmatullah pada 1:15 petang tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Allahyarham pernah membintangi drama tempatan seperti Di Mana Kasihmu, 3T dan cinta gila. Lakonan Allahyarham selalu hidup dan penuh penghayatan. Allahyarham meninggalkan lima orang anak dan seorang balu (Faridah Mohd Isa, 51).

Jenazah akan dimandikan dan disembahyangkan di kediamanya di Taman Faizura, Ampang, Selangor sebelum disemadikan selepas asar. Semoga Allah mencucuri rahmat terhadap rohnya. Al-Fatihah....
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Majlis Penindasan Kewangan Bunuh Bangsa dan Rakyat Islam (MPKB-BRI)

Pada awal pagi tadi penulis ada menerima panggilan telefon daripada seorang yang hanya mahu dikenali dengan nama Hassan, marah-marah siap menyumpah-nyumpah lagi (Terkejut juga penulis dan terlintas di dalam benak penulis bahawa apa yang dia marah sangat ni).

Selepas penulis menyelidiki rupa-rupanya saudara Hassan ini melahirkan rasa marah, geram pada Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengenai parking motosikal, tahap kemarahan Hassan juga agak tinggi sehinggakan beliau melabelkan MPKB-BRI sebagai Majlis Penindasan Kewangan Bunuh Bangsa dan Rakyat Islam (MPKB-BRI).

Penulis sempat juga mencatat isi kandungan perbualan telefon penulis dengan

Hassan:
Saudara penulis saya ingin menyampaikan tak puas hati saya pada MPKB-BRI, saya rasa geram dengan mereka. "Nate betul lah MPKB-BRI ni", kawe nak kato hok kijo denga MPKB-BRI ni make duit hare belako".

Penulis:
Bawa mengucap dan bawa bersabar saudara, "Bakpo demo maroh sangat nih?"

Hassan:
"Dok sir maroh guano, kawe parking muto dekat Mydin, pahtuh tubik-tubik takdok, kawe pun tanyolah oghe hok jual air tuh dio kato oghe MPKB-BRI Angkut doh muto kawe, kawe pun raso waaa nak maroh"

Penulis:
La bakpo pulok demo nak maroh, demo parking kat tak leh parking, meme lah kena akut (angkut).

Hassan:
Doh tok sir wi kawe parking kokse guano kalu parking muto tak cukup, to kan kawe nak gi parking pucuk kedai besar nuh (Pasar Besar Siti Khatijah), baso bengong parking kheto banyok mugo bayar, parking muto dok cukup mugo free, pah tuh kalu oghe parking kokse dia same buleh duit ko dio jugak, banyak lagi pada kheto, RM30 sutir muto.

Penulis:
Meme parking muto di bandar Kota Bharu dok cukup, kawe setuju dengan demo, patut sek MPKB-BRI ni cari dulu bakpo oghe parking muto kokse bukan cari kesalohan oghe. Nik nak make pitih rakyat belako nih, pitih hare.

Hassan:
Hok tamboh kawe nak maroh nyo lagi, maso kawe nak gi ambik muto, kawe gi lah kat setor muto tuh, pahtuh cakap dengan pegawa dio, lepas tu kena gi bayar jauh pulok kawe kena gi jale pah tuh kawe kena ambik muto mula, aritu kawe pade dok mutar dalam MPKB-BRI jah, nyusoh betul lah, ore kijo MPKB-BRI ni pulok eksen-eksen, ikut hati kawe nak timbuk sore-sore, dok apo kawe dok halal dunia akhirat demo make duit kawe, sapo dio hok kijo ngan MPKB-BRI ni Make Duit Hare".

Itulah antara petikan perbulan telefon penulis dengan seorang pemilik motosikal dari Kota Bharu, Kelantan. Jadi Fikir-fikirkanlah....
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, June 9, 2009

Dua Mazhab Dalam PAS...

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

PAS singkatan daripada Parti Islam SeMalaysia sebuah parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia dan apa yang paling menarik iaitu teraju kepimpinan parti ini diketuai oleh Ulama'. Parti ini sudah bertahun-tahun berjuang untuk menegakkan negara Islam dan Melaksanakan Undang-Undang Hudud & Qisas yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Baru-baru ini PAS baru sahaja selesai melaksanakan Muktamar Agung Parti tersebut. Pada Muktamar tersebut berlaku pemilihan pemimpin-pemimpin untuk menjadi nakhoda yang mampu memecut PAS jauh ke hadapan.

Muktamar PAS kali ini sungguh menarik, penuh dengan dramatik dan bermacam-macam lagi tik. Ada juga yang tak tahu menari disalahkan tanah tinggi rendah. (Jangan salah faham, bukan menari yang macam Anwar Ibrahim selalu buat tu, ini hanyalah satu kata peribahasa). Apa yang dimaksudkan penulis ada orang yang kalah dalam pertandingan menyalahkan keadaan dan pihak tertentu berkenaan kekalahan dirinya dan bukanya nak cermin diri sendiri tapi asyik nak selak kain orang aje.

Daripada analisa keputusan pemilihan di Muktamar PAS penulis mendapati sekarang ini PAS sudah mempunyai dua mazhab dan kedua-dua mazhab ini ada pengikut masing-masing. Mazhab yang pertama ialah Mazhab Pro Ulama' yang dinaungi oleh ulama-ulama dan Mazhab kedua ialah Mazhab Endorgan yang diketuai oleh Hussam Musa (Ketua Mazhab Endorgan PAS) + seorang yang dikategorikan ulama tetapi tersalah naik Bahtera Endorgan yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan dan meletakkan Ketua Mazhab Endorgan PAS sebagai orang harapanya dan mungkin akan mewarisi kepimpinan beliau di Kelantan.

Cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya satu kapal mempunyai dua nakhoda, seorang nak ke kanan, seorang pulak nak ke kiri. Adakah kapal itu akan tiba ke destinasi dengan selamat ataupun bakal menerima nasib seberti kapal SS Titanic? Anda semua dikurniakan akal fikiran oleh Allah tuhan seru sekian alam, tiada guna ada akal fikiran tetapi anda tidak berfikir jadi anda fikirlah sendiri.

Kalau kita lihat kempen yang dijalankan oleh Ketua Mazhab Endorgan PAS memang hebat dan tersangatlah hebat bagai Perang Salib. Namun mungkin juga Allah tuhan seru sekian Alam tidak merestui ahli PAS yang bermazhab Endorgan dan berstatus parasit ini menjadi pemimpin di dalam PAS.

PAS perlu berbuat sesuatu agar kewujudan dua mazhab di dalam PAS ini tidak akan memberi mudarat kepada PAS satu hari kelak, Sebelum Pilihan Raya Umum Ke 13 menjelma, PAS kena menghadapi satu pilihan raya kecil di DUN Manik Urai, sekiranya keadaan begini berterusan ia akan memberi impak negatif pada PAS. Fikir-fikirkanlah...


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, June 8, 2009

Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Pada Calon BN di Manik Urai..

BN CarImage by Azmil77 via Flickr

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai akan diadakan tidak berapa lama lagi. UMNO Kelantan dikatakan menggunakan strategi baru untuk menarik minat pengundi di DUN Manik Urai, strategi yang dimaksudkan ialah memperbanyakkan kempen rumah ke rumah, ceramah kecil-kecilan (melibatkan dua tiga buah rumah sahaja) dan meminimumkan ceramah besar-besaran.

Faktor calon juga perlu dititikberatkan oleh UMNO Kelantan khasnya dan UMNO Malaysia amnya kerana calon adalah menjadi faktor utama di dalam setiap pilihan raya yang diadakan sebagai contoh sekiranya calon itu tidak digemari oleh masyarakat setempat besar kemungkinan calon tersebut akan kalah, jadi penulis berpandangan UMNO Kelantan dan UMNO Malaysia tidak boleh memandang remeh mengenai faktor calon.

Penulis ingin mengariskan beberapa ciri-ciri yang diperlukan oleh calon Barisan Nasional untuk memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai antaranya ialah:

  • Merupakan seorang yang beriman, kuat beramal dan patuh pada ajaran Allah tuhan seru sekian alam selaras dengan tiang 'alif' yakni agama Islam di dalam perjuangan UMNO.
  • Mempunyai sifat seperti Siddiq, Amanah, Fatonah dan Tabligh
  • Apabila membuat janji pastikan dia tunaikan janji itu.
  • Perlu selalu turun padang tanpa perlu menunggu kehadiran stesyen tv dulu baru nak turun padang.
  • Mengikut kata orang Kelantan calon juga perlu "Mudoh Baso, Sene Kiro".
  • Calon juga perlu memperhambakan diri untuk rakyat dan mengurangkan jurang antara rakyat dengan calon contohnya calon boleh berbual bersama-sama rakyat di kedai-kedai kopi.
  • Calon juga perlu 'low profile'
  • Calon juga perlu adil dan menghapuskan unsur 'kronisme' di dalam pembahagian dan pengagihan bantuan.
Itulah antara ciri-ciri yang patut ada pada sesusuk tubuh Calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai. Semoga ia mampu menarik minat pengundi Manik Urai. Diharapkan pengundi Manik Urai berani berubah.

Akhirkata penulis ingin menyampaikan pantun empat kerat pada pengundi-pengundi DUN Manik Urai agar mereka membuat pilihan yang tepat.

Dulu ADUN PAS
Sekarang Pilihlah Calon BN
Dulu Manik Urai diwakili PAS
Sekarang Acu Try Sekali BN

Fikir-fikirkanlah....

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, June 7, 2009

Berakhirnya Karier Anak Musa....


Muktamar tahunan PAS sudahpun melabuhkan tirainya, calon-calon yang bertanding untuk jawatan-jawatan di dalam PAS yang dipertandingkan sudah diketahui siapa pemenangnya. Paling menarik dan hangat pada Muktamar PAS kali ini ialah kedudukan kerusi Timbalan Presiden PAS yang boleh dikatakan 'kerusi panas' semasa Muktamar dijalankan.

Bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PAS tiga orang dicalonkan untuk merebut 'kerusi panas' tersebut. Calon-calonya ialah Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Mat Sabu dan Juga Hussam Musa. Lebih menghangatkan lagi pertandingan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PAS ialah 'perlumbaan dua kelompok besar di dalam PAS' iaitu kelompok kepimpinan Ulama' yang diketuai DS Abdul Hadi Awang dan bergandingan bersama Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan juga kelompok kepimpinan Endorgan yang cuba menjadikan PAS parti liberal yang diketuai Hussam Musa.

Penulis ingin membawa kembali kenangan lalu yang berlaku semasa dua kelompok besar ini berkempen untuk memenangi hati para perwakilan. Kumpulan Endorgan yang diketuai Hussam Musa kelihatan lebih 'agresif' menjalankan kempen untuk merebut jawatan no 2 di dalam PAS itu, Ustaz Nasharuddin popularitinya 'tenggelam' sewaktu kumpulan Endorgan mengadakan kempen yang agresif. Namun nasib nampaknya lebih menyebelahi Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan mungkin juga Allah tuhan seru sekian alam tidak merestui Hussam Musa menjadi antara tonggak utama PAS.

Dengan kekalahan yang memalukan itu, penulis membayangkan karier politik anak musa ini akan berakhir sampai di sini dan cita-cita untuk beliau menjadi MB bagi mengantikan TG Nik Aziz juga akan hanya tinggal cita-cita umpama debu-debu berterbangan ditiup angin. Dengan sekarang anak Musa ini hanyalah Ketua PAS Kawasan Kubang Kerian, pemimpin kedua kerdil di dalam PAS, besar kemungkinan populari dan aura Hussam Musa akan hilang begitu sahaja.

Kalau kita imbas kembali kempen yang dibuat oleh anak Musa ini memang agresif sehinggakan ada penulis blog berperang untuk mempertahankan beliau, agar beliau terus dilihat 'putih bersih' sampai bila-bila, dan di satu pihak lagi mengatakan bahawa anak Musa ini sudah dilihat seolah-olah baju putih yang terpalit selut di sana-sini dan akhirnya orang yang mengatakan Anak Musa ini umpama baju putih yang terpalit selut di sana sini mencapai kemenanganya apabila Ustaz Nasharuddin Mat Isa kekal Timbalan Presiden PAS untuk penggal kedua berturut-turut. Itulah kisahnya berakhirnya karier politik anak Musa.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, June 6, 2009

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Menjunjung Tahniah...


Hari ini tanggal 6 Jun 2009 merupakan hari bersejarah bagi negara apabila Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abdin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Bilal Shah meraikan Hari Keputeraan Baginda dan Pada Kesempatan ini Patik Pacar yang hina menjunjung Tahniah diatas sambutan Hari Keputeraan Tuanku.

Patik Doakan agar Tuanku dikurniakan Kesihatan yang baik dan dapat Memerintah Malaysia dengan penuh hikmah yakni Bijaksana ke hadrat Allah Tuhan Seru Sekalian Alam. Sepanjang pemerintahan Tuanku patik merasa sungguh selesa dek kerana Kebijaksanaan Tuanku Memerintah dengan Adil dan Bijaksana.

Patik juga berharap agar Tuanku dapat terus memberi pandangan yang berguna kepada Memanda Perdana Menteri ke enam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Patik juga ingin menjunjung Kasih di atas pemerintahan Adil dan Saksama yang Tuanku berikan pada patik dan rakyat jelata sebelum ini. Moga Allah merahmati Tuanku, demikianlah sudah ucapan menjunjung Tahniah patik untuk DYMM Tuanku akhir kata, Tuanku Payung Rakyat Negara ini.

Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin