Bilangan Pengunjung:

Wednesday, June 17, 2009

Hasutan 'Endorgan' Berhasil...

Isu "Kerajaan Perpaduan" terus diapi-apikan oleh "Puak Endorgan" Sehingga ianya berjaya membuat Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan mengeluarkan kenyataan berbaur emosi kepada Timbalan Presiden PAS iaitu Nasharuddin Mat Isa.

Puak Endorgan yang sentiasa berada di 'celah kangkang' Anwar itu sudah berjaya menghuru-harakan PAS sehingga PAS berpecah kepada dua Mazhab satu Mazhab Haji Hadi dan Satu lagi Mazhab Nik Aziz. Hasil hasutan 'Puak Endorgan' yang telah diberi 'nasi kangkang' oleh Anwar sudah berjaya memenuhi sedikit impian Anwar walaupun impian sebenar Anwar mahu melihat Puak Endorgan berjaya kerana mereka akan dijadikan "Lembu yang dicucuk hidung" oleh Anwar untuk memesongkan perjuangan PAS demi impianya untuk menjadi Perdana Menteri.

Perpecahan yang dialami oleh PAS ini bakal menyaksikan satu "Mala Petaka Politik Yang Maha Dasyat" akan berlaku terhadap PAS tidak lama lagi sekiranya PAS tidak menanganinya dengan segeranya. Perbalahan Dua Mazhab ini tidak sepatutnya menggunakan 'perantaraan media' kerana ia boleh dimanipulasikan.

Mohd Sayuti Omar atau MSO turut membincangkan hal yang sama yang boleh diikuti dengan klik di sini.

Perpecahan ini juga sedikit sebanyak akan menguntungkan UMNO yang dipandang 'jijik dan hina' oleh Nik Aziz Nik Mat. Mungkin Nik Aziz Lupa bahawa Anwar Ibrahim juga dilahirkan oleh Parti Bernama UMNO, walaupun beliau pembangkang tetapi pemikiranya tetap UMNO. Nik Aziz tidak sedar bahawa beliau sudah dipergunakan oleh Endorgan secara langsung dan oleh Anwar Ibrahim secara tidak langsung demi merealisasikan impian Anwar Ibrahim yang ingin menjadi Perdana Menteri sejak dulu lagi. Kata-kata mutiara untuk kali ini ialah "Kuasa yang diberi pada manusia adalah Ujian Allah, kuasa ditarik daripada manusia juga ujian Allah". Fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Pengemis "Cilik Myanmar" Berharajalela di Wakaf Che Yeh...

Sudah menjadi kebiasaan penulis setiap hari untuk menikmati makan malam di Pasar Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan maklumlah di sini gerainya bersih kalau nak dibandingkan dengan Medan Selera Buluh Kubu yang rata-rata gerai di situ pemiliknya pengotor. Bayangkan tengah anda makan dengan berselera tiba tikus yang besar melintas di bawah meja anda. Tentu meloyakan bukan? Hari ini penulis bukanya nak bercakap mengenai kotornya Medan Selera Buluh Kubu tetapi nak bercakap mengenai pengemis cilik warga Myanmar yang bermaharajalela di Wakaf Che Yeh.

Seperti biasa hari ini penulis pergi ke Wakaf Che Yeh untuk menikmati makan malam, biasanya penulis akan pergi ke Gerai Air Asam Perut yang masyhur juga di Wakaf Che Yeh, namun hari ini gerai itu tidak beroperasi hari ini, jadi penulis pun pergi ke kedai sebelahnya dan sedang penulis asyik menikmati keenakan makanan di situ tiba-tiba penulis dikejutkan dengan kehadiran dua pengemis cilik warganegara Myanmar seraya berkata "Be Dermo siya Be" cakapnya dalam Loghat Kelantan dengan pelat Myanmar. Penulis mengangkat tangan dan mengarahkan pengemis cilik itu pergi, lalu dia pun berlalu begitu sahaja.

Namun kehadiran pengemis cilik itu bukan terhenti setakat itu sahaja, beberapa minit kemudian pengemis cilik warga Myanmar itu datang lagi dan dengan selambanya dia cakap "Be Dermo Seriya" dengan nada yang agak biadap (rasa nak bagi penampar je kat dia ni, tapi fikir berada di tempat Public ni sabar ajelah). Dalam hati penulis berkata "Eh Budak ni, berapa kalinya nak datang mintak ni". Penulis hanya berkata "Tak Dok Pitih" dalam loghat Kelantan yang bermaksud Tak De Wang. Namun pengemis cilik warga Myanmar itu seolah-olah tidak mengendahkan cakap saya sambil terus berdiri berhampiran meja penulis tengah menikmati makan malam itu. Hampir lima minit juga dia menunggu di situ, setelah menyedari penantian dia sia-sia dia terus berlalu pergi.

Dalam perjalanan pulang menuju ke tempat parkir Motorsikal penulis, sekali lagi terjumpa dengan "Pengemis Cilik Myanmar" ini dan secara selamba menyekat rakan penulis dan meminta derma daripada rakan penulis seolah-olah memaksa rakan penulis memberikan derma kepadanya. Itulah kisah "Pengemis Cilik Myanmar" Di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.

Penulis tak faham kenapa MPKB-BRI tidak bertindak di dalam membanteras sindiket "Pengemis Cilik Myanmar" ini. Seolah-olah pihak mereka 'lepas tangan' sahaja dalam membanteras sindiket ini. Mungkin MPKB-BRI ada alasan mereka sendiri. Adalah tidak adil juga kalau penulis menyalahkan MPKB-BRI sahaja, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga tidak membuat pemantauan ke atas sindiket yang bakal memberi Imej yang buruk kepada tempat yang menjadi tumpuan ramai pelancong ini. Penulis menggesa pihak-pihak yang terbabit supaya bertindak segera.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, June 16, 2009

Derita Yang Kau Alami...

Derita Yang Kau Alami
{Nukilan: yiemega}

Derita yang kau alami dapat ku rasai
Susuk tubuhmu dipenenuhi wayar-wayar berserabut
Topeng Penafasan menjadi nyawamu kini
Deritanya amat pedih aku rasai seolah mahu hatiku mahu tercabut

Dulu kau seorang insan yang lengkap kejadianya
Kini kau menderita dek kerana “Kuda Besi” yang kau tungangi
“Besi Bergerak” telah membuat kau menderita
Tangan kananmu sudah tiada kini

Mengenangkan nasibmu yang sebegitu
Air Mataku secara tidak sengaja membasahi pipi
Mengapa kau yang menangung derita itu
Tapi aku tak salahkan suratan Tuhan dalam hal ini

Aku juga tidak salahkan kau yang menunggang ‘kuda besimu’ dengan laju
Mungkin diwaktu itu kau tidak fikirkan apa akibatnya
Kau masih mudah remaja berdarah panas berhibur tanpa jemu
Sekarang kalau menyesal pun tidak ada gunanya

Aku lihat kau yang terbaring di atas katil pesakit itu
Wad ICU HUSM Kubang Kerian
Matamu masih enggan melihat keindahan dunia tempat lahirmu
Hanya bunyi-bunyi mesin yang dapat aku dengarkan

Aku mengangkat tanganku
Berdoa pada Tuhan Seru Sekian Alam
Agar menamatkan penderitaanmu
Agar kamu boleh melihat kembali keindahan siang dan malam.
[yiemega, D'HUSM Kubang Kerian Kelantan]

dipetik dari: http://karyamelayu2u.blogspot.com

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

"Politik Boogeyman" terus menjadi formula di Kelantan..

Pada tengahari tadi penulis pergi mengambil baju di sebuah kedai yang dicuci di Jalan Merbau, Kota Bharu Kelantan, kebetulan pula secara tidak sengaja penulis terpandak satu sepanduk yang dipasang berdekatan dengan persimpangan lampu isyarat di Jalan Merbau itu. Sepanduk itu berbunyi "Kerajaan Perpaduan Boneka UMNO, SAH".

Penulis cuba mendapatkan maklumat pihak mana yang memasang sepanduk sedemikian dari kedai-kedai yang berhampiran dengan tempat letaknya sepanduk itu, mengikut maklumat yang penulis terima sepanduk itu di pasang oleh beberapa penyokong PAS untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Kerajaan Perpaduan.

Nampaknya formula 'Politik Boogeyman' (meminjam istilah Dr. Khir Toyo) terus digunakan oleh PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Manik Urai. Sebenarnya isu itu melibatkan perbalahan dua puak yang berada di dalam PAS yakni puak Endorgan dengan Puak Kepimpina Ulama namun dalam Endorgan ada Puak Ulama' yang tersesat ke dalam Puak Endorgan kerana berjaya dimanipulasi oleh 'Puak Endorgan' di dalam PAS. Sebenarnya perbalahan mereka adalah masalah dalaman mereka tetapi seperti biasa mereka akan menyalahkan UMNO di akhirnya, bagi mereka mereka semua betul kalah Wali Allah, Tok Guru Nik Aziz tu maksum walaupun dia manusia biasa yang mudah dilembutkan oleh manusia yang hipokrit.

Sampai bila mereka nak terus menggunakan formula yang sama dalam meraih simpati rakyat undang memangkah mereka di kertas undi di bahagian yang berlambangkan Bulan? Teringat penulis dengan kata-kata mutiara yang diberikan oleh Pengurus Agensi Nuzihan Consultancy Sdn Bhd (D10) yang berbunyi "Orang yang menggunakan cara yang sama untuk mengharapkan hasil yang berlainan adalah orang bodoh" . Itu adalah diantara kata-kata mutiara yang diberikan jadi Fikir-Fikirkanlah.....
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Dua Nama Disebut-sebut bakal jadi calon PAS di Manik Urai...


Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai akan berlangsung pada julai ini. Namun setakat ini kita tidak mengetahui siapakah calon yang bakal merebat gelaran Yang Berhormat di Manik Urai Itu, baik dari pihak Barisan Nasional mahupun dari pihak PAS.

Hari ini Mohd Sayuti Omar (MSO) telah mengeluarkan kenyataan di blognya Merah Tinta MSO mengenai dua orang yang disebut-sebut bakal menjadi Calon PAS di Manik Urai. Nama-nama tersebut adalah Fauzi Abdullah dan Abdul Basiit Abdul Rahman sepertimana kenyataan MSO yang dikeluarkan diblognya dan boleh diikuti dengan klik disini.

Namun setakat ini belum dapat disahkan siapa yang benar-benar akan dipertaruhkan menjadi calon di Manik Urai untuk merebut gelaran "Yang Berhormat". Setakat ini juga belum mendapat apa tanda-tanda siapa yang bakal menjadi calon bagi pihak BN pula. Sama-samalah kita nantikanya dengan penuh kesabaran.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, June 15, 2009

Ahli Parlimen 'Gila' Publisiti Murahan...

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Chief...Image via Wikipedia

Kalau kita perhatikan kini semakin banyak ahli parlimen yang "Gilakan" Publisiti Murahan. Berlagak macam hebat kononya 'pejuang rakyat' walhal sebaliknya mereka lebih tergila-gilakan "Publisiti Murahan" agar rakyat merasa simpati denganya dan rakyat tertipu dengan mudahnya dengan mereka-mereka yang tergila-gilakan 'kuasa' seperti ayam yang gilakan sangkaknya tak bertelur pun masih mengeram di sangkak itulah hakikatnya.

Hari ini dilaporkan bahawa 7 Orang Wakil Pembangkang di Parlimen dihalau keluar oleh Speaker Pandikar Amin Mulia kerana dikatakan gagal mematuhi kod etika berpakaian dewan dan juga tidak menghormati dewan apabila melaungkan "Bubar DUN" sepertimana yang dilaporkan oleh Mohd Sayuti Omar (MSO) di blognya Merah Tinta MSO.

Tak sangka penulis di zaman ini ingatkan artis sahaja yang menggunakan 'publisiti murahan' ini rupanya ahli politik yang tidak diiktiraf Ir. pun ada hati juga nak guna 'publisiti murahan' murah betul peribadi ahli politik ini. Ahli Politik yang penulis maksudkan ialah Datuk Seri (tak perlu panggil datuk seri pun takpe sebab mukanya tak berseri, cucu pula entah ada entah takde) Nizar.

Pada pandangan penulis Nizar dan konco-konconya sengaja melakukan tindakan sedemikian walaupun ia tahu ia tidak boleh tetapi biasalah 'politik' nak dijadikan modal untuk berkempen Manik Urai Agaknya. Melihat perangai Nizar seolah-olah Nizar ni Badut yang cuba membuat orang tertawa dengan tingkah laku budak tadikanya sehingga beliau berjaya "Mengkedai kopikan" Parlimen.

Tindakan kebudak-kebudakkan ini perlu ditolak oleh semua pihak tak kiralah Pembangkang ke Kerajaan ke, Biru ke, Hijau Ke, Bulan ke, bintang ke, dacing ataupun apa-apa sahaja. Jangan biarkan anda tenpengaruh dengan 'badut-badut ini'.

Penulis juga bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Sayuti Omar (MSO) yang dikeluarkan dalam blog beliau mengenai isu ini yang boleh diikuti di sini. Akhirkata penulis tinggalkan satu kata-kata mutiara "Manusia Sentiasa Tidak Berpuas Hati Dengan Apa yang mereka ada" Fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, June 14, 2009

Politik Pembangunan Tidak Akan Laku Di Manik Urai !

Official logo of United Malays National Organi...Image via Wikipedia


Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai akan berlangsung pada bulan julai ini. Pilihan Raya yang berkemungkinan berlaku pertandingan dua penjuru antara PAS dengan Barisan Nasional di mana calonya adalah dari UMNO.

"Politik Pembangunan" jelas sekali tidak laku dijaja semasa Pilihan Raya Umum Ke 12 yang lalu. Namun nampaknya BN terus menggunakan agenda 'Politik Pembangunan' untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai itu dengan membuat janji akan menjadikan Manik Urai sebagai kawasan 'Anak Angkat' untuk pembangunan. Nampaknya BN tidak serik lagi menggunakan ideologi politik pembangunan mereka.

Perlu diingat di sini Pengundi Manik Urai bukanlah boleh dikategorikan sebagai pengundi yang 'dahagakan' pembangunan. Mereka lebih kepada bersikap bersederhana sahaja di dalam kehidupan mereka sehari-hari. "Wassatiyah" sentiasa menjadi pegangan pengundi Manik Urai mereka tidak lapar dengan pembangunan duniawi seperti yang dijanjikan oleh BN.

Faktor yang bakal menentukan kemenangan di Manik Urai ialah calon, BN perlu memastikan calon yang dipilih adalah benar-benar berjiwa rakyat, boleh jumpa di kedai kopi, boleh berbual-bual seperti rakyat Biasa, boleh memberi pertolongan ketika rakyat memerlukan dan bukanya calon yang suka 'hipokrit'.

Selain itu, BN juga perlu belajar "Ilmu Ikhlas" untuk menambat hati pengundi DUN Manik Urai. Apa yang dimaksudkan dengan "Ilmu Ikhlas" di sini ialah seadainya BN mahu membuat apa-apa projek di Manik Urai terus sahaja buat tanpa perlu menabur janji-janji manis biar rakyat sendiri yang menilaikanya. Fikir-fikirkanlah!!!.

Sementera itu penulis bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh penulis Moh Sayuti Omar yang turut dikenali dengan nama MSO berhubung isu yang sama sepertimana yang dimuatkan di dalam blognya Merah Tinta MSO
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin