Image via Wikipedia
Siapa Calon BN PRK P94 Hulu Selangor?Oleh: yieMEGA
BIARPUN tarikh pengumuman calon
Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor pada 15 April 2010 ini, tetapi nampaknya polemik mengenai siapa calon, calon dari parti komponen mana terus menjadi polemik dan buah mulut rakyat negara kita. Penulis sempat membaca blog Merah Tinta MSO yang dimiliki oleh Penulis Politik terkenal Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali dengan nama MSO. Menurut ramalan MSO, calon BN berkemungkinan dari
MIC. Seperti mana artikelnya yang bertajuk "
Hulu Selangor 2".
Sepertimana yang kita sedia maklum ada juga desakkan daripada
UMNO agar calon untuk Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor hendaklah datang daripada UMNO. Menurut MSO lagi, calon itu berkemungkinan besar ialah Ketua Penerangan MIC. Namun, bagi penulis ini masih kekal sebagai ramalan dan 15 April 2010 adalah penentu segala-galanya.
Berkenaan parti mana yang wajar diberi kepercayaan untuk menjadi calon di dalam pilihan raya kecil tersebut, jalan yang terbaik ialah melihat dulu siapakah calon daripada
PKR, sekiranya ia adalah
Zaid Ibrahim atau orang yang sebangsa denganya adalah lebih baik calonya daripada UMNO. Sekiranya calon PKR daripada orang yang berbangsa India mungkin calon yang sesuai adalah dari MIC.
Sebenarnya, bagi penulis tidak penting pun parti komponen mana sekalipun yang diberi kepercayaan menjadi calon untuk pilihan raya kecil ini, apa yang penting adalah kerjasama. Tak kiralah siapa pun menjadi calon asalkan mereka bekerjasama pasti Pilihan Raya itu akan memihak kepada Barisan Nasional.
Berkenaan dengan artikel MSO itu, anggaplah ia adalah salah satu strategi untuk melemahkan semangat dan memecahbelahkan perpaduan di dalam Barisan Nasional. Kerjasama dan perpaduan merupakan kunci kepada kejayaan di sini.
Siapa pun yang menjadi calon, sekiranya menang jangalah jadi seperti kacang lupakan kulit, masa mahukan undian kita pergi cari rakyat, namun selepas undian mereka lupakan rakyat dan lari daripada rakyat. Ingatlah 1 Rakyat 1 Undi.Akhir kalam, moga Presiden BN akan membuat keputusan yang terbaik untuk menentukan siapakah calon untuk Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor. Apa yang beliau rasa terbaik mungkin itulah yang terbaik. ![Reblog this post [with Zemanta]](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_sSTf2FBjApfP3seADiUFAo6fytUM8ptyHns3MA5iej1CmB2-y0H4RuMTiwwqDK6-sTi4nTkTkRTAK4ydyBEOd04oYi29bSLmN5vp8frhn0y6LCh28TfFSu35O6CwqFUbwT_5kEsg5WvkDadajh5L4i=s0-d)
Baca Lagi!