Bilangan Pengunjung:

Saturday, June 28, 2008

MTRK Beri Amaran Kepada Majlis Peguam!

Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) menerusi Presidenya Datuk Paduka Ibrahim Ali memberi amaran kepada Majlis Peguam berhubung cadangan Majlis itu yang ingin mengadakan satu forum yang akan memperdebatkan kontrak sosial atau dengan lebih tepat lagi hak istimewa Melayu.

Datuk Paduka Ibrahim Ali melahirkan kebimbanganya terhadap penganjuran forum itu oleh Majlis Peguam akan memberi kesan kepada perpaduan nasional. Katanya lagi "tidak payahlah lagi kita bincang lagi isu itu, isu itu sudah selesai semenjak mula-mula merdeka lagi".

Penulis menyokong pandangan Datuk Paduka Ibrahim Ali, Kontrak Sosial tetap kontrak sosial dan janganlah kita menafikan ia lagi. Penulis juga khuatir jika isu kontrak sosial ini diperdebatkan akan menjadi pula isu perkauman. Tambahan pula kita sendiri tahu kaum mana yang mempunyai bilangan paling ramai di dalam Majlis Peguam sudah tentu pandangan mereka ada unsur 'bias' dan akan membangkitkan kemarahan orang Melayu.

Penulis juga hairan kenapa Majlis Peguam sekarang ini sibuk nak menyertai politik dan membincangkan isu-isu semasa yang tidak patut Majlis Peguam libatkan. Malah mengikut sumber tertentu, permasalahan-permasalahan di kalangan ahli Majlis Peguam sendiri masih belum diselesaikan malah ia terus meningkat dari hari ke hari. Ingatlah 'ketam tak akan ajar anaknya berjalan betul"

Pada pandangan Penulis Majlis Peguam hendaklah memberi keutamaan di dalam menyelesaikan isu-isu yang timbul di kalangan peguam terlebih dahulu. Peguam adalah peguam, peguam bukan ahli politik, kalau nak jadi ahli politik tak payah jadi peguam lebih baik jadi harimau mengaum tak pun jadi kera duduk di hutan.

Majlis Peguam digesa supaya membatalkan niatnya untuk menganjurkan forum yang akan membincangkan tetantang kontrak sosial sekiranya tidak mahu tragedi 13 Mei berulang lagi. Ingatlah mencegah lebih baik daripada mengubati.

Akhir kalam, semoga Majlis Peguam rasional di dalam menjalankan tugasnya sebagai peguam janganlah jadi beruang ataupun "Ultra" kaum negara kita adalah Malaysia bukanya Amerika. Hormatilah kontrak sosial demi keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Baca Lagi!

Friday, June 27, 2008

Perlukah Jawatan Penting UMNO tidak dipertandingkankan bagi mengelakkan perpecahan?

Dakwaan yang timbul sejak kebelakangan ini ialah sekiranya jawatan penting di dalam UMNO termasuk Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan akan mengundang perpecahan. Ya mungkin betul kalau kita tafsirkanya suatu masa dulu, tetapi pada masa ini penulis yakin ahli UMNO semakin bijak dan kalau ada perpecahan pun sekadar carik-carik bulu ayam sahaja.

Pada masa ini jika jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan di dalam Pemilihan Agung UMNO penulis yakin ia akan membawa kepada perpecahan yang lebih teruk lagi daripada taufan nargis di Myanmar. Ingatlah "kalau seseorang itu ingin mengharapkan hasil yang berbeza tetapi menggunakan cara yang sama ialah orang gila"

Penulis mengucapkan tahniah kepada akhbar Sinar Harian kerana telah menganjurkan undian SMS untuk mendapat maklumbalas orang ramai mengenai isu ini, hasil daripada undian SMS ini 73% dari responden TIDAK SETUJU bahawa pertandingan jawatan penting di dalam UMNO akan membawa kepada perpecahan, manakala hanya 27% responden yang bersetuju bahawa pertandingan jawatan penting di dalam UMNO akan mengundang perpecahan.

Kesimpulan yang penulis buat daripada keputusan Undian SMS yang dijalankan oleh Sinar Harian itu menunjukkan bahawa pertandingan jawatan penting di dalam UMNO tidak akan mengundang perpecahan dan sebagai sebuah negara demokrasi hendaklah pucuk pimpinan UMNO mendengar suara majoriti bukan suara minoriti.

Penulis juga mencadangkan agar supaya jawatan penting di dalam UMNO terutama Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah dipertandingkan bagi memberi nafas baru kepada UMNO setelah berada di dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' sekarang ini. Fikir-fikirkanlah.

Baca Lagi!

Thursday, June 26, 2008

Tataetika Ahli UMNO 2008 Sekat kebebasan ahli akar umbi


Penulis tertarik untuk mengulas Tataetika Baru Ahli UMNO 2008. Penulis tidak menolak bahawa hidup ini perlu kepada undang-undang malah dalam Islam sendiri pun ada undang-undang, tetapi perlu ingat undang-undang hendaklah adil dan saksama bukan yang menguntungkan sebelah pihak sahaja.

TataEtika Ahli UMNO yang diperkenalkan pada tahun ini iaitu tahun 2008 pada pandangan penulis ada unsur menyekat kebebasan ahli akar umbi. Buktinya majlis YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Seremban gagal mendapat sambutan dan difahamkan ia adalah kerana Tataetika Baru yang diperkenalkan ini menyebabkan ahli-ahli UMNO bimbang mereka akan dikenakan tindakan.


Antara kandungan Tataetika Baru Ahli UMNO ini ialah "mana-mana ahli yang berminat untuk bertanding jawatan di dalam UMNO, tidak dibenarkan menghadiri kenduri dan bermacam-macam lagi. Sedangkan penyandang jawatan contohnya Presiden boleh mempromosikan dirinya dan menghadiri kenduri 'atas tiket' Perdana Menteri. Adakah ini adil? Janganlah jadi "Wal halal mu, wal haram ku" ataupun apa yang orang lain buat "salah" apa yang dia sendiri buat "betul" sesungguhnya ahli berhak bersuara kerana tanpa ahli siapalah parti? Ahli boleh hidup tanpa parti tetapi parti tidak boleh hidup tanpa ahli.

Kalau Presiden UMNO yang ada sekarang ini adalah manusia sepatutnya faham dengan pandangan manusia lain. Teringat penulis pada satu pepatah orang Melayu Kelantan yang berbunyi "Oghe ko Plastik", Adakah Presiden UMNO sekarang ini "Oghe ko Plastik" yang membawa maksud "Adakah Presiden UMNO sekarang ini manusia ataupun plastik?" Fikir-fikirkanlah demi kekuatan parti.

Baca Lagi!

Nik Aziz Kata Tak Ada Wacana/Muzakarah UMNO-PAS

Sinar Harian Edisi Kelantan hari ini 26 Jun 2008 melaporkan bahawa Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menyatakan tak ada wacana atau Muzakarah yang akan diadakan bersama PAS dan UMNO katanya lagi bagi mengelakkan perpecahan.

Terlebih dahulu penulis hormati Tuan Guru Nik Aziz sebagai Ulama yang juga banyak memberi suntikan kerohanian bukan sahaja kepada rakyat Kelantan tetapi masyarakat seantero dunia sehinggakan ada yang datang daripada Nepal untuk menuntut dengan beliau. Penulis sekadar ingin melemparkan pandangan penulis tidak bermaksud merendahkan martabat Tuan Guru Nik Aziz.

Mengikut kata Tuan Guru, majlis Muzakarah/Wacana PAS-UMNO akan mengundang perpecahan. Bagaimanakah bentuk perpecahan yang akan terjadi sekiranya Wacana PAS-UMNO diadakan? Adakah perpecahan Melayu atau lebih tepat lagi Islam? Semua orang tahu yang sebenarnya Melayu sememangnya telah berpecah kepada beberapa bahagian. Jadikah perpecahan apakah yang akan berlaku sekiranya PAS-UMNO duduk semeja di dalam Muzakarah atau Wacana yang bakal diadakan? Pada pandangan penulis sudah tentunya perpecahan Pakatan Rakyat kerana umum mengetahui PKR dan DAP tidak senang dengan PAS.

Malah mereka juga tidak selesa dan bimbang sekiranya PAS akan menyertai UMNO di dalam Barisan Nasional, jadi Muzakarah atau Wacana UMNO-PAS ini mungkin akan menjadikan titik pertemuan untuk perpaduan Melayu yang semestinya beragama Islam kerana Islam adalah syarat utama Melayu mengikut perlembagaan Malaysia. Jadi sekiranya seseorang itu tidak ISLAM maka ia bukanlah Melayu. Pada masa yang sama pastinya kedudukan Pakatan Rakyat yang hampir-hampir menduduki tampuk pemerintahan Kerajaan Malaysia akan jadi goyah.

Jadi terpulanglah jika Tuan Guru Nik Aziz fikir jalan yang terbaik ialah tidak mengadakan sebarang wacana atau muzakarah UMNO-PAS, penulis tidak boleh membuat apa-apa cukup setakat penulis memberi pandangan penulis dan ingatlah Esok sememangnya masih ada tetapi esok belum tentu milik siapa.

Baca Lagi!

Tuesday, June 24, 2008

Ahmad Said Minta Jangan Caci Kerajaan

Sinar Harian edisi Terengganu hari ini (Selasa 24 Jun 2008) menyiarkan kenyataan Menteri Besar Terengganu yang baru menaiki takhta yang meminta agar Jangan caci kerajaan sekiranya tidak mendapat bantuan. Tambahnya lagi "kerajaan mengagihkan bantuan tanpa mengira fahaman politik, jadi tidak timbul isu bahawa kerajaan memilih 'bulu' di dalam pengagihan bantuan kepada rakyat"

Daripada kennyataan Datuk Ahmad Said Menteri Besar Terengganu ini penulis mendapati jelas sekali 'kenyataan ini umpama kenyataan budak tadika' Penulis tidak nafikan mungkin benar kerajaan tidak mengagihkan bantuan berdasarkan fahaman politik tetapi perlu ingat siapa yang ada kuasa di dalam pengagihan bantuan Kerajaan kepada rakyat sudah tentunya Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) daripada maklumbalas yang penulis terima rata-rata Pengerusi JKKK di Terengganu 'memilih bulu' di dalam pembahagian bantuan kepada rakyat. Bukan sahaja mereka memilih berdasarkan fahaman politik, mereka juga turut memilih berdasarkan pertalian darah keluarga.

Dakwaan ini sememangnya berasas beberapa hari yang lalu juga Besut Lonih.com telah menyiarkan rungutan seorang rakyat yang merasa dia terpinggir kerana di diskriminasi oleh Pengerusi JKKK kawasan kampung beliau. Sebenarnya ini hanyalah salah satu dari diskriminasi yang dilakukan oleh Pengerusi JKKK, malah mungkin banyak lagi kes diskriminasi oleh Pengerusi JKKK tetapi tidak dilaporkan oleh rakyat.

Penulis tidak mencaci kerajaan tetapi mencaci pemimpin termasuklah Ahmad Said kerana beliau tidak kata "Jangan Caci Pemimpin" tetapi beliau berkata "Jangan Caci Kerajaan" Ahmad Said bukanlah Kerajaan tetapi Kerajaan ialah Terengganu.

Penulis 'mencaci pemimpin' bukanlah kerana apa kerana penulis sayangkan kerajaan seperti kata pepatah "Sayang anak tangan-tangankan". Ahmad Said perlu membuat reformasi ke atas semua Pengerusi JKKK di negeri Terengganu agar ia benar-benar menjadi duta kepada kerajaan.

Baca Lagi!

Monday, June 23, 2008

Mufti Perlis Nafi Sertai PKR

Mufti Kerajaan Negeri Perlis S.S Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menafikan khabar angin yang menyatakan beliau akan sertai Parti Keadilan Rakyat yang juga merupakan parti tunggak Pakatan Rakyat. Kenyataan beliau disiarkan oleh muka depan Sinar Harian Edisi Kelantan hari ini Isnin 23 Jun 2008.

Kemungkinan khabar angin yang menyatakan Dr. Mohd Asri ingin sertai PKR adalah kerana secara kebetulan beliau menjadi ahli panel di dalam Wacana 100 hari kemenangan Pakatan Rakyat yang diadakan di Pusat Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan beberapa hari yang lalu. Namun Dr. Asri mengatakan bahawa beliau sudi menjadi ahli panel di majlis wacana tersebut kerana ingin berdakwah dan tidak menyertai politik kerana dia bukanya ahli politik. Tambahnya lagi "saya lebih suka dengan keadaan sekarang yang bebas daripada mana-mana pengaruh politik".

Persoalan yang mungkin timbul di kalangan orang ramai siapa yang mencetuskan khabar angin yang mengatakan Dr. Mohd Asri akan menyertai Pakatan Rakyat atau Parti Keadilan Rakyat itu. Penulis ingin menyenaraikan beberapa kategori orang yang boleh dikatakan mencipta khabar angin tersebut. Pertama sekali ialah golongan manusia yang menjadi ahli kepada Pakatan Rakyat atau Parti Keadilan Rakyat itu sendiri. Mungkin mereka berbuat begitu untuk menunjukkan bahawa parti yang dianggotai oleh mereka semakin kuat namun sebenarnya ianya hanyalah persepsi dan ilusi semata-mata.

Sementara itu, golongan kedua yang mungkin membuat khabar angin ini ialah datangnya daripada golongan manusia yang bukan daripada Pakatan Rakyat dan juga Parti Keadilan Rakyat malah perjuangan mereka tidak sehaluan dengan parti-parti yang disebutkan ini. Mungkin juga mereka selalunya membuat rumusan yang agak mudah tentang seseorang contohnya sekiranya si A pergi ke majlis Pakatan Rakyat maka mereka mengandaikan Si A itu telah menjadi anggota Pakatan Rakyat. Walhal sebenarnya mereka hanya membenarkan persepsi menguasai fikiran mereka sedangkan persepsi tidak smemestinya betul.

Akhir kalam, khabar angin akhirnya terjawab apabila tuan punya badan sendiri sudah menafikanya secara terang-terangan, dan juga tinjauan penulis ke laman Web Dr. Mohd Asri juga memuatkan penafian Dr. Mohd Asri jadi usahlah selepas ini ada khabar angin yang timbul mengenai Dr. Mohd Asri, Hormatilah Mufti kerana Mufti merupakan seorang Ulama'.

Baca Lagi!

Sunday, June 22, 2008

Alangkah Bahagianya Sekiranya Remaja Kita Seperti ini



Kalau pengunjung ada menonton Buletin Utama hari ini 22 Jun 2008 di tv3 sudah tentu ada dapat menonton penyiaran video di atas. Mengikut sejarah Keluarganya bukanya seorang Islam malah keluarganya pada asalnya adalah pengganut kristian. Namun setelah Allah s.w.t tuhan seru sekian alam telah memberikan hidayah kepada 'kanak-kanak istimewa' ini yang juga boleh digelar 'genius agama Islam' itulah kebesaran Allah s.w.t tuhan seru sekian alam.

Begitulah mengikut maklumat yang diberikan di dalam video yang juga dimuatkan di sebuah laman web Video dalam talian terkemuka milik Google Inc. iaitu youtube.com. dan menurut laman web itu lagi kanak-kanak ini sudah menjadi pendakwah terkemuka dan telah mengislamkan ramai orang termasuklah ibu-bapanya sendiri. Beliau juga dikatakan sering diundang untuk memberi ceramah dan menjadi khatib khutbah Jumaat.

Itulah kisahnya seorang kanak-kanak yang lahir dalam keluarga yang bukan Islam tetapi bukan sahaja mengganut agama Islam malah mencadi pendakwah kepada orang ramai. Begitulah hebatnya insan kerdil ini yang menjadi perhatian umat Islam seluruh dunia.

Ini Pula Kisah Orang yang lahir di dalam Keluarganya Adalah Islam


Kanak-kanak yang lahir dalam Keluarga Islam



Remaja yang lahir dalam Islam


Lain pula kanak-kanak dan remaja yang sememangnya lahir dalam Islam tetapi langsung tidak mempunyai nilai-nilai yang mencerminkan sebagai seorang Islam. Sepatutnya kanak-kanak dan remaja Islam perlu malu dengan kanak-kanak yang lahir di dalam keluarga bukan Islam seperti video di atas. Mereka sepatutnya lebih baik daripada kanak-kanak yang lahir di dalam keluarga yang bukan Islam kerana mereka telah didedahkan dengan Islam sejak kecil lagi.

Disaat kanak-kanak yang lahir di dalam keluarga bukan Islam menjadi Pendakwah Islam terkenal, disaat itulah kanak-kanak yang lahir di kalangan orang Islam cuba untuk menjadi terkenal dengan membuat aksi yang membahayakan diri dan bersabung nyawa tanpa mendapat apa faedah begitu jugalah dengan remaja Islam yang bermegah dengan gelaran 'Mat Rempit' atau mengikut Istilah menantu Perdana Menteri Khairy Jamaluddin 'mat cermelang' ini.

Berubahlah wahai kanak-kanak dan remaja Islam janganlah jadi Islam hanya pada nama, jadilah umat Islam terbaik dan matilah anda semua di jalan kebenaran bukanya di jalan yang lurus.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin