Bilangan Pengunjung:

Friday, May 8, 2009

Gejala Rasuah Di Kota Bharu....

Royal Malaysian Police official emblem.Image via Wikipedia

"Rasuah" satu perbuatan yang amat dibenci dan tidak bertanggungjawab serta tidak bermoral. Pada kali ini penulis ingin mengupas isu rasuah yang berlaku di agensi-agensi Pusat seperti PDRM, SPRM dan bermacam-macam lagi.

Idea untuk mengetengahkan isu ini timbul apabila penulis terjumpa dengan keluarga mangsa Bunuh yang kematian anaknya yang masih tidak terbela dek kerana rasuah. Mendengar cerita keluarga malang tersebut memang memilukan dan menyayat hati.

Oleh kerana "Pemangsa" mempunyai "kabel dan broker" dalam IPD Kota Bharu, pemangsa hanya dikenakan hukuman yang ringan.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2007 yang lalu, kini kejadian tersebut telah dua tahun berlalu. Namun kejadian menyayat hati itu masih kekal di hati keluarga tersebut.

KERAJAAN PERLU BERTINDAK TEGAS

Kerajaan perlu menggandakan usaha untuk membanteras gejala rasuah di agensi-agensi terutamanya yang melibatkan keselamatan orang ramai dan rakyat Malaysia. Kerajaan juga perlu menyiasat kembali kejadian yang menimpa "Keluarga Malang" tersebut agar kematian anak mereka benar-benar terbela.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, May 4, 2009

Benarkah PAS Semakin Goyah ?????

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

Parti Islam se-Malaysia atau PAS kini dikatakan semakin goyah berhubung krisis kepimpinan yang berlaku di dalam parti yang perjuanganya berpaksikan Islam itu. Persoalanya benarkah perkara yang diwar-warkan tersebut benar-benar berlaku atau sekadar salah satu strategi PAS atau Pakatan Rakyat untuk Melekakan UMNO ataupun Barisan Nasional.

Benarkah parti itu benar-benar dilanda krisis kepimpinan dan berlakunya pertelingkahan antara puak Endorgan dan Puak Ulama yang berada di dalam PAS?

Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa PAS kini dikuasai oleh puak Endorgan dan penguasaan kepimpinan Ulama' semakin rapuh dan benarkah Anwar menjadi dalang di sebalik kecelaruan yang berlaku pada hari ini?

Penulis percaya "Soalan-soalan tersebut" bermain-main di fikiran rakyat Malaysia, baik kata PAS mahupun UMNO ataupun parti politik lain yang "berperang di atas pentas yang sama". Macam-macam andaian yang ditimbulkan namun setakat ini kita belum pasti adakah krisis tersebut benar-benar berlaku pada PAS ataupun sekadar sandiwara PAS atau Pakatan Rakyat Sahaja.

Nasihat Buat Penyokong Barisan Nasional...

Penulis menasihatkan agar penyokong-penyokong Barisan Nasional jangan leka dengan apa yang terjadi di dalam PAS pada masa kini, kita jangan mengambil kesempatan daripada kelemahan orang lain, tetapi kita mengambil ini untuk memperbaiki kekurangan yang ada pada kita.

Kadang-kadang kita tidak boleh terlalu mempercayai "apa yang kita lihat dengan mata kita, kerana tidak semestinya apa yang kita lihat sama seperti apa yang kita harap" Berhati-hatilah kerana mereka ada banyaj strategi tersendiri.

Sebaik-baiknya pada waktu ini penyokong-penyokong Barisan Nasional menggandakan usaha menambah-baikkan parti dan jangan mengharapkan "batu loncatan" untuk berjaya sudah tiba masanya kita membuat "anjakkan paradigma" untuk memacu parti Barisan Nasional ke arah kejayaan.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, April 28, 2009

Liberasi Kewangan Malaysia

Artikel kali ini bertajuk "Liberasi Kewangan Malaysia", tajuk ini sengaja penulis pilih bersesuaian dengan keadaan semasa di mana Ekonomi kita mengalami kelembapan dan pada masa ini tidak nampak lagi tanda-tanda yang menunjukkan situasi ekonomi kita akan pulih.

"Liberasi" berasal daripada kata dasar "Liberal" yang bermaksud "keterbukaan", apabila Liberasi dan Kewangan disatukan ia bermaksud "Keterbukaan Kewangan" atau dengan kata lain "Keterbukaan Ekonomi".

Kandungan Liberasi Kewangan Malaysia:

  • Lesen Baru 2009: 2 Bank Islam, 2 Bank Perdagangan Kepakaran Khusus, 2 Takaful Keluarga, 3 Bank Perdagangan bertaraf dunia (2011).
  • Had Ekuiti Pelaburan Bank Islam, Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful dinaikkan dari 49% kepada 70%. Had Ekuiti Asing Bank Perdagangan Kekal 30%.
  • Bank Perdagangan Asing dibenar buka 4 cawangan baru tahun depan dan 10 cawangan pembiayaan mikro tahun ini.
  • Mulai 1 Jun, Syarikat Induk Labuan dibenar tubuh Pejabat Operasi & Pengurusan di Kuala Lumpur.
  • Institusi perbankan luar persisir di bawah LOFSA boleh beroperasi di dalam negeri mulai 2010 dan syarikat insurans mulai 2011.
  • Pengambilan pekerja Ekspatriat lebih fleksibel.
Penulis berharap "Liberasi Kewangan" ini mampu memberikan "momentum" khas kepada senario ekonomi negara yang masih berada di paras kelembapan masa ini. Formula Liberasi Kewangan ini mungkin dapat menyumbangkan serba sedikit kepada "pemulihan ekonomi negara".


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, April 27, 2009

Ahli PAS Ortodoks VS Ahli PAS Profesional....

Hadi Awang and Anwar Ibrahim at the Bersih RallyImage via Wikipedia

Artikel penulis pada kali ini akan membincangkan tajuk "Ahli PAS Ortodoks VS Ahli PAS Professional", penulis memilih tajuk ini bersesuaian dengan keadaan semasa di mana PAS sedang mengadakan Pemilihan Agung Mereka.

Apa yang penulis dapat lihat daripada Pemilihan PAS yang sedang berlaku sekarang, berlaku "pertempuran" hebat di antara dua kumpulan besar yang berada di dalam PAS. Kumpulan yang dimaksudkan ialah Kumpulan Penyokong PAS Ortodoks dan Kumpulan Penyokong PAS Profesional.

Apa yang dimaksudkan dengan "Penyokong PAS Ortodoks" ?

Penyokong PAS "Ortodoks" gelaran yang penulis berikan kepada kumpulan penyokong PAS yang menyokong Kepimpinan Ulama' di dalam PAS diteruskan atau dengan kata lain Penyokong PAS Tradisional dan Asli.

Kumpulan ini akan berjuang bermati-matian untuk memastikan PAS terus diterajui oleh Kepimpinan Ulama' dan tidak akan sama sekali membenarkan Ahli PAS yang bersifat profesional serta materialistik di angkat menjadi pemimpin.

Apa Yang Dimaksudkan dengan "Penyokong PAS Profesional"?

Penyokong PAS profesional adalah penyokong PAS yang beraliran Profesional dan materialistik dan sentiasa cuba untuk menjatuhkan kepimpinan Ulama' di dalam PAS. Kebanyakkan Penyokong PAS beraliran Profesional berasal daripada "penyokong-penyokong Anwar Ibrahim yang menyusup masuk untuk "menghapuskan secara senyap Perjuangan Menuntut Negara Islam di dalam PAS".

Ahli PAS yang beraliran Profesional sentiasa berusaha untuk memastikan satu masa nanti ahli yang sealiran denganya akan dapat menerajui PAS sekaligus dalam masa yang sama dapat menghapuskan kepimpinan ulama' di dalam PAS.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, April 26, 2009

Nilai 1 Malaysia: Bahagian 2: Ketabahan

KETABAHAN

Kehidupan bukan semuanya mudah. Sebarang tanggapan bahawa kehidupan adalah lakaran lurus yang sentiasa mendaki tanpa penghujungnya pada saya adalah suatu salah anggapan. Seseorang itu hendaklah menerima kehidupan sebagai satu siri naik dan turun. Tetapi jika anda adalahJustify Full seorang yang percaya kepada kerja keras, sepenuhnya berdedikasi, dan jika anda tabah menghadapi segala dugaan, maka apabila anda berhadapan dengan sebarang rintangan, semestinya anda akan berupaya mengharungi rintangan yang dihadapi dan berupaya meletakkan diri anda ke pangkal jalan, anda perlu menghargai dan memahami bahawa ada masa-masanya kesukaran perlu dihadapi. Begitu jugalah Malaysia sebagai sebuah negara, kita telah berhadapan dengan berbagai krisis sebelum ini, sama ada krisis kewangan, menentang komunis atau berhadapan dengan waktu-waktu bergolak di dalam sejarah kita. Namun pada setiap keadaan kita telah berjaya mengharungi krisis tersebut dan menjadi lebih kuat sebagai sebuah negara. Tetapi semua itu telah dicapai kerana kita telah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada permasalahan tersebut. Kita telah berkerja dengan gigih dan sentiasa menghadapi rintangan dengan ketabahan dan akhirnya membuktikan bahawa para pewaham kita adalah salah.

Tentang ketabahan mengharungi perubahan peribadi

Disepanjang kehidupan saya, saya sentiasa perlu berusaha lebih daripada biasa demi membuktikan kemampuan diri kerana saya tidak mahu orang lain memandang kepada saya dan berkata "dia berada di situ kerana nama, atau nama keluarganya melonjakkannya ke situ". Benar, saya memiliki kelebihan tersebut, namun pada masa yang sama ia seakan satu bebanan kerana anda perlu sentiasa membuktikan bahawa anda wajar mendapat semua itu. Malah saya sentiasa menyedari bahawa saya perlu menunjukkan saya mampu melakukannya, dan melakukannya dengan baik. Dan dalam hal kekecewaan peribadi, rasa saya yang paling memilukan dalam ingatan adalah kekecewaan politik yang saya alami di kawasan saya sendiri pada 1999, apabila saya menang tipis dengan majoriti yang sangat kecil iaitu 241.

Pada masa itu, ramai yang berkata tidak lama lagi saya akan menjadi sejarah, dan lebih daripada itu sebahagian daripada mereka mencadangkan supaya saya bertukar kawasan. Tetapi saya kekal berpendirian teguh dan menyatakan pada diri sendiri walau apa sekali pun saya akan terus berjuang. Jika saya perlu jatuh rebah, saya akan rebah dalam perjuangan. Dan saya menyatakan pada diri sendiri saya boleh membuktikan bahawa para pewaham adalah silap dan nah, lihatlah, dalam jangka masa 4 tahun, majoriti yang kecil, majoriti tipis 241 telah dijelmakan kepada majoriti besar berjumlah 22,922 dan sebagaimana yang anda ketahui, pada Pilihan Raya Umum yang lepas saya mencapai kejayaan terbaik dari segi majoriti BN untuk sebarang kawasan pemilihan Parlimen apabila saya berjaya meraih 26,464. Itulah saiz majoriti yang saya perolehi. Tetapi saya tidak fikir mampu mendapat majoriti sebegitu besar jika tidak kerana kekecewaan pada 1999. Apabila mengalami kekecewaan tersebut, saya menyedari perlunya melakukan lebih lagi. Saya perlu menjadi lebih kreatif serta perlu membawa pendekatan yang berbeza, dan semua itu telah menghasilkan perubahan dan peningkatan tersebut, peningkatan besar yang menakjubkan.

Baca Lagi!

Saturday, April 25, 2009

Nilai 1 Malaysia Bahagian 1: Budaya Kecermelangan...

Pada artikel penulis pada kali ini bersesuaian dengan Visi Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berlandaskan Moto "One Malaysia", ia adalah satu visi baru yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Kita yang baru beberapa bulan menerajui Malaysia itu.

Pada Kali ini penulis ingin membincangkan Bahagian 1 didalam Visi "One Malaysia" yang menekankan tentang "Budaya Kecermelangan". "Budaya Kecermelangan" ini bermaksud menjadi kecermelangan, peningkatan prestasi, dan prinsip ketepatan atau dengan kata lain menjadikan kecermelangan sebagai budaya setiap Rakyat Malaysia.

Ketepatan dari segi pengukuran, dari segi menguruskan masa, dari segi jadual penyampaian, dari segi kualiti. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk yang datang dari Malaysia, setiap perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.

Patuh Ketepatan dari segi pengukuran, dari segi menguruskan masa, dari segi jadual penyampaian, dari segi kualiti. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk yang datang dari Malaysia, setiap perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.

Patuh Pada Masa

Rakyat Malaysia juga perlu mengubah cara hidup, dan menukar daripada budaya "Tidak Tepati Masa" kepada Budaya orang yang sering menghargai masa dan menganggap masa itu lebih mahal daripada emas atau logam-logam bernilai yang lain.

"Masa itu Emas" ataupun "Masa Itu Wang" hendaklah digunapakai oleh setiap rakyat Malaysia, tidak patut lagi ada rakyat Malaysia yang menganggap kehilangan masa itu sebagai kehilangan yang remeh temeh, sikap suka menangguh hendaklah dielakkan kerana budaya itu telah membuatkan kita jauh ketinggalan di belakang.

Budaya "Esok Masih Ada" hendaklah dibuang daripada diri seorang insan yang bergelar rakyat Malaysia dalam mengejar kecermelangan diri serta kecermelangan negara. Kakitangan Kerajaan juga hendaklah mempertingkatkan prestasi kerjanya dan mengurangkan "Masa Minum Kopinya" kerana kebanyakkan kakitangan kerajaan menghabiskan banyak masanya di Kedai Kopi dan ini adalah salah satu punca mengapa banyak kerja-kerja yang berkaitan dengan Kerajaan tertangguh.

Penulis berharap Rakyat Malaysia berusaha untuk merubah diri ke arah kebaikkan, mempertingkatkan prestasi dan sentiasa mengejar kecermelangan demi Agama, Bangsa dan Negara. Penulis akan menyambung artikel ini dengan Bahagian 2 di dalam Visi "One Malaysia" pada artikel penulis yang akan datang.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Baru (24 April 2009)

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...Image via Wikipedia

Kelmarin Jumaat, 24 April 2009, Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO mengumumkan perubahan di dalam Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri yang menyaksikan beliau dan timbalanya serta naibnya menjadi pengerusi di beberapa negeri.

Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempengerusikan Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, manakala Timbalanya Tan Sri Muhyidin Yassin akan mempengerusikan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Naib-naib Presiden UMNO yang dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO antaranya ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang akan mempengerusikan Badan Perhubungan UMNO Terengganu menggantikan Datuk Ahmad Said.

Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, serta Datuk Shafie Afdal dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah.

Di Kelantan pula, Datuk Mustapha Mohamed diberi kepercayaan untuk mempengerusikan Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan menggantikan Datuk Seri Annuar Musa, pada pandangan penulis pemilihan Datuk Mustapha adalah pilihan yang terbaik memandangkan beliau pernah mempunyai "Track Record" yang baik semasa beliau memegang jawatan yang sama hasilnya UMNO hampir-hampir menguasai Kelantan, namun era kegemilangan itu akhirnya jatuh semasa era Badan Perhubungan UMNO Kelantan dipengerusikan oleh Datuk Seri Annuar Musa.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin