Bilangan Pengunjung:

Saturday, January 30, 2010

Khalid Samad Digantung 6 Bulan

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia


Khalid Samad Digantung 6 Bulan
Oleh: yieMEGA

GANTUNG tak bertali mungkin itulah yang boleh kita katakan terhadap Khalid Samad yang digantung oleh Jawatankuasa Disiplin PAS. Sepertimana yang dilaporkan oleh UTUSAN ONLINE. Manakalah Dr. Hassan Ali diberi surat amaran.

Keputusan itu dibuat setelah Jawatankuasa Disiplin PAS mendapati Khalid Samad bersalah mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej parti serta mendedahkan kerahsian parti di dalam blognya.

Jawatankusa itu dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Jawatankuasa turut memutuskan bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor bersalah tetapi tiada hukuman dikenakan terhadapnya kecuali surat amaran atas tuduhan mengkritik secara terbuka pentadbiran Kerajaan Selangor.

Mereka juga berdua dilarang membuat kenyataan media yang boleh menjejaskan imej parti, walaubagaimanapun merek dibenar membuat kenyataan media yang tidak akan menjejaskan parti.

Penulis merasakan hukuman yang dikenakan terhadap Khalid Samad itu memang wajar, dan lagi wajar sekiranya Jawatankuasa Disiplin PAS turut mengambil tindakan terhadap kenyataan Khalid Samad yang seolah-olah cuba menderhakai Titah Sultan Selangor berhubung Penggunaan nama Allah oleh agama lain.

Hukuman yang terbaik bagi kesalahan ini ialah beliau dipecat dari semua jawatan di dalam Parti kerana tindakan beliau itu bukan sahaja menjejaskan imej PAS malah merosakkan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Dalam masa yang sama, penulis sedikit terkilan adakah kini pemimpin PAS sudah kebebasan bersuara, di mana kebebasan bersuara sering dilaung-laungkan oleh PAS, salahkah kalau kita menegur pentadbiran sesebuah kerajaan kalau kita rasa tindakan kerajaan itu tidak betul.

Dulu bukankan PAS pejuang kebebasan bersuara, tetapi apabila terjadi isu yang melibatkan ahli mereka sendiri, mereka cuba pula sekat kebebasan bersuara. Jadi ini menampakan sikap double standard PAS mungkin selepas ini semua pemimpin-pemimpin PAS kena fikir lapan belas kali sebelum membuat kenyataan media.

Bercakap mengenai kenyataan media yang boleh menjejaskan imej parti, Mursyidul Am PAS sendiri sudah banyak kali mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti tetapi tidak pula dikenakan tindakan, ataupun kerana TGNA ada kuasa pengampunan yang sama seperti paderi-paderi di gereja Kristian atau kerana TGNA seorang pemimpin diktaktor, autokratik dan kuku besi.

Sekiranya PAS benar-benar ingin menjaga imej parti, Jawatankuasa Disiplin PAS hendaklah mengambil tindakan terhadap Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di atas beberapa kenyataanya sebelum ini.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, January 28, 2010

Kenapa Zaid Ibrahim Begitu Bersungguh-Sungguh Menyerang Zulkefli Noordin

Kenapa Zaid Ibrahim Begitu Bersungguh-Sungguh Menyerang Zulkefli Noordin
Oleh: yieMEGA

ZAID IBRAHIM nampaknya begitu bersungguh-sungguh menyerang Zulkefli Nordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru) sehinggakan mendesak Zulkefli Nordin dikenakan tindakan tegas oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penulis begitu hairan kenapa beliau dilihat telah menyerang Zulkefli Nordin dengan ulasan-ulasan media yang sudah melampaui batas. Macam-macam cadangan berbaur emosi yang dikeluarkan oleh Zaid Ibrahim terhadap YB Zulkefli Noordin.

Kadang-kadang penulis juga merasa hairan juga dengan tindakan Zaid Ibrahim itu, kerana perbuatanya itu memperlihatkan beliau begitu bersungguh-sungguh mahukan Zulkefli Nordin dipecat PKR, pada masa yang sama Zulkefli Nordin merupakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, adakah Zaid Ibrahim berminat dengan kerusi parlimen tersebut? Kemungkinan itu ada tetapi tidak tahulah penulis adakah benar-benar Zaid Ibrahim mahukan kerusi tersebut kerana itu Allah tuhan Seru sekian Alam sahaja yang tahu.

Zaid Ibrahim, seorang bekas Menteri yang meletakkan jawatanya dan menyertai PKR tak sampai pun setahun lagi, kelihatan cuba menjadi jaguh dalam pertelingkahan Khalid Samad dengan Zulkefli Nordin.

Dengan gesaan-gesaan yang ditimbulkan oleh Zaid Ibrahim, ia seolah-oleh menampakkan seperti beliau cuba menjadikan PKR seperti parti miliknya seorang. Orang macam inilah yang merugikan PKR, inilah jadinya kalau sampah yang memang tidak boleh guna dikitar semula.

Dalam masa yang sama, Mohd Sayuti Omar (MSO) seakan-akan senada dengan Zaid Ibrahim sepertimana artikel blognya yang bertajuk "PKR Perlu Tegas Dengan Zulkefli Nordin". Tak tahulah penulis adakah MSO ini tukang kempen bagi Zaid Ibrahim, atau artikel tersebut merupakan pendapat peribadi beliau sendiri, bagi penulis hanya MSO dan Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya.

Pada pandangan penulis, tindakan Zaid Ibrahim itu langsung tidak akan membantu menyelesaikan masalah malah dia akan merumitkan masalah, seperti kita cuba memadamkan api dengan menggunakan api.

Jalan terbaik bagi PKR ialah, di samping mengenakan tindakan terhadap Zulkefli Nordin PKR juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap Zaid Ibrahim kerana beliau telah menghuru-harakan keadaan, ini masalahnya kalau kita terlalu bergantung kepada pemimpin yang bertaraf 'Recycle' Ni.

Teringat penulis dengan kata-kata seorang forumer di dalam forum MyKMU.net semasa Zaid Ibrahim menyertai PKR "Baguslah sampah Di dalam UMNO, dikutip oleh PKR". Jadi keputusan membawa masuk Zaid Ibrahim ke dalam PKR merupakan satu tindakan yang silap.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, January 27, 2010

Kenapa Terus Menyerang Zulkefli Nordin?


Kenapa Terus Menyerang Zulkefli Nordin?
Oleh: yieMEGA

SELEPAS Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu dilaporkan oleh media-media massa tanah air telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berhubung tindakan Khalid Samad yang mengeluarkan kenyataan yang berbaur mengengkari Titah Sultan Selangor.

Zulkefli Nordin merupakan ahli parlimen PKR untuk Parlimen Kulim Bandar Bharu. Beliau juga merupakan seorang blogger yang dikenali dengan nama The Riding MP. Penulis begitu hairan kenapa begitu banyak pihak di dalam Pakatan Rakyat terus menyerang Ahli Parlimen ini dengan menggunakan media-media tanah air. Adakah satu kesalahan dengan membuat laporan polis?

Kalau menjadi satu kesalahan sekiranya kita membuat laporan polis, jadi lepas ni pastikan pihak-pihak yang menyerang Zulkefli Noordin tidak akan membuat laporan polis terhadap apa jua perkara yang terjadi ke atas mereka termasuklah sekiranya rumah mereka dipecah masuk, ye lah bagi mereka kan menjadi satu kesalahan untuk membuat laporan polis, jadi mereka tak perlulah lapor kat polis.

Pada pandangan penulis, tindakan YB Zulkefli Noordin itu kena dengan tempatnya, sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak yang begitu lancang sekali mulut mereka berkata tanpa memikirkan adakah ia tidak menggangu norma-norma masyarakat.

Mengenai Khalid Samad pula, penulis berpendapat tindakan beliau adalah boleh dinyatakan sebagai tindakan Bilazim bagi seseorang Ahli Parlimen, tetapi apa yang penulis lihat kebanyakkan pemimpin Pakatan Pembangkang seolah-olah membela Khalid Samad dan meletakkan kesalahan terhadap YB Zulkefli Noordin.

Sebelum ini, MSO di dalam blognya Merah Tinta MSO yang dikatakan sebuah blog yang Pro Kebenaran pun turut 'menyerang' Zulkefli Noordin, mungkin selepas ini sesiapa yang nak jadi ahli PKR jangan sesekali 'menegur' Anwar Ibrahim kerana beliau 'pantang ditegur' nanti dia melenting dan mengeluarkan perkataan "Cross The Line". Walaubagaimanapun, artikel yang menyerang Zulkefli Nordin di dalam blog berkenaan tiba-tiba hilang, mungkin juga MSO takutkan sesuatu.

Dalam pada itu, penulis ingin menuntut agar semua pihak tidak kiralah mana-mana pihak cukuplah menyerang Zulkefli Nordin kerana daripada menyerang Zulkefli Nordin adalah lebih baik kita menyerang Khalid Samad kerana tindakan beliau sememangnya melampaui batas.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, January 26, 2010

Tindakan Undang-Undang Terhadap Blogger Biadap Wajar...


Tindakan Undang-Undang Terhadap Blogger Biadap Wajar...
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan tindakan seorang blogger yang begitu lancang sekali mengeluarkan artikel yang berupa menghina Almarhum Sultan Johor iaitu Almarhum Sultan Iskandar.

Tindakan blogger berkenaan mengundang kemarahan rakyat Malaysia terutamanya rakyat Johor, di mana hati mereka terhiris dengan perbuatan kurang bermoral dan beretika blogger berkenaan. Menyebabkan ada yang tampil membuat laporan polis terhadap blogger berkenaan.

Blogger berkenaan yang menggunakan nama AdukaTaruna di mana blognya boleh dilawati di http://adukataruna.blogspot.com/. Bagaimanapun blogger berkenaan telah memadam atau membuang artikel yang merujuk kepada penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor tersebut.

Sementara itu, Blogger MSO melalui blognya Merah Tinta MSO juga turut menyokong tindakan keras terhadap blogger yang kurang ajar sepertimana artikel beliau yang bertajuk "Kenakan tindakan keras terhadap Bloger yang kurang ajar".

Penulis pula berpendapat tindakan keras terhadap blogger berkenaan memang wajar memandangkan ia telah menghina almarhum Sultan Iskandar dan didalamnya ada beberapa kesalahan, pertama unsur penderhakaan terhadap Sultan Johor, kedua memburukkan almarhum, di mana almarhum di sini bermaksud telah meninggal dunia.

Penulis juga berharap selepas ini, sekiranya tuan punya blog ini menyerah diri kepada Polis jangan pula hukuman terhadap blogger berkenaan dikurangkan kerana menyerah diri, penulis percaya rakyat Johor pasti akan berang apabila pesalah berkenaan menjalani hukuman yang lebih ringan daripada sepatutnya.

Pengajaran yang kita perolehi dalam peristiwa ini ialah "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibatnya". Tak kiralah di bawah lambang mana pun anda bernaung tapi jangan sesekali menghina raja-raja Melayu.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, January 23, 2010

الفاتحة كڤد المرحوم سلطان جوهر

الفاتحة كڤد المرحوم سلطان جوهر
اوليه: ييايميڬ
سمالم 22 جانواري 2010 اوتوسن اونلاين ملاڤوركن "كماڠكتن سلطان جوهر". ڤنوليس مڽرو سموا رعيت جلتا برسام-سام منصدقهكن باچان سوره الفاتحة كڤد المرحوم بڬيندا سلطان جوهر.

سلطان إسكندر ابن المرحوم سلطان اسماعيل دماسوقكن ك هوسڤيتل ڤاكر ڤوتري، جوهر بهارو، جوهر كران دكاتاكن ڬريڠ ڤد جم 5 ڤتڠ ڤركارا اين دعمومكن اوليه يڠ دڤرتوا جومه مجليس دراج جوهر، تونكو عثمان تونكو تماڠڬوڠ احمد ڤد ڤوكول 5 ڤتڠ.

المرحوم بڬيندا منيڠڬلكن سلطانه زانريه سرتا سڤولوه اورڠ ڤوترا دان ڤوتري. المرحوم مروڤاكن ڤوترا كتيڬ المرحوم سلطان اسماعيل ابن سلطان إبراهيم دان چيچيندا كڤد باڤ جوهر مودن، المرحوم سلطان ابو بكر.

سلاين سباڬاي سلطان جوهر، بڬيندا جوڬ مروڤاكن كولونيل يڠ دڤرتوا، ريجيمن ڤرخدمتن خاص مليسيا ﴿كومندو﴾. بڬيندا جوڬ ڬيمر مماكاي ڤاكاين سراڬم تنترا د كبڽقكن مجليس يڠ دحاضيريڽ كران مينت بڬيندا يڠ بڬيتو مندالم دالم بيدڠ كتنترأن.

Baca Lagi!

Al-Fatihah Kepada Almarhum Sultan Johor


Al-Fatihah Kepada Almarhum Sultan Johor
Oleh: yieMEGA

Semalam 22 Januari 2010 Utusan Online Melaporkan "Kemangkatan Sultan Johor". Penulis menyeru semua rakyat jelata bersama-sama mensedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Almarhum Baginda Sultan Johor.

Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bharu, Johor kerana dikatakan gering pada jam 5 Petang perkara ini diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta sepuluh orang putera dan puteri. Almarhum merupakan Putera ketiga Almarhum Sultan Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Selain sebagai Sultan Johor, baginda juga merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando). Baginda juga gemar memakai pakaian seragam tentera di kebanyakkan majlis yang dihadirinya kerana minat baginda yang begitu mendalam dalam bidang ketenteraan.

Baginda juga merupakan Sultan Johor keempat di dalam sejarah Johor Moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran di Australia dan United Kingdom.

Kemangkatan beliau merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja bagi rakyat negeri Johor malah ia turut melibatkan rakyat Malaysia. Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Baginda agar roh Almarhum Baginda dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Al-Fatihah.....


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, January 22, 2010

Sang Kelembai Di Lantik Pegawai Perdana Menteri?


Sang Kelembai Di Lantik Pegawai Perdana Menteri?
Oleh: yieMEGA

SANG KELEMBAI pasti pembaca masih ingat dengan Sang Kelembai bukan? Seorang blogawan yang tidak kurang terkenalnya, malah istilah 'Kerajaan Anak Beranak' pun berasal dari blogawan Sang Kelembai seorang blogawan yang begitu lantang mengkritik pentadbiran Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penulis kagum dengan Sang Kelembai kerana tindakan berani beliau itu juga telah menjadikan beliau seorang blogger yang berani menentang menteri mahupun Perdana Menteri yang dikatakan lemah, penulis tahu tujuan Sang Kelembai tidak lain selain untuk memberikan yang terbaik buat rakyat Malaysia dan bukan sengaja menentang.

Hendak dijadikan cerita pagi tadi, penulis sempat membaca blog MSO iaitu Merah Tinta MSO, MSO memberitahu bahawa beliau mendapat maklumat yang Sang Kelembai telah dilantik menjadi Pegawai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Artikel tersebut bertajuk "Sang Kelembai Jadi Pegawai Perdana Menteri".

Sekiranya khabar ini benar, penulis bersetuju 100% dengan perlantikkanya sebagai Pegawai Perdana Menteri, sekurang-kurangnya blogawan hebat seperti Sang Kelembai ini boleh juga memberikan idea-idea bernas kepada Perdana Menteri sekaligus mengangkat martabat para blogawan tanah air.

Penulis juga bersetuju sekiranya PM mahu melantik MSO sebagai Pegawai Khas beliau sekurang-kurangya pandangan MSO itu turut boleh digunakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri untuk merealisasikan hasrat 1Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Dalam masa yang sama, penulis ingin mencadangkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak agar memberikan ruang dan peluang kepada blogawan lain menjawat jawatan yang berkaitan dengan politik seperti calon pilihan raya dan sebagainya.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin