Bilangan Pengunjung:

Thursday, May 22, 2008

Siapa dalangnya di sebalik ugutan bunuh Karpal Singh

Semalam ada satu kenyataan akhbar yang dibuat bersama UMNO-DAP-PKR yang mengutuk ugutan bunuh yang diberikan kepada Karpal Singh. Melihat keadaan ini nampaknya mereka semuanya sepakat mengutuk ugutan yang diberikan kepada Peguam Belit Karpal Singh penulis sendiri tidak setuju dengan tindakan sesiapa sahaja yang membuat ugutan bunuh kepada Karpal Singh kerana ia akan mencemarkan sistem demokrasi negara dan ianya bukanya budaya timur ia sebaliknya adalah budaya barat. Memang kalau diikutkan marah memanglah penulis sangat marah kepada Peguam Belit Karpal Singh ini tetapi tidaklah sampai kepada untuk membunuhnya kerana Islam tidak disebarkan melalui mata pedang sebaliknya lebih kepada dakwah.

Persoalan yang penulis ingin timbulkan di sini ialah kenapa tiada wakil daripada PAS yang membuat sidang media bersama ini? Kalau kita tengok kita ada wakil daripada UMNO, kita ada wakil daripada PKR, kita ada wakil daripada DAP sendiri tetapi ke manakah pula wakil daripada PAS? Adakah ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik ketiadaan wakil PAS di dalam sedia media ini? Adakah ada ahli PAS yang terlibat di dalam ugutan kepada Karpal Singh ini? Kita tahu sebelum ini ada forumer PAS telah membuat ugutan bunuh kepada Karpal Singh dan mungkinkan orang yang sama melakukan perkara yang sama?

Persoalan itu hanya PAS yang ada jawapanya penulis tidak tahu apa jawapan kepada persoalan itu tetapi penulis tetap yakin setiap apa yang terjadi sudah tentu ada hikmahnya dan juga Allah tuhan seru sekian Alam maha mengetahui. Penulis berharap siapa yang membuat ugutan kepada Karpal Singh didakwa secepat mungkin bukan bermakna penulis menyokong Karpal Singh tetapi penulis berpegang kepada undang-undang tetap undang-undang kerana jika terus dibiarkan orang ramai akan terus membuat spekulasi.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin