Bilangan Pengunjung:

Saturday, December 7, 2013

Beri Ruang Ustaz Kazim Berdakwah

Beri Ruang Ustaz Kazim Berdakwah
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya semua sudah maklum dengan pengumuman yang telah dibuat oleh seorang Pendakwah Bebas tanah air kita yakni Ustaz Kazim Elias. Mungkin ada juga yang tidak mengambil pusing hal politik tidak mengetahui mengenai perkara ini, mungkin inilah masa sesuai untuk memberitahu mereka mengenai pengumuman yang telah dibuat oleh Ustaz Kazim berkenaan perlantikkan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, di mana beliau telah menyatakan pendirianya berhubung pelantikan tersebut. Beliau telah menolak perlantikan tersebut atas alasan dibimbangi jawatan tersebut akan menganggu tugasnya sebagai pendakwah bebas dan beliau memilih untuk terus kekal sebagai pendakwah bebas. 

Biarpun apa jua keputusan yang dibuat oleh Ustaz Kazim penulis memohon orang ramai di luar sana menerimanya dengan hati terbuka. Bagi penulis keputusan yang dibuat oleh Ustaz Kazim merupakan 'hak mutlak' beliau jadi janganlah ada insan-insan di luar sana mempertikaiakan keputusan yang telah dibuat oleh Ustaz Kazim. 

Mungkin juga benar juga kata Ustaz Kazim sekiranya beliau menerima perlantikan tersebut dibimbangi ia akan menganggu kerja-kerja dakwah beliau. Perlantikkan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO juga mungkin akan menambahkan kesibukkan beliau tambahan pula beliau terpaksa mengimbangi kerja-kerja politik dengan kerja-kerja dakwah beliau. 

Penulis percaya Ustaz Kazim telah membuat satu keputusan yang tepat kerana beliau tidak mahu kerja-kerja dakwah beliau terpaksa dikorbankan demi memenuhi tuntutan tugas sebagai ahli politik. Sememangnya pendakwah bebas yang benar-benar bebas seperti beliau masih diperlukan di negara kita ini. 

Bagi mereka-mereka yang mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Ustaz Kazim, hendaklah memikirkanya secara mendalam, paling penting apa hak kita untuk menentukan hala tuju kehidupan orang lain. Ingatlah hala tuju kehidupan adalah hak mutlak dan begitu peribadi bagi seseorang itu. 

Bagi mereka yang tidak mahukan Ustaz Kazim menyertai politik mungkin ini satu berita baik buat mereka. Sekurang-kurangya Ustaz Kazim tidak menyertai atau menukar karier daripada seorang pendakwah bebas kepada Ahli Politik dan mungkin juga kekotoran politik sedikit akan terpalit kat batang tubuh Ustaz Kazim sekiranya beliau menyertai politik.

Oleh yang demikian, berilah ruang seluas-luasnya buat Ustaz Kazim untuk beliau melipatgandakan kerja-kerja dakwah yang dijalankan beliau selama ini. Penulis doakan agar perjuangan dakwah Ustaz Kazim terus berpanjangan hingga ke akhir hayat beliau.  

No comments:

Blog Widget by LinkWithin