Bilangan Pengunjung:

Thursday, June 8, 2017

TEMPOH RAYUAN BRIM PERLU DILANJUTKAN

TEMPOH RAYUAN BRIM PERLU DILANJUTKAN
Oleh: yieMEGA

BANTUAN Rakyat 1 Malaysia sudah banyak tahun digunakan sebagai mekanisme membantu rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam merealisasikan misi 1Malaysia rakyat di dahulukan, pencapaiaan diutamakan. Bantuan ini sudah banyak membantu rakyat terutamanya sewaktu kita hampir menyambut Aidilfitri.

Umum sudah mengetahui bahawa pembayaran BRIM untuk kali kedua bagi tahun ini sudah dibuat pada 5 Jun yang lalu. Namun, sedar atau tidak ada insan-insan yang terlepas untuk mendapat pembayaran BRIM untuk kali kedua.

Ini berlaku kerana berlaku salah faham tentang adakah mereka perlu membuat rayuan ke tak. Kebanyakkan berlaku pada warga emas, mereka fikir tidak perlu membuat rayuan ini adalah kerana pada mulanya permohonan BRIM mereka tidak lulus dan kemudian lulus. Ini menyebabkan mereka fikir mereka tak perlu lagi membuat rayuan atau menghantar dokumen-dokumen seperti dituntut.

Penulis ingin melahirkan rasa kasihan kepada mereka-mereka yang tidak dapat pembayaran BRIM untuk kali kedua tahun ini kerana salah faham yang berlaku terutamanya kepada warga-warga emas yang berseorangan di tempat mereka. Penulis merasakan mereka patut diberi peluang lagi kerana kita tidak boleh menafikan hak mereka.


Penulis menyeru mereka-mereka yang bersetuju dengan pandangan penulis ini bolehlah memberi sokongan dengan meninggalkan komen di dalam artikel ini. Dalam pada itu, penulis ingin memohon jasa baik perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan keadaan ini demi memastikan kesejahteraan rakyat selain itu ia membuktikan ia benar-benar seorang pemimpin yang berjiwa rakyat yang faham tentang denyut nadi rakyat.

Penulis pasti kerajaan tidak boleh menafikan hak mereka yang patut dapat, oleh yang demikian kerajaan perlu beri peluang kepada mereka sekali lagi, kasihanilah mereka perlukan duit untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin