Bilangan Pengunjung:

Thursday, June 5, 2008

Adakah Sistem Subsidi Baru Minyak Benar-benar Meringankan Beban Rakyat?

Kelmarin Kerajaan Pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikkan harga minyak yang paling tinggi dalam sejarah negara dan menjadikan rekod baru telah dicipta lagi oleh Datuk Seri yang sudah tiada seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menjadikan harga petrol sekarang bernilai RM 2.70 satu liter di mana harga petrol sebelum ini ialah RM 1.92 bagi satu liter.

Datuk Seri yang sudah tiada seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan satu sistem subsidi baru bagi minyak Petrol dan Diesel. Penulis merasakan tentu orang ramai masih ingat tentang siapa yang mula mencadangkan sistem subsidi bentuk baru yang mula dilaksanakan pada tahun ini. Sebenarnya kalau tak silap penulis semasa Perhimpunan Agung UMNO yang lalu idea ini diketengahkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO yang kini sudah bergelar Ahli Parlimen Rembau dan merangkap Menantu Perdana Menteri iaitu Khairy Jamaluddin Al-undi Posi nampaknya impian Khairy Jamaluddin nampaknya sudah menjadi realiti, beliaulah antara menjadi dalang pembebasan Anwar melalui Perjanjian Passport dan juga kemasukkan Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO ataupun sekarang ini lebih dikenali sebagai PAHA (Parti Abdullah Haji Ahmad).

Mengikut sistem subsidi baru ini, rakyat akan mendapat bayaran subsidi tahunan sebanyak RM150 setahun bagi Motosikal yang berkuasa 250cc ke bawah dan RM625 setahun bagi pengguna Kereta. Penulis ingin mulakan dengan subsidi tahunan yang diberikan kepada penunggang motosikal terlebih dahulu yang bernilai RM150 setahun. Mengikut pengiraan yang penulis buat berdasarkan subsidi tahunan yang bernilai RM150 ini bermakna penunggang motosikal hanya menikmati subsidi sebanyak RM 0.46 sehari dan penulis juga membuat pengiraan berdasarkan subsidi tahunan yang diberikan sebanyak RM 629 setahun ini bermakna pengguna kereta hanya mendapat subsidi sebanyak RM 1.73 sen sehari.

Daripada pengiraan yang penulis buat, memang jelas sekali sistem subsidi baru minyak ini langsung tidak meringankan beban kepada pengguna khasnya rakyat terutamanya rakyat yang memegang sepanduk "Kami Sayang Pak Lah" "Hidup Pak Lah" itu.

Pak Lah Mendapat Anugerah

Datuk Seri sudah tiada seri Abdullah Ahmad Badawi dianugerahkan dua gelaran baru sempena sambutan Kenaikkan harga minyak yang bermula malam semalam. Anugerah pertama yang membawa gelaran sebagai Bapa Kenaikkan Harga berdasarkan kejayaan beliau menaikkan harga dengan terlampau. Anugerah kedua pula yang diterima oleh Datuk Seri Sudah Tiada Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membawa gelaran Perdana Menteri Terlampau berdasarkan kejayaan beliau menaikkan harga yang sering tinggi di dalam sejarah lima Perdana Menteri Malaysia.

"Kerana mulut badan minasa" itulah yang boleh digambarkan sekarang atau lebih tepat lagi "Kerana Mulut Pak Lah, Badan Rakyat Binasa" inilah akibatnya apabila beliau mengambil tindakan yang diistilahkan oleh beliau tindakan tidak popular ini walaupun istilah ini sudah kerap beliau gunakan tertutamanya semasa membatalkan Projek Jambatan Indah. Itulah kerana pengumuman mulut Pak Lah yang berbau busuk itu rakyat terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan minyak semalam. Orang minta undur dia degil tetap nak terus juga.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin