Artikel kali ini penulis ingin lupakan sedikit perkara yang berkait politik, kali ini penulis ingin bercerita tentang Peraduan 100 Hari 100 Kereta yang dianjurkan gergasi Telekomunikasi Mudah Alih Negara iaitu Celcom. Sebagai seorang yang beragama Islam penulis merasa bertanggungjawab untuk sama-sama memberi pendapat berhubung isu peraduan ini yang hangat diperkatakan di media-media masa sejak akhir-akhir ini.
Sebelum ini Mufti Kerajaan Negeri Perlis Sahibul Samahah Dr. Mohd Asri telah menegaskan bahawa peraduan yang dianjurkan oleh Celcom ini haram!. Pandangan yang dikemukan oleh Dr. Mohd Asri sememangnya boleh diterima kerana beliau begitu arif di dalam bidang agama. Penulis juga ingin mempersoalkan kenapa Ketua Pegawai Eksekutif Celcom masih mahu 'menegakkan benang yang basah' , penulis percaya umum mengenali Dr. Mohd Asri yang merupakan Mufti yang sedikit liberal berbanding mufti-mufti lain jadi sebagai seorang Islam sepatutnya Ketua Pegawai Eksekutif Celcom berbincang terlebih dahulu dengan Mufti sebelum mengambil keputusan untuk mengadakan apa sahaja jenis Peraduan. Mufti adalah Ulama' jadi pandangan Mufti hendaklah diterima seadanya tidak perlu mempertahankan tindakan Celcom dengan menggunakan media masa.
Penulis juga ingin memberi pandangan penulis sendiri peraduan ini, penulis berpendapat peraduan ini ada unsur perjudian dan boleh menarik minat golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli kereta untuk menyertainya sedangkan mereka terpaksa korbankan RM5 untuk satu penyertaan. Di dalam kos sara hidup Malaysia yang melampau kini akan dikhuatiri akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah akan menjadi papa kedana kerana terpengaruh dengan peraduan yang menjanjikan habuan yang lumayan ini. "Yang Kaya Makin Kaya, Yang Miskin Makin Papa" samalah juga dengan konsep peraduan ini "Yang kaya sudah tentunya ada peluang lebih untuk menang manakala yang miskin pula sanggup bergolok-bergadai semata-mata nak dapatkan hadiah yang dikatakan lumayan ini.
Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengesyorkan supaya pihak Celcom menghentikan peraduan ini serta merta ataupun pada masa akan datang jangan lagi menganjurkan peraduan seumpama ini, jika Celcom benar-benar dan ikhlas ingin membuat peraduan yang bakal mengguntungkan pelanggan mereka buatlah satu peraduan yang tidak memerlukan pelangganya mengeluarkan bayaran.
Peraduan SMS kini sudah menjadi trend baru di Malaysia, kita lihat di kaca-kaca tv semuanya dipenuhi dengan peraduan SMS seumpama peraduan anjuran Celcom ini. Adalah tidak adil sekiranya penulis hanya mengesyorkan Celcom menghentikan peraduan ini tanpa mengesyorkan pengajur-pengajur lain terutamanya stesyen-stesyen tv negara untuk turut sama menghentikan program peraduan yang bercorak sms yang boleh disifatkan sebagai "untung sabut timbul, untung batu tenggelam" ini.
Akhir kalam, semoga selepas ini tiada lagi yang mengambil pendekatan yang langsung tidak hormat kepada Mufti selaku Pakar Agama kerana Mufti merupakan pembimbing kita ke jalan yang benar. Hormatilah Mufti.

No comments:
Post a Comment