Bilangan Pengunjung:

Saturday, June 21, 2008

Hussam Musa Ajak Ahli Parlimen UMNO Sertai PAS

Naib Presiden PAS yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Datuk Paduka Hussam Musa mengajak ahli Parlimen UMNO menyertai PAS sekiranya bimbang nasib Melayu tidak terbela. Mungkin tawaran ini boleh membuat ahli parlimen UMNO akan tertarik tetapi setiap benda ada pro dan kontranya.

Jika tawaran Datuk Paduka Hussam Musa diterima oleh ahli Parlimen UMNO dan beramai-ramai menyertai PAS, dan perkara ini menjadi realiti sudah tentunya ia memberi keuntungan bukan sahaja kepada Melayu malah kepada PAS sendiri.

Secara matematik mudah sekiranya ahli Parlimen UMNO menyertai PAS secara automatiknya PAS merupakan parti yang mempunyai bilangan ahli parlimen yang tertinggi di dalam Pakatan Rakyat dan sekaligus akan membuatkan PAS layak untuk menerajui Pakatan Rakyat dan sekaligus menidakkan impian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri dan impian PAS untuk menerajui Pakatan Rakyat akan menjadi realiti.

Manakala kontranya ialah UMNO hanya akan tinggal sejarah dan tidak lagi wujud pada masa akan datang. Bagi penulis UMNO hendaklah dikekalkan tak perlu dibubarkan kerana ianya bernilai sejarah yang amat tinggi sepertimana jasa-jasa ahli-ahli UMNO yang terdahulu yang berjuang mendapatkan kemerdekaan negara. Sesungguhnya sejarah tetap sejarah dan jangan ubahlah sejarah.

Namun, terpulang kepada ahli Parlimen UMNO untuk membuat keputusan dan sekiranya ahli Parlimen UMNO bersetuju bermakna berita ini bakal mengembirakan PAS dan bakal mengecewakan Parti Keadilan Rakyat dan juga DAP.

2 comments:

Anonymous said...

Husam Musa adalah pemimpin generasi baru PAS yang sudah hilang arah. Tak ada pendirian. Pakatan rakyat ingat senang2 sajakah nak lompat2 parti? Tidak fikirkah perasaan pengundi?

Kepada penulis,
Tahniah, sudah ada domain sendiri. Moga perjuangan akan lebih bermotivasi demi kesenangan generasi melayu baru. Insyallah..

Akar Umbi said...

Sertai yang bagaimana dimaksudkan? Lompat ke dalam PAS, atau sekadar bersama dalam whip?

Atau sebenarnya untuk menutup kelemahan PAS yang juga menghadapi krisis akar umbi seperti UMNO.

Sesiapa pun tidak kira ahli UMNO mahu pun PAS akan terguris bila agama dan bangsanya disindir dan diperlekehkan.

Blog Widget by LinkWithin