Bilangan Pengunjung:

Monday, June 23, 2008

Mufti Perlis Nafi Sertai PKR

Mufti Kerajaan Negeri Perlis S.S Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menafikan khabar angin yang menyatakan beliau akan sertai Parti Keadilan Rakyat yang juga merupakan parti tunggak Pakatan Rakyat. Kenyataan beliau disiarkan oleh muka depan Sinar Harian Edisi Kelantan hari ini Isnin 23 Jun 2008.

Kemungkinan khabar angin yang menyatakan Dr. Mohd Asri ingin sertai PKR adalah kerana secara kebetulan beliau menjadi ahli panel di dalam Wacana 100 hari kemenangan Pakatan Rakyat yang diadakan di Pusat Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan beberapa hari yang lalu. Namun Dr. Asri mengatakan bahawa beliau sudi menjadi ahli panel di majlis wacana tersebut kerana ingin berdakwah dan tidak menyertai politik kerana dia bukanya ahli politik. Tambahnya lagi "saya lebih suka dengan keadaan sekarang yang bebas daripada mana-mana pengaruh politik".

Persoalan yang mungkin timbul di kalangan orang ramai siapa yang mencetuskan khabar angin yang mengatakan Dr. Mohd Asri akan menyertai Pakatan Rakyat atau Parti Keadilan Rakyat itu. Penulis ingin menyenaraikan beberapa kategori orang yang boleh dikatakan mencipta khabar angin tersebut. Pertama sekali ialah golongan manusia yang menjadi ahli kepada Pakatan Rakyat atau Parti Keadilan Rakyat itu sendiri. Mungkin mereka berbuat begitu untuk menunjukkan bahawa parti yang dianggotai oleh mereka semakin kuat namun sebenarnya ianya hanyalah persepsi dan ilusi semata-mata.

Sementara itu, golongan kedua yang mungkin membuat khabar angin ini ialah datangnya daripada golongan manusia yang bukan daripada Pakatan Rakyat dan juga Parti Keadilan Rakyat malah perjuangan mereka tidak sehaluan dengan parti-parti yang disebutkan ini. Mungkin juga mereka selalunya membuat rumusan yang agak mudah tentang seseorang contohnya sekiranya si A pergi ke majlis Pakatan Rakyat maka mereka mengandaikan Si A itu telah menjadi anggota Pakatan Rakyat. Walhal sebenarnya mereka hanya membenarkan persepsi menguasai fikiran mereka sedangkan persepsi tidak smemestinya betul.

Akhir kalam, khabar angin akhirnya terjawab apabila tuan punya badan sendiri sudah menafikanya secara terang-terangan, dan juga tinjauan penulis ke laman Web Dr. Mohd Asri juga memuatkan penafian Dr. Mohd Asri jadi usahlah selepas ini ada khabar angin yang timbul mengenai Dr. Mohd Asri, Hormatilah Mufti kerana Mufti merupakan seorang Ulama'.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin