Bilangan Pengunjung:

Tuesday, June 24, 2008

Ahmad Said Minta Jangan Caci Kerajaan

Sinar Harian edisi Terengganu hari ini (Selasa 24 Jun 2008) menyiarkan kenyataan Menteri Besar Terengganu yang baru menaiki takhta yang meminta agar Jangan caci kerajaan sekiranya tidak mendapat bantuan. Tambahnya lagi "kerajaan mengagihkan bantuan tanpa mengira fahaman politik, jadi tidak timbul isu bahawa kerajaan memilih 'bulu' di dalam pengagihan bantuan kepada rakyat"

Daripada kennyataan Datuk Ahmad Said Menteri Besar Terengganu ini penulis mendapati jelas sekali 'kenyataan ini umpama kenyataan budak tadika' Penulis tidak nafikan mungkin benar kerajaan tidak mengagihkan bantuan berdasarkan fahaman politik tetapi perlu ingat siapa yang ada kuasa di dalam pengagihan bantuan Kerajaan kepada rakyat sudah tentunya Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) daripada maklumbalas yang penulis terima rata-rata Pengerusi JKKK di Terengganu 'memilih bulu' di dalam pembahagian bantuan kepada rakyat. Bukan sahaja mereka memilih berdasarkan fahaman politik, mereka juga turut memilih berdasarkan pertalian darah keluarga.

Dakwaan ini sememangnya berasas beberapa hari yang lalu juga Besut Lonih.com telah menyiarkan rungutan seorang rakyat yang merasa dia terpinggir kerana di diskriminasi oleh Pengerusi JKKK kawasan kampung beliau. Sebenarnya ini hanyalah salah satu dari diskriminasi yang dilakukan oleh Pengerusi JKKK, malah mungkin banyak lagi kes diskriminasi oleh Pengerusi JKKK tetapi tidak dilaporkan oleh rakyat.

Penulis tidak mencaci kerajaan tetapi mencaci pemimpin termasuklah Ahmad Said kerana beliau tidak kata "Jangan Caci Pemimpin" tetapi beliau berkata "Jangan Caci Kerajaan" Ahmad Said bukanlah Kerajaan tetapi Kerajaan ialah Terengganu.

Penulis 'mencaci pemimpin' bukanlah kerana apa kerana penulis sayangkan kerajaan seperti kata pepatah "Sayang anak tangan-tangankan". Ahmad Said perlu membuat reformasi ke atas semua Pengerusi JKKK di negeri Terengganu agar ia benar-benar menjadi duta kepada kerajaan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin