Hari ini penulis ada membaca Sinar Harian Edisi Kelantan, di muka depan akhbar yang bersifat neutral itu memaparkan gambar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Jemputan yang dibuat oleh TG Nik Aziz itu berlandaskan kerana "SAPP telah memilih jalan ke arah pembangkang" mungkin pandangan Tuan Guru ini boleh menarik minat SAPP untuk menyertai Pakatan Rakyat atau maksudnya "Pakatan bermaksud jahat ini".
Walaubagaimanapun sebelum ini, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee menegaskan bahawa beliau tidak berminat mana-mana parti politik dari semenanjung melainkan dari Sabah. Adakah kemungkinan SAPP berkerjasama dengan Parti Pasok yang juga merupakan salah satu anggota Pakatan Rakyat? Ya benar politik itu sejuta kemungkinan.
Namun, buat masa ini penulis merasakan SAPP lebih gemar menjadi Parti Bebas tetapi sukar juga untuk meramalkan adakah SAPP akan menjadi Parti Bebas untuk selamanya? Kemungkinan besar tidak. Tapi apa yang penulis mampu tegaskan di sini SAPP tentu akan berbuat sesuatu tambahan pula parti itu dikutuk oleh Barisan Nasional sebuah parti naungan yang SAPP di bawah naunganya.
Kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Wira Mohd Ali Rustam di dalam blognya yang mencadangkan SAPP dipecat darpada BN mungkin akan menambahkan lagi kekeruhan air yang sudah sedia keruh. Sepatutnya Mohd Ali Rustam perlu berfikir sebelum membuat sebarang kenyataan.
Penulis juga dapat merasakan tidak mustahil suatu masa nanti SAPP akan meninggalkan Barisan Nasional dan juga akan diekori oleh parti-parti komponen BN yang lain di Sabah. Mungkin juga menjadi anggota Pakatan Rakyat. Walaubagaimanapun Semalam adalah sejarah, hari ini adalah hadiah, dan esok masih misteri. Sama-samalah kita menunggu kesudahanya.

No comments:
Post a Comment