Bilangan Pengunjung:

Thursday, June 5, 2008

Filem Terbaru UMNO

Abdillah Baei adalah merupakan episod hitam dalam filem Melayu berjudul UNMO. Watak ini digambarkan sebagai suka bersuka ria, melebihkan kawan dan sanak saudara, tidak menghormati malahan menghina dan memperkecilkan keunggulan bekas Bossnya.
Beliau juga berwatakkan musang berbulu ayam( apabila membebaskan Ane Brahman dari Penjara), katak dibawah tempurung (apabila tidak bijak berhujah apabila di wawancara oleh Media Tempatan dan Antarabangsa), kacang lupakan kulit (mengenepikan Tun Dr Det), api dalam sekam (menubuhkan pasukan baru dalam UMNO spt Moses, Shahriri, Zaid Dewani etc) dan tidak mahu mengukur baju di badan sendiri (kalah 5 negeri PRU12).


Hobinya pula ialah suka menyalahkan orang lain, mengambil nama sekiranya sesuatu itu berjaya dan berpura tidak tahu dan tidak terlibat sekiranya ada sesuatu yang tidak kena.

Kemarahannya tidak ditunjukkan tetapi hatinya terbakar ibarat seperti kebakaran hutan di California. Matanya diselubungi jerebu dan telinganya tertutup dek bisikan bisikan syahdu.

Watak utama ini juga berjaya memainkan peranan sebagai Imam di Masjid masjid, jadi khatib yang membaca khutbah dan pengakhirannya memperkenalkan konsep Islam HadHadhari sesuatu yang diharamkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini.

Semasa pemerintahannya ada unsur unsur komedi seperti pembodek pembodek disekelilingnya dan unsur sedih seperti kematian isterinya. Walaupun demikian klimak cerita ini adalah dipenghujung apabila penonton akan tertanya tanya kenapa Abdillah Baei tidak mahu meletakkan jawatan walaupun telah membuat janji akan berbuat demikian dalam masa yang terdekat.

Filem ini bermula dengan babak 1 dan tamat pada babak 7 :-

1. Selepas perlantikan Abdillah Bawei sebagai PM, tiada dasar baru, tiada
projek baru dan tiada wang baru. Abdillah dilihat pada tahun
pertamanya sebagai PM berseronok dengan jawatan itu. Pada tahun
kedua, susah hati dengan penyakit kanser yang dihidapi isterinya dan
berakhiran dengan kematian isteri beliau. Pada tahun ketiga
Abdillah Bawei dilihat berseronok dengan isteri yang baru. Tiga tahun
pemerintahan Abdillah Bawei tidak memberikan apa apa positif impak
kepada pembangunan Negara.

2. Abdillah Bawei tidak boleh menerima kritikan. Dia mengambil
tindakan membalas kritikan dengan membuat lebih banyak
kesalahan. Antara kesilapan ketara Abdillah Bawei ialah menderhakai
tangan yang memberikan beliau berada didalam kedudukannya
sekarang.

3. Abdillah Bawei tahu dan sedar kritikan yang disampaikan adalah
benar.
Beliau tidak berupaya menangkisnya berseorangan. Maka lahirlah
pasukan baru di dalam UMNO. Pasukan ini lebih berkuasa dari Ahli
MKT keseluruhannya.

4. Rakyat menyedari kesilapan Abdillah. Berbagai platform digunakan
untuk menyatakan kritikan. UMNO masih juga menutup mata dan
telinga. Malahan Presidennya mencabar rakyat menggunakan kuasa
mereka pada pilihanraya nanti.

5. PRU 12 - Negeri Pulau Pinang negeri dimana Abdillah berasal dan
menjadi Pengerusi UMNO antara negeri terawal jatuh ketangan DAP.
Cabaran Abdillah kepada rakyat telah disahut. Hukuman telah
dijatuhkan. Abdillah Bawei kalah dengan kiraan knock out.

6. Abdillah Bawei masih mahu menjadi PM. Kemenangan di negeri
Sabah/Sarawak serta Johor memanjangkan nafasnya. Segera
Abdillah Bawei menyalalahkan semua orang.

7. Abdillah Bawei terus terusan bertahan sebagai PM. Masa yang ada
digunakan untuk terus memusnahkan sesiapa yang menghalang.
Beliau sudah bersultan di mata dan beraja dihati. Kehancuran UNMO
tidak dapat di tahan lagi.

dipetik dari:

http://www.mykmu.net

No comments:

Blog Widget by LinkWithin