Penulis tertarik untuk mengulas Tataetika Baru Ahli UMNO 2008. Penulis tidak menolak bahawa hidup ini perlu kepada undang-undang malah dalam Islam sendiri pun ada undang-undang, tetapi perlu ingat undang-undang hendaklah adil dan saksama bukan yang menguntungkan sebelah pihak sahaja.
TataEtika Ahli UMNO yang diperkenalkan pada tahun ini iaitu tahun 2008 pada pandangan penulis ada unsur menyekat kebebasan ahli akar umbi. Buktinya majlis YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Seremban gagal mendapat sambutan dan difahamkan ia adalah kerana Tataetika Baru yang diperkenalkan ini menyebabkan ahli-ahli UMNO bimbang mereka akan dikenakan tindakan.
Antara kandungan Tataetika Baru Ahli UMNO ini ialah "mana-mana ahli yang berminat untuk bertanding jawatan di dalam UMNO, tidak dibenarkan menghadiri kenduri dan bermacam-macam lagi. Sedangkan penyandang jawatan contohnya Presiden boleh mempromosikan dirinya dan menghadiri kenduri 'atas tiket' Perdana Menteri. Adakah ini adil? Janganlah jadi "Wal halal mu, wal haram ku" ataupun apa yang orang lain buat "salah" apa yang dia sendiri buat "betul" sesungguhnya ahli berhak bersuara kerana tanpa ahli siapalah parti? Ahli boleh hidup tanpa parti tetapi parti tidak boleh hidup tanpa ahli.
Kalau Presiden UMNO yang ada sekarang ini adalah manusia sepatutnya faham dengan pandangan manusia lain. Teringat penulis pada satu pepatah orang Melayu Kelantan yang berbunyi "Oghe ko Plastik", Adakah Presiden UMNO sekarang ini "Oghe ko Plastik" yang membawa maksud "Adakah Presiden UMNO sekarang ini manusia ataupun plastik?" Fikir-fikirkanlah demi kekuatan parti.
No comments:
Post a Comment