Bilangan Pengunjung:

Saturday, June 7, 2008

Melayu Marah PM

Melayu Marah PM itulah tajuk artikel penulis pada kali ini, penulis percaya tentu pembaca blog ini masih ingat dengan tajuk besar Utusan Malaysia selepas insiden Karpal Singh mempertikaikan keputusan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak tidak berapa lama dahulu yang berbunyi PM: Melayu Marah itu memang benar pada masa itu Melayu memang marah Karpal Singh tetapi penulis bukanya ingi membicarakan Tentang Karpal Singh si peguam belit ini tetapi membicarakan tajuk "Melayu Marah PM"

Tentu ramai yang tertanya-tanya kenapa penulis menggunakan tajuk ini yang mungkin bakal mencetuskan kontroversi. Terlebih dahulu inspirasi mengenai tajuk artikel ini penulis dapat apabila melihat blog rakan Blogger Penulis iaitu Husin Lempoyang, Di sini penulis melihat Husin Lempoyang telah menyunting Keratan Akhbar Utusan yang bertajuk "PM: Melayu Marah" kepada "Melayu Marah PM". Namun itu bukanya sebab utama penulis menggunakan tajuk ini tetapi sebab utamanya sememangnya Melayu marah PM pada masa ini selepas pengumuman tidak popular yang sering kali dilakukanya dilakukan sekali lagi iaitu menaikkan harga minyak dengan harga terlampau.

Kenaikkan harga minyak terlampau ini telah membuatkan orang Melayu mula berang dan marah-marah bukan sahaja orang Melayu daripada Pembangkang atau nama glamournya Pakatan Rakyat tetapi juga dari dalam UMNO sendiri. Cuma bezanya Pembangkang menyalahkan rakyat kerana masih memilih Barisan Nasional, tetapi di dalam UMNO ini lain sedikit kerana mereka marahkan PM kerana liat nak letak jawatan kerana sudah jelas terbukti PM Tiada Kepintaran Ekonomi yang boleh digunakan untuk menstabilkan ekonomi negara.

Penulis sememangnya bersetuju bahawa PM sekarang iaitu Abdullah Haji Ahmad Badawi tidak ada kepandaian ekonomi dan gagal membuat perancangan ekonomi negara sehinggakan beban kerajaan itu dipindahkan kepada rakyat dan mengikut rekod sebelum pada ini PM Abdullah Haji Ahmad Badawi tidak berjaya menghabiskan pengajian ekonomi semasa menuntut pelajaran di Universiti Malaya satu masa dahulu sekali lagi PM Abdullah Ahmad Badawi gagal di dalam Kertas Ekonomi semasa menjadi Pemimpin Tertinggi di Malaysia sehinggakan rakyat juga turut menerima akibat daripada kegagalan PM Abdullah Ahmad Badawi.

Kenaikkan harga minyak sememangnya menyebabkan orang Melayu 'naik minyak' dan ada yang sudah mula berkata "Apa guna Pertahan Ketuanan Melayu Jika Hidup Sengsara" pandangan ini amatlah dipersetujui penulis tetapi sebenarnya apa yang lebih betul ialah "Apa guna Pertahan PM Abdullah Ahmad Badawi Kalau Kita Sengsara" kerana UMNO yang wujud pada hari ini adalah UMNO yang hanya untuk mempertahankan PM Abdullah Ahmad Badawi yang menjadikan UMNO sebagai PAHAB. Apa itu PAHAB? Ianya adalah Parti Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Pada pandangan penulis jika terus dibiarkan PM Abdullah Haji Ahmad Badawi yang juga ada "PM" menerajui Malaysia dan UMNO, sudah tentu lebih banyak lagi tindakan tidak popular yang bakal dilakukanya dan sudah tentu pada Pilihan Raya Umum 13 UMNO akan dikuburkan kerana tindakan tidak popular PM yang ada 'PM' atau "Perintah Menantu' ini.

1 comment:

redbox said...

salam...

mmg pun aku sokong melayu marah pm tu..aku mmg asyik terpikir2 cam ne agaknya nak bg tunku dolah turun takhta tanpa melibatkan krisis yg teruk..

aku harap seseorg blh bukak buku undg2 umno dimana hasilnya akn membolehkan TUNKU dolah letak jawatan walaupun dia disokong n di undi masa persidangan umno nanti..

cegah sebelum parah..kita mesti buat comeback utk kekusaan org melayu, umno dan bn sebelum pru13..tu yg paling penting...sebelum rakyat beralih ke part pembangkang yg pasti akan lebih menghuru-harakan malaysia

Blog Widget by LinkWithin