Bilangan Pengunjung:

Wednesday, June 4, 2008

Kerana Pak Lah Rakyat Terpaksa Berkorban

Kerana Perdana Menteri Malaysia "Saya Masih di sini", "Saya Perdana Menteri", "Kerajaan Saya Kerajaan Kuat cuma Kurang 8 Kerusi sahaja 2/3" tidak lain tidak bukan itulah insan bernama Abdullah Haji Ahmad Badawi rakyat terpaksa berkorban lagi.

Mulai esok rakyat Malaysia terpaksa berkorban wang ringgit apabila kenaikkan harga minyak paling tinggi dalam sejarah lima Perdana Menteri yang memimpin Malaysia secara tidak langsung kenaikkan ini adalah kenaikan Terlampau, di mana sebelum ini Kenaikkan Harga Minyak merupakan kenaikkan Terlampau jadi satu lagi rekod baru yang dicipta oleh Pak Lah selaku Perdana Menteri dan menjadikan beliau adalah satu-satunya Perdana Menteri Terlampau.

Apa yang menarik spekulasi minyak naik pada bulan Ini menjadi kenyataan bak kata orang "impian sudah menjadi realiti" itulah realitinya minyak tetap naik pada bulan ini, namun ada untungnya juga minyak naik pada waktu ini berbanding naik pada Bulan Ogos memandangkan beberapa hari lagi akan ada Mesyuarat Cawangan UMNO yang akan memulakan Persidangan, penulis mintalah di dalam keadaan kenaikkan minyak yang terlampau di bawah pentadbiran Perdana Menteri Terlampau ini supaya ahli-ahli UMNO mencalonkan Pengganti Perdana Menteri yang terlampau ini.

Sebenarnya penulis begitu yakin akan ada kenaikkan minyak di dalam masa terdekat ini kerana Kerajaan Malaysia sudah kehilangan 3 negeri seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang yang menyumbang 75% Keluaran Dalam Negara Kasar ke tangan pembangkang ini menjadikan pendapatan negara terhad sepertiman yang telah diramalkan oleh calon Presiden UMNO YBM Tengku Razaleigh Hamzah beberapa hari lalu walaupun Ku Li tidak meramalkan kenaikkan harga minyak tetapi simboliknya kekurangan sumber ekonomi negara telah memaksa kerajaan di bawah pentadbiran Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk menaikkan harga minyak. Jelas ramalan ekonomi Ku Li tepat sekali apabila berlaku kenaikkan ini.

Sebenarnya sudah banyak kali berkorban untuk Pak Lah, tetapi Pak Lah tidak pernah sekalipun berkorban untuk rakyat. Cuba kita lihat walaupun kenaikkan harga minyak beberapa tahun sebelum pilihan raya boleh disifatkan terlampau namun rakyat masih memberi kepercayaan kepada Pak Lah untuk menjadi Perdana Menteri Majoriti Mudah walaupun rakyat sudah mula tidak percaya pada Pak Lah termasuklah akar umbi UMNO sendiri, di dalam keadaan ini sekiranya ahli UMNO masih lagi mengekalkan Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Presiden tak tahulah apa nak kata mungkin Pak Lah ni ada pakai ilmu kebal kot, sekiranya Pak Lah terus diberi kepercayaan mungkin ada rekod terlampau baru beliau akan terus dicipta. Jadi Pilihlah Ku Li sebagai Presiden UMNO yang baru.

1 comment:

TRALAYAN said...

Salam.

Isu ini sekurang-kurangnya membawa kepada dua kemungkinan yang dapat diramalkan...

1. Pak Lah makin popular. Walaupun terbeban dengan kenaikan harga minyak yang mendadak ini ( 40% ), rakyat dapat memahami kenapa tindakan ini diambil dan menerimanya sebagai "tidak dapat dielakkan". Dengar khabar, India juga telah mengambil tindakanyang sama. Tambahan pula, isu ini bukan sahaja berkaitan dengan kenaikan harga di pasaranduni, tetapi juga dikaitkan dengan subsidi kerajaan yang dinikmati oleh warga asing. Tambahan pula kerajaan juga telah memperuntukkan sedikit 'bonus' apabila pemilik kenderaan memperbaharui roadtax masing-masing.

2. Pak Lah makin tak popular.

2.1. Kenaikan ini yang diwar-warkan pada Ogos nanti, tetapi telah diistiharkan secara tiba-tiba. Saya kira semua orang terkejut besar. Akibatnya, orang ramai telah meyerbu ke semua stesyen minyak di seluruh negara untuk menikmati minyak pada harga murah buat kali terakhir. Keadaan ini telah menyebabkan kesesakan yang teruk. Ramai yang terpaksa beratur panjang. Jalan satu hala dah jadi 4lorong. Laluan masuk dan keluar di stesyen minyak dah tak tentu hala. Ada yang tak dapat keluar setelah minyak diisi, tersepit, tersekat. Malangnya, setelah lama beratur ( saya sendiri 45 minit ), minyak habis pulak. Malah, ada yang masih beratur apabila steyen telah tamat tempoh masa berniaga mereka, iaitu jam 11 malam. Minyak naik kecoh satu Malaya. Walaupun kenaikan harga ini tidak dapat dielakkan, sepatutnya kerajaan memberi tempoh 2 atau 3 hari, bukannya secara mengejut.

2.2. Kenaikan minyak yang begitu tinggi, pastinya menyebabkan barang-barang lain juga naik. Bukan sahaja barang makanan tetapi juga keperluan pejabat, alat ganti kenderaan, perabot dan alatan rumah dan banyak lagilah. Minyak naik 78 sen, tetapi tanggungan rakyat mungkin mencapai RM7.80 atau mungkin lebih lagi (40% juga?).

2.3. Pemberian tunai oleh kerajaan sangat dialu-alukan. Tetapi sangat-sangat tidak memadai terutamanya jika nak dibandingkan dengan kenaikan barangan keperluan yang lain. Tentunya kita terpaksa sebut, walaupun klise, kesannya paling dirasai oleh mereka yang berpendapatan kecil, di kampung dan luar bandar. Harga barangan keperluan dikampung adalah lebih tinggi daripada di kawasan bandar pada masa ini. Lepas ni, pastilah lebih teruk kesannya. Tetapi, orang kampung selalunya tidak akan mengubah sokongan mereka kepada kerajaan, walau apapun yang mereka alami. Maknanya populariti Pak Lah di kawasan pedalaman mungkin tak terjejas.

Blog Widget by LinkWithin