Bilangan Pengunjung:

Saturday, June 21, 2008

BesutLonih.com: Rakyat Terengganu Mahu Tuntut 35% Royalti Minyak

Beberapa hari lalu timbul isu apabila Presiden SAPP akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan ada juga yang mengatakan SAPP akan meninggalkan Barisan Nasional sebuah parti yang menaungi SAPP.

Apa yang menarik SAPP telah membuat tuntuntan supaya Kerajaan Persekutuan memberikan royalti minyak sebanyak 20% kepada Sabah. Besut Lonih cuba mengambil maklum balas rakyat Terengganu dan Besut berhubung tuntutan SAPP untuk meminta untuk Kerajaan Persekutuan memberikan royalti minyak sebanyak 20% pada Sabah. Mengikut maklumat yang Besut Lonih terima, khabarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku 'mastermind' Pakatan Rakyat pernah menawarkan Royalti minyak 20% kepada Sabah jadi ianya menampakkan ada persamaan tuntutan SAPP dengan tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemungkinan Ahli Parlimen BN Sabah berhijrah itu ada dan kemungkinan BN yang ada pada hari ini bertukar menjadi pembangkang juga ada.

Oleh sebab itu, memandangkan Terengganu juga merupakan negeri pengeluar minyak, Besut Lonih cuba mengambil pendapat orang-ramai mengenai Royalti 20% yang dintuntut oleh SAPP dan ditawar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nik Mohd Fakhrul Razi seorang penjawat awam ditemubual oleh Besut Lonih mengatakan "Kalau Sabah dapat 20% Royalti, sepatutnya Terengganu boleh dapat 35% royalti" tambahnya lagi "Terengganu sudah berapa tahun tak dapat royalti jadi wajar Terengganu mendapat 35% royalti"

Manakala, Tengku Mohd Syura seorang peniaga daripada Terengganu pula semasa ditemubual berkata "Terengganu memang wajar dapat lebih royalti, saya juga ingin menegaskan di sini saya sebagai rakyat Terengganu saya akan pastikan sekiranya Sabah mendapat 20% Royalti minyak kami juga mendapat paling kurang 30% Royalti minyak dan saya juga akan meminta kerjasama Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan agar mengadakan demonstrasi besar-besaran di seluruh negara" agar kami mendapat hak kami.

Disamping itu, seorang Pesara Kerajaan Rosdi Ali menegaskan bahawa "Sekiranya tawaran royalti 20% Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima oleh BN Sabah dan Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan beliau akan berjuang bermatian-matian agar Terengganu akan mendapat 35% royalti minyak dan sekiranya Kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memberikan hak kami, kami akan pastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak senang untuk berceramah di Terengganu, kalau ada telur tembelang kami pasti lemparkan ke arahnya barangkali dan mungkin juga mengistiharkan keluar daripada Malaysia.

Itulah diantara temubual yang sempat dirakamkan oleh Besut Lonih untuk menjadi rujukan pengunjung Besut Lonih.com ini.

dipetik dari:
http://www.besutlonih.com

No comments:

Blog Widget by LinkWithin