Bilangan Pengunjung:

Monday, June 16, 2008

Kenaikkan Harga Minyak Bakal Meningkatkan Jenayah

Kenaikkan harga minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia merangkap Bapa Mertua Khairy Jamaluddin sememangnya membebankan dan tindakan tidak popular ini bakal mengundang kenaikkan statistik Kes Jenayah di Malaysia.

Penulis membuat ramalan ini berdasarkan ramalah ekonomi YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan "If Economy go down, Crime will Go up" yang bermaksud "Sekiranya Ekonomi Jatuh, jenayah akan naik" jadi kenaikkan harga minyak yang melampau boleh dikatakan sebagai kejatuhan ekonomi kerana ianya adalah ibu bagi ekonomi di dalam sesebuah negara.

Kenapa penulis berpandangan minyak sebagai ibu bagi ekonomi sesebuah negara? Jawapanya sungguh mudah sekiranya harga minyak naik secara tidak langsung barang-barang lain malah perkhidmatan pun harganya akan naik walaupun perkhidmatan tersebut tidak berkait langsung dengan penggunaan minyak jadi jelas di sini minyak ialah ibu kepada ekonomi sesebuah negara.

Sebenarnya ramalan ekonomi YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah terbukti semalam ada kes cubaan samun oleh golongan yang dipanggil Mat Rempit yang juga di panggil 'Mat Cermelang' oleh Khairy Jamaluddin sehinggakan mengakibatkan kematian dan beberapa lagi kes jenayah yang semakin banyak dilaporkan.

Sebenarnya kes-kes tersebut hanyalah sebahagian daripada jenayah yang dilaporkan tidak termasuk kej jenayah yang tidak dilaporkan oleh mangsa yang memilih untuk berdiam diri kerana padanya Polis tidak ada masa untuk menyelesaikan 'jenayah remeh' kononya itu. Penulis juga banyak menerima respons daripada orang yang pernah melaporkan 'jenayah remeh' yang sampai sekarang tidak mengetahui status siasatan tentang kes yang dilaporkanya termasuklah penulis sendiri yang pernah disamun setahun yang lalu. Sepatutnya Polis perlu mengambil tindakan walaupun kes ini dianggap remeh kerana 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit' dan menurut kajian yang dilakukkan Penjenayah Besar biasanya bermula daripada jenayah yang kecil-kecil.

Pada pandangan penulis Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu menurunkan semula harga minyak agar ia tidak memberi kesan kepada keselamatan rakyat. Jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mampu melakukanya, ahli-ahli UMNO pasti mampu melakukanya dengan memilih YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden baru UMNO, merangkan Perdana Menteri baru UMNO.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin