Sinar Harian Edisi Kelantan hari ini mengetengahkan Polisi Syariah yang akan dirangka oleh PAS dan akan dilaksanakan di lima negeri Pakatan Rakyat termasuklah Pulau Pinang. Mengikut komen Azman Shapawi Polisi Syariah itu akan dilaksanakan mengikut kesesuaian negeri tersebut.
Pada pandangan penulis eloklah polisi syariah itu dilaksanakan dan pada masa yang sama penulis tidak sabar menunggu apa reaksi yang akan diberikan oleh anggota Pakatan Rakyat terutamanya DAP. Namun, pada pandangan penulis DAP mungkin boleh menerimanya kerana ia dilakukan mengikut kesesuaian negeri tersebut atau dengan kata lain polisi itu berbeza-beza mengikut negeri-negeri Pakatan Rakyat tersebut.
Namun sekiranya DAP enggan menerimanya secara totalnya sememangnya DAP tidak berminat dengan polisi berlandaskan syariah maklum sahaja lah, orang-orang besarnya merupakan pendokong undang-undang konvesional contohnya Karpal Singh yang tidak habis-habis menggunakan undang-undang konvesional untuk membela orang yang salah dan dalam masa yang sama menjadikanya modal politik agar ianya terus diterima ramai.
Penulis cadangkan sekiranya DAP enggan menerima Polisi Syariah PAS ini, jangan berdalih lagi keluarlah daripada Pakatan Rakyat kerana sekiranya PAS terus kekal di dalam Pakatan Rakyat perjuangan DAP untuk meliberalkan PAS akan berjaya dan PAS akan menjadi pejuang Islam Liberal. Fikir-fikirkanlah.

No comments:
Post a Comment