Bilangan Pengunjung:

Thursday, June 26, 2008

Nik Aziz Kata Tak Ada Wacana/Muzakarah UMNO-PAS

Sinar Harian Edisi Kelantan hari ini 26 Jun 2008 melaporkan bahawa Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menyatakan tak ada wacana atau Muzakarah yang akan diadakan bersama PAS dan UMNO katanya lagi bagi mengelakkan perpecahan.

Terlebih dahulu penulis hormati Tuan Guru Nik Aziz sebagai Ulama yang juga banyak memberi suntikan kerohanian bukan sahaja kepada rakyat Kelantan tetapi masyarakat seantero dunia sehinggakan ada yang datang daripada Nepal untuk menuntut dengan beliau. Penulis sekadar ingin melemparkan pandangan penulis tidak bermaksud merendahkan martabat Tuan Guru Nik Aziz.

Mengikut kata Tuan Guru, majlis Muzakarah/Wacana PAS-UMNO akan mengundang perpecahan. Bagaimanakah bentuk perpecahan yang akan terjadi sekiranya Wacana PAS-UMNO diadakan? Adakah perpecahan Melayu atau lebih tepat lagi Islam? Semua orang tahu yang sebenarnya Melayu sememangnya telah berpecah kepada beberapa bahagian. Jadikah perpecahan apakah yang akan berlaku sekiranya PAS-UMNO duduk semeja di dalam Muzakarah atau Wacana yang bakal diadakan? Pada pandangan penulis sudah tentunya perpecahan Pakatan Rakyat kerana umum mengetahui PKR dan DAP tidak senang dengan PAS.

Malah mereka juga tidak selesa dan bimbang sekiranya PAS akan menyertai UMNO di dalam Barisan Nasional, jadi Muzakarah atau Wacana UMNO-PAS ini mungkin akan menjadikan titik pertemuan untuk perpaduan Melayu yang semestinya beragama Islam kerana Islam adalah syarat utama Melayu mengikut perlembagaan Malaysia. Jadi sekiranya seseorang itu tidak ISLAM maka ia bukanlah Melayu. Pada masa yang sama pastinya kedudukan Pakatan Rakyat yang hampir-hampir menduduki tampuk pemerintahan Kerajaan Malaysia akan jadi goyah.

Jadi terpulanglah jika Tuan Guru Nik Aziz fikir jalan yang terbaik ialah tidak mengadakan sebarang wacana atau muzakarah UMNO-PAS, penulis tidak boleh membuat apa-apa cukup setakat penulis memberi pandangan penulis dan ingatlah Esok sememangnya masih ada tetapi esok belum tentu milik siapa.

1 comment:

Anonymous said...

dengan dap kafir harbi dia boleh berbincang duduk semeja, tapi dengan umno mereka tak boleh, kerana mereka (pas) kata umno itu kafir. dulu sebelum menang pr kata tidak mahu bergabung dengan dap, sekarang apa dah jadi, sudah ludah jilat kembali, jadi siapa yang kafir sebenarnya.inilah dinamakan ulama dalam semak.

Blog Widget by LinkWithin