Bilangan Pengunjung:

Sunday, June 15, 2008

Antara Duit Yang Kita Dapat Dan Duit yang kena beri

Artikel penulis kali ini yang bertajuk "Antara Duit Yang Kita Dapat dan Duit Yang Kita Kena Beri" sesuai dengan senario politik sekarang khususnya UMNO. Dua tiga hari ini penulis mendapati Pak Lah sibuk ke hulu ke hilir membuat perjumpaan dengan Badan Perhubungan UMNO negeri.

Walaupun perjumpaan Pak Lah itu berselindung di sebalik perasmian-perasmian yang entah apa-apa tu dan pengumuman-pengumuman yang mengembirakan Kerajaan negeri contohnya pemberian balik Royalti Minyak sebanyak 5% ke Terengganu mungkin bakal mengembirakan Kerajaan negeri Terengganu yang umum mengetahui Menteri Besar Terengganu ini bukanlah daripada 'ayam tambatan' beliau, namun penulis yakin Menteri Besar Terengganu yang baru ini akan menjadi 'lembu yang dicucuk hidung' selepas mendengar pengumuman ini.

Berbalik kepada Perjumpaan Pak Lah bersama pemimpin-pemimpin UMNO negeri, sebenarnya ini adalah satu usaha Pak Lah untuk terus menguasai jawatan Presiden UMNO yang boleh dikatakan tergugat pasca Pilihan Raya Umum Ke 12 dan juga Pasca Kenaikkan Harga Minyak yang boleh dikatakan melampau baru-baru ini.

Majlis perjumpaan Pak Lah dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri di seluruh negara boleh dikatakan majlis untuk menabur wang agar ahi-ahli UMNO yang tidak ada otak akan terpengaruh. Apalah sangat kalau setakat bagi paling banyak pun RM 100, adakah anda ahli UMNO berharga RM100? Jangan jadi bodoh anda bukan barang dagangan cuba fikir berbaloikah duit RM100 yang kita dapat? Bagi penulis ianya hanya sekadar cukup untuk lekat di celah gigi, cuba fikir berapa pula yang kita kena keluar selagi Pak Lah menerajui UMNO dan Malaysia? Contohnya mudah sahaja cuba kira RM 0.78 satu liter minyak kita kena bayar dan cuba bayangkan kalau kita guna minyak 4 liter sehari maknanya kita kena bayar RM 1160.64 untuk setahun. Pengiraan ini dibuat sekiranya minyak tidak naik lagi tetapi sekiranya minyak naik lagi bertambah lah lagi anda ahli UMNO yang kena bayar kerana menyokong Pak Lah dengan mendapat habuan 'celah gigi'. Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin