Bilangan Pengunjung:

Thursday, June 19, 2008

Ku Li: Saya ada resipi selesai masalah kenaikan harga minyak

Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah malam ini menegaskan bahawa beliau mempunyai ‘resipi’ untuk menyelesaikan masalah rakyat, jangkamasa pendek ke serdehana akibat kenaikan harga runcit petrol dan diesel dua minggu lepas diumumkan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menyifatkan kenaikan harga runcit petrol sebanyak RM 0.78 dan diesel RM 1.00 seliter mendadak merupakan amat membebankan rakyat. “Apakah Kerajaan bersedia sekiranya harga minyak naik lagi? Apa persediaan seterusnya apabila harga minyak naik lagi?”.

“Buruknya ekonomi kita kalau kita tidak merancang kerana kenaikan harga pasaran minyak peringkat antarabangsa”, sambil menjelaskan keperluan untuk merancang secara teliti kesan kenaikan minyak yang dijangkakan akan berterusan.

“Keadaan politik tidak boleh distabilkan kerana keyakinan rakyat kepada Kepimpinan amat rendah”, dalam ulasan mengenai masalah ‘Tsunami Politik’ yang melanda UMNO dan BN, yang PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih berdegil untuk mengaku kekalahan dan rakyat sebenarnya menolak Kepimpinan dan bukan parti. Beliau juga mengulas tindakan SAPP untuk menunjukan ketidak keyakinan kepada Kepimpinan dengan cadangan membawa usul undi tidak percaya kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan bukan BN, Isnin ini di Dewan Rakyat.

Beliau berucap dalam satu majlis makan malam anjuran UMNO sekitar Titiwangsa dan Ampang. Beliau mengesa agar calon calon UMNO akan datang dipilih dan ditentukan oleh Jawatankuasa Bahagian, “Mereka ini yang memahami keperluan masyarakat setempat dan bukan diputuskan di Putrajaya”.

dipetik dari:
http://bigdogdotcom.wordpress.com

No comments:

Blog Widget by LinkWithin