Bilangan Pengunjung:

Sunday, June 22, 2008

Tengku Rithaudeen Cadang semua Parti Melayu Bergabung

Sinar Harian Edisi Kelantan hari ini menyiarkan kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Ahmad Rithaudeen mencadangkan supaya semua parti-parti Melayu bergabung dan berjuang atas satu platform bagi memastikan nasib Melayu terus terbela.

Penulis melihat cadangan Tengku Ahmad Rithaudeen ini atau lebih popular dengan nama Ku Din ini mungkin boleh diterima dan digunak pakai semua parti-parti politik yang majoriti ahlinya adalah Melayu dan boleh bertindak sebagai satu platform yang boleh menyatupadukan Melayu atau dengan kata lain menyatu padukan Islam kerana Melayu adalah Islam menurut Perlembagaan Malaysia.

Penulis berharap agar pemimpin-pemimpin parti politik yang majoriti ahlinya adalah Melayu agar mempertimbangkan cadangan ini, dalam pada itu penulis juga ingin mencadangkan supaya Perlaksanaan undang-undang Islam perlulah dilaksanakan secara berperingkat demi berperingkat dan UMNO hendaklah menerima perlaksanaan undang-undang Islam dan PAS pula hendaklah bersabar menanti perlaksanaan undang-undang Islam secara berperingkat.

Perjuangan dan Pengorbanan sememangnya tidak boleh dipisahkan seperti irama dan lagu. UMNO sebenarnya telah banyak berkorban untuk bangsa lain, jadi apa salahnya UMNO berkorban untuk bangsa sendiri iaitu Melayu di dalam PAS.

Kesimpulan yang penulis boleh buat ialah sememangnya parti Melayu semestinya perlu digabungkan dengan kadar seberapa segera sebelum nasi menjadi bubur. Ayuh bangsaku Melayu bangkitlah, bersatulah dan berusahalah segigihnya keranap perjuangan tak akan padam selagi hayat dikandung badan. Berjuanglah selagi hidup.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin