Bilangan Pengunjung:

Sunday, April 27, 2008

Ada Ahli Parlimen BN dari Negeri Sembilan Mahu Sertai Pakatan Rakyat?

Petang tadi penulis ada menerima email daripada seorang insan yang katanya berasal di Negeri Sembilan dan di dalam email tersebut dimaklumkan bahawa ada seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Negeri Sembilan akan menyertai Pakatan Rakyat dan berkemungkinan besar akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut email itu lagi, ahli parlimen tersebut mempunyai hubungan dengan pihak atasan di Kuala Lumpur. Menurut sumber itu juga mengatakan bahawa Ahli Parlimen itu mengatakan sudah tidak mahu berada di bawah payung Barisan Nasional kerana katanya beliau kini sering dihentam oleh ahli-ahli Barisan Nasional sendiri. Di samping itu, ahli parlimen ini merupakan Ahli Parlimen BN yang baru di Negeri Sembilan.

Penulis gagal menghubungi pihak Barisan Nasional Negeri Sembilan untuk mengesahkan perkara ini, jadi penulis tidak tahulah sejauh mana kebenaran email yang dihantar kepada penulis ini.

Pada pandangan penulis perkara ini berkemungkinan besar akan terjadi memandangkan menurut email itu lagi Ahli Parlimen tersebut mempunyai hubungan baik dengan anak kepada seorang pemimpin Pakatan Rakyat jadi tidak mustahil beliau akan menyertai pakatan rakyat kerana menurut email itu lagi, ahli Parlimen ini mempunyai visi yang tersendiri.

Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi, jadi kita tunggu sahaja masa dan ketika tentunya persoalan ini akan terungkai jua.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin