Bilangan Pengunjung:

Tuesday, April 22, 2008

Antara Angan Samy Vellu dan Sedar Rakyat

"Antara Angan Samy Vellu Dan Sedar Rakyat" itulah tajuk artikel penulis pada kali ini bersesuaian dengan isu semasa sekarang di mana, DS Samy Vellu telah mengkritik Dr. Khir Toyo mantan Menteri Besar Selangor yang mengatakan isu roboh Kuil yang menjadi punca kekalahan BN di Selangor. Inilah yang dikatakan antara angan dan sedar Samy Vellu.

Angan Samy Vellu

DS Samy Vellu mengatakan beliau ingin menjadikan kaum India maju dan bebas daripada kemiskinan. Beliau juga mengatakan yang masyarakat India pada hari ini masih tinggi peratusan kemiskinan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Di samping itu beliau juga ingin berjuang agar kaum india dapat dikurangkan kadar kemiskinanya dengan bantuan kerajaan.

Sedar Rakyat
Rakyat sedar bahawa DS Samy Vellu bukanlah pejuang kaum india yang baik. Sebelum ini beliau pernah menafikan yang masyarakat india mempungyai peratusan yang tinggi di dalam statisik kemiskinanya.

Angan Samy Vellu
DS Samy Vellu menyatakan punca-punca kekalahan Barisan Nasional di Selangor di bawah pentadbiran mantan MB Selangor iaitu DS Dr. Khir Toyo ialah merobohkan kuil-kuil hindu di Selangor dengan harapan mendapat kepercayaan kembali kaum india.

Sedar Rakyat
DS Samy Vellu bukan berniat untuk memperjuangkan hak orang india, tetapi ingin mengekalkan kekuasaanya yang begitu lama di dalam kerajaan mahupun MIC. Kuil yang didakwa dirobohkan itu adalah kuil yang didirikan di tanah milik kerajaan tanpa kebenaran Kerajaan jadi salah tetap salah.

Angan Samy Vellu
Meletakkan kaum india sebaris dengan kaum-kaum lain di Malaysia, seperti kata pepatah Melayu "duduk sama rendah, berdiri sama tinggi". Perjuangan utamanya ialah untuk meletakkan kaum India setaraf dengan kaum lain.

Sedar Rakyat
Beliau sendiri tidak melepaskan jawatan tertinggi di dalam Parti walaupun Parti itu mengalami kekalahan yang teruk. Beliau sendiri yang menyekat kemaraan kaum sebangsa dengan beliau untuk menduduki hierarki tertinggi di dalam parti MIC yang mewakili kaum india itu.

Angan Samy Vellu
DS Samy Vellu ingin mengurangkan kos sara hidup kaum India yang mana pada katanya kos sara hidup kaum india agak tinggi di Malaysia.

Sedar Rakyat:
Kalau DS Samy Vellu nak kurangkan kos sara hidup kaum india kenapa dinaikkan harga Tol dengan melampau-lampau.

Angan Samy Vellu
Tak mahu jadi Presiden MIC sepanjang hayat.

Sedar Rakyat
Rakyat khusunya kaum india sedar beliau ingin menjadi Presiden sepanjang hayat.

Angan Samy Vellu
Mendapat sokongan semula kaum india ke atasnya.

Sedar Rakyat
Rakyat khususnya kaum India sudah tidak mempercayai beliau lagi.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin