Bilangan Pengunjung:

Monday, April 21, 2008

Siapakah yang layak jadi PM dari Pakatan Rakyat

Pada artikel kali ini penulis ingin mengetengahkan tajuk "Siapakah yang layak menjadi Perdana Menteri daripada kalangan Pakatan Rakyat. Penulis ingin mengetengahkan calon-calon yang layak menjadi Perdana Menteri daripada dan yang tidak layak daripada Pakatan Rakyat. Tujuan penulis ialah untuk mengetengahkan calon yang benar-benar layak daripada Pakatan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Kalau dilihat inilah calon yang benar-benar layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan memudahkan usaha-usaha untuk menubuhkan negara Islam yang menjadi perjuangan PAS. Beliau yang terkenal dengan sifat pemurah, rendah diri, menekankan aspek perpaduan, beliau juga seorang bersih, cekap dan amanah. Integriti beliau juga tinggi. Semangat kepimpinan beliau juga hebat. Seorang yang penyabar dan penyayang. Dia juga merupakan seorang Ulamak. Memandangkan Tuan Guru hanya bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri mungkin menyukarkan sedikit usaha-usaha untuk menjadikan Tuan Guru sebagai Perdana Menteri Malaysia. Namun kepimpinan yang ada pada beliau memang diperlukan untuk menjadi seorang Perdana Menteri.


Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Beliau juga merupakan tokoh yang paling sesuai untuk menjadi Perdana Menteri daripada pakatan rakyat memandangkan beliau juga adalah Ulamak yang tersohor di Rhusila, Marang, Terengganu. Perlaksanaan hukum hudud dapatlah dilaksanakan dengan cepat di samping penubuhan Negara Islam yang menjadi matlamat PAS itu tercapai, Walaupun dia seorang yang sedikit kurang sabar tetapi dia mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang hampir sama dengan Tuan Guru Nik Aziz. Sebagai ulamak dia sudah tentu dia adalah seorang yang hebat dan sangat sesuai untuk mengetuai negara memandangkan beliau juga merupakan seorang Ulamak yang hebat dan terbilang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pada pandangan penulis DSAI tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana beliau bukanlah orang bijak, beliau juga tidak menyokong mana-mana tuntutan yang bersabitkan Negara Islam. Jadi usaha-usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam akan terbantut. Beliau juga tidak mempunyai kepakaran ekonomi yang hebat di samping suka berjoget. Beliau bukanlah sebagai seorang ulamak yang tulen tidak sama seperti ciri yang ada pada dua tokoh yang penulis sebutkan di atas tadi. Selain itu, beliau juga suka menyaman orang malah berkemungkinan besar rakyat tidak dapat bersuara sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri kerana bakal menghadapi saman yang akan dikemukannya. Jadi DS Anwar Ibrahim sememangnya tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah pilihan terbaik untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri ialah Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana dia mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang baik dan hebat.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin