Bilangan Pengunjung:

Saturday, April 19, 2008

MSO: PAS jangan pandang terlalu hina terhadap UMNO!

Mohd Sayuti Omar yang merupakan penulis blog Merah Tinta MSO menasihati PAS agar tidak memandang terlalu hina kepada UMNO. Beliau juga yang turut dikenali dengan nama MSO di alam blogger juga sebelum ini terkenal bukan sahaja mengkritik UMNO tetapi juga pernah mengkritik beberapa pemimpin PAS di Kelantan tidak termasuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Artikel Terbaru nukilan beliau di blog Merah Tinta MSO yang bertajuk "Pas jangan pandang terlalu hina terhadap UMNO" dalam artikel tersebut beliau mempersoalkan 'pandangan serong' beberapa pemimpin-pemimpin PAS yang mengangap 'ajakan UMNO' tentang perpaduan melayu adalah gimik politik UMNO.

Beliau juga menasihati ahli PAS agar mereka membuang phobia dengan UMNO walaupun UMNO pernah mengkhiantinya kerana UMNO tetap ada kebaikanya walaupun banyak keburukkanya sepertimana perenggan kedua artikel tersebut yang berbunyi "Ahli Pas harus membuang phobia masa lampau kerana kepimpinan dalam Umno juga berubah dari masa ke semasa. Walaupun Umno pernah mengkhianati Pas namun parti itu juga tetap
memiliki kebaikan kalaupun keburukannya lebih banyak.".

Disamping itu, MSO juga menasihati agar ahli-ahli PAS juga perlu berhati-hati dan memantau langkah pendekatan yang diambil oleh sesetengah pemimpinya seperti saranan beliau di perenggan ketiga berbunyi "Ahli Pas juga perlu berhati-hati dan memantau langkah atau pendekatan politik yang diambil sesetengah pemimpinnya. Benar perlu berwaspada kerana sudah ada pengalaman lalu namun yang penting Pas harus pandai menyelami mana gimik politik dan mana realiti yang perlu disokong".

Beliau juga melahirkan rasa bimbang sekiranya idea Negara Islam yang dibawa oleh PAS tidak akan diterima oleh komponen-komponen Pakatan Rakyat sebagaimana nukilan beliau pada perenggan terakhir artikel tersebut yang berbunyi " Tertakdir suatu hari Pas ingin membincangkan soal Islam dan memerlukan rakan untuk mengadukan fikiran, Pas tidak mungkin akan mempelawa DAP atau PKR saja tetapi tentulah turut sama mencari Umno kerana di dalam Umno ada Melayu dan Islam!"

Artikel Blog Merah Tinta MSO


No comments:

Blog Widget by LinkWithin