Bilangan Pengunjung:

Sunday, April 20, 2008

Siapa gerangan si baju petak merah yang MSO katakan?


Sebentar tadi penulis ada membaca blog Merah Tinta MSO, yang mana artikel tersebut dinukilkan daripada seorang Penulis yang mempunyai kesetiaan kepada Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan juga merupakan penyokong setia PAS dan beliau tiada kaitan dengan UMNO!

Di dalam artikel ini beliau mempersoalkan tindakan seorang lelaki yang beliau gelarkan orang baju petak-petak merah kerana marah apabila beliau mengkritik orang petak-petak merah itu sehinggakan mengeluarkan surat notis 'ugutan' daripada lawyer beliau. Persoalanya siapakah gerangan orang baju petak-petak merah ini?

Adakah orang baju petak-petak merah ini adalah orang UMNO? tapi mengikut kata MSO dalam perenggan ketiga artikel yang ditulis oleh beliau mungkin membuktikan orang baju petak-petak merah itu adalah bukan orang UMNO sepertimana ayat yang berbunyi " Tok Guru Nik Aziz juga pernah meminta saya agar menghentikan serangan ke atas orang baju petak merah itu tanpa beliau mengetahui apakah puncanya." Jadi jelas sekali orang yang dimaksudkan bukanlah orang UMNO tetapi orang atau pemimpin yang semestinya bukan Tok Guru Nik Aziz kerana TG tak pernah memakai baju petak-petak merah.

MSO pernah berkata dulu memang banyak beliau mengkritik si baju petak-petak merah ini tetapi kritik MSO kerana memang si baju petak-petak merah ini membuat salah, tetapi bagi melindungi 'periuk keranya' beliau sanggup mengemukakan notis saman kepada rakan seperjuanganya sendiri. Betul kata MSO "Kawan kamu adalah musuh kamu". Inilah yang dikatakan 'manusia tetap manusia' yang jelas sekali si baju petak-petak merah ini hanya 'Islam Kosmetik' sepertimana yang dikatakan oleh beliau semasa artikel yang bertajuk "Macam Mana Peralihan Kuasa di Kelantan" baru-baru ini.

Menurut maklumat yang penulis terima, si baju petak-petak merah ini bercita-cita mengambil alih kepimpinan PAS Kelantan yang sekarang ini diterajui oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Sudah sekian lama dia mengidam nak jadi Menteri Besar, Kelantan itulah apa yang didengar penulis daripada mulut penyokong PAS sendiri.

Walaupun begitu penulis tidak perlu lah mendedahkan nama si baju petak-petak merah itu kerana penulis tidak mahu mengaibkan beliau. Kalau nak tahu juga bak kata Nabil Raja Lawak "Lu Fikir lah sendiri".


No comments:

Blog Widget by LinkWithin