Penulis merasa terpanggil untuk menggesa semua Bahagian UMNO seluruh negara mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa ataupun Extraordinary General Meeting (EGM) dengan kadar seberapa segera. Dalam keadaan UMNO yang telah mengalami kegagalan mempertahankan empayar-empayarnya di samping gagal di dalam misinya menawan Kelantan. Sokongan di peringkat Kerajaan Persekutuan juga sudah berkurangan apabila Kerajaan yang ada pada hari ini hanya mendapat kemenangan dengan majoriti mudah sahaja.
Perlu diingatkan kehilangan empat negeri dan kegagalan menawan Kelantan ini bukan satu perkara yang main-main, ini perkara serius 'tunggul kayu' sahaja yang mampu berdiam diri pada saat-saat genting ini. Jadi perlu ditegaskan di sini bahawa kepentingan mengadakan EGM adalah amat diperlukan pada saat-saat yang begitu genting, di mana kerajaan yang ada pada hari ini agak rapuh dan boleh digugat bila-bila masa sahaja.
Kalau pada masa ini masih ada yang sanggup berdiam diri, berpeluk tubuh dan goyang kaki maknanya dia adalah 'tunggul'. Kenapa penulis mengatakan golongan seumpama ini adalah 'tunggul' jawapanya amat mudah sekali iaitu kalau tunggul dia tak akan berganjak walaupun apa-apa akan terjadi jadi sahlah Ketua-ketua Bahagian yang masih berdiam diri dan tidak membuat EGM adalah sama seperti tunggul.
Pada masa ini EGM adalah betul-betul penting bagi menyelamatkan UMNO, penulis memohon agar semua Ketua Bahagian UMNO seluruh negara tidak menjadi dayus, bacul dan pak turut dengan hanya berdiam diri dengan keadaan kritikal ini. Jalan penyelesaiaan hendaklah dicari segera dengan menggunakan platform EGM, kerana ianya adalah satu-satunya jalan penyelesaian terbaik untuk kita bermusyawarah dan bermuhasabah diri serta mencari kelemahan-kelemahan kita.
Pada masa yang sama penulis beranggapan sistem kouta yang ada pada UMNO hendaklah dihapuskan kerana ianya akan menyebabkan berlakunya pertandingan yang tidak adil, politik wang, dan juga hilangnya demokrasi dalam UMNO, penulis juga ingin mencabar semua Ketua Bahagian UMNO seluruh negara untuk bangkit dan bersuara janganlah membisu seribu bahasa kerana anda semua dilahirkan cukup sifatnya. Akhirkata semoga semua Bahagian UMNO menuruti gesaan penulis ini.

No comments:
Post a Comment